Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan yang mulia, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan untuk beramal soleh. Bulan yang dilipat gandakan pahala, termasuk diantaranya pahala sedekah.
Sabda Rasulullah SAW "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan".
- (H.R. Tirmidzi)
Sabda Rasulullah SAW "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan".
- (H.R. Tirmidzi)
Bersesuai dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, maka NEXO mengambil kesempatan untuk mengadakan Program :
Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim
& Miskin Nur-Hidayah
Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih dari NEXO buat pihak penganjur Saudara Shumi & Isteri Pn.Zakiah (NeXo 71) di atas usaha mengatur Majlis Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Saudara Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras (NeXo 32) yang telah berusaha membuat kutipan derma bagi membantu event ini. Terima kasih juga kepada Warga NEXO yang memberi sumbangan walaupun ada yang tidak dapat bersama-sama menyertai event ini. Kepada semua para dermawan serta penaja iaitu Menteri Besar Kedah YAB Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir, Alumni Vokay Kulim 93-94, Jemaah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Kakitangan Penjara Seberang Perai... NEXO mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Baca lagi...