Showing posts with label My Exora. Show all posts
Showing posts with label My Exora. Show all posts

Saturday, February 11, 2017

Tayar Good Year Pilihan Terbaik

Dalam keadaan ekonomi yang makin sesak ni, bila harga minyak naik, segala barang semua naik harga...yang mana nak tukau tayar dengan harga yang berpatutan kat area kajang boleh singgah kedai TMK Rawang Tyre & Auto Service kat Jalan Reko


Servis pun pantas...tak perlu tunggu lama


Sambau tayar Excellence Good Year 215X50X17, dapat harga RM300 per tyre sebelum GST. Memang berbaloi untuk saiz rim 17" 😎

Wednesday, January 18, 2017

Polish Blink Blink Searching For Best Deal

#throwback 31.12.2016...Sempena nak sambut tahun baru..memang tunggu kasik polish sket..bagi hilang calar2 halus yang mengguris hati hingga menggentas bakawali..harga memang terbaik sangat! RM150 siap cuci dan polish 3 layer..hanya di car wash bro man Sg Merab..bro ni kembau sama mcm anak aku 😀


Memang berbaloi..nak pi spa tak mampu seh sampai RM600++ untuk mpv. Tq pada member bikerz kentel wa bro lee carcos yang rekemen car wash ni 👍



Thursday, July 14, 2016

PROTON PRODUCT IMPROVEMENT INITIATIVE: REPLACE PIPE ASSY MAIN FOR EXORA

Mula-mula dapat maklumat ni dari group WhatsApp


So akhirnya confirm bila pengguna Exora dan Inspira diminta untuk membuat semakan melalui pautan http://www.carinquiry.proton.com/malaysia

Surat rasmi dari Proton pun sampai untuk replacement part...


Walk in kat Bunga Raya SC Malim masa balik raya




Selesai...Alhamdulillah


Sunday, August 16, 2015

Ganti Sensor ABS Sekali Lagi

Hampir 2 minggu lampu indicator ABS kejap nyala kejap hilang..dulu dah pernah tukar yang sebelah kiri

minggu ni terus menyala dengan lampu indicator handbrake..risau dah takut ABS pump defect sekali lagi..kos repair bukan murah plak tu..



bawak gi cek rupanya kena ganti ABS sensor kanan dan kiri..tak lah mahal sangat tapi ratusan jugak lah


Yang penting...masalah selesai

Wednesday, August 5, 2015

Polish Blink Blink

Tak plan pun pada awalnya tapi sebab tengok ada kesan cakar kuku si meow kat bonet depan..hati pun panas jugak ler..hehe kebetulan singgah nak isi minyak dekat Petron Ayer Keroh...tergerak hati nak cuci Exora kat carwash situ..brother cuci plak offer polish dengan cuci sekali bundle harga RM150...terus proceed




Saturday, December 6, 2014

Replaced Exora Interior Rear Quarter Trim Panel

Part yang dipanggil Quarter Trim Panel seperti dalam diagram


Bawak barang-barang kadang-kadang tak sedar sampai bercalar panel tu...kena kiri dengan kanan pulak tu :(



Hati sakit mana boleh tahan..order dengan Bunga Raya Parts & Services



Harga panel untuk kiri dan kanan RM394. Part No. PW 846235-POO65 & PW 846236-POO65

Yang dah bercalar ni untuk dijual murah-murah kalau ada yang berminat :)


Sunday, September 28, 2014

Dapatkan Servis Ganti Bateri Kereta Yang Terbaik!

Sekiranya tiba-tiba anda mengalamai masalah bateri dan memerlukan penggantian segera dikawasan sekitar Bukit Mahkota, Bangi, Semenyih, Kajang, Putrajaya dan yang sewaktu dengannya, jangan panik dan risau, En Ahmad atau lebih sinonim dengan panggilan Ahmad Bateri sedia membantu

Lebih 5 tahun dah pakai bateri standard dan akhirya sampai masa "kong" jugak :)


Terus hubungi bang mad, memang tak dinafikan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding dengan harga Kedai Tayar. Dah lah murah, servis pun mantap sampai ke pintu rumah.


Penerangan berkaitan bateri yang sangat terperinci oleh beliau dalam memastikan bateri yang diganti adalah 100% baik


Sangat-sangat berpuas hati :)


Untuk butiran lanjut, boleh layari blog Ahmad Bateri

Friday, June 20, 2014

Proton Exora Flip Key

Lama dah nak TT ngan kawan seninjarian ni..hehe kunci punya pasal terus jadi...terima kasih masterji Herry Adnan...servis pantas dan terbaik, jumpa kat Restoran Barra Seksyen 15 Bandar Baru Bangi


Dari original key ke flip key 


Pemasangan bermula...



Buat gigi kunci dekat kedai Singer berhampiran dengan Pos Malaysia Bandar Baru Bangi


Siap dah....memang cun


Kasik test sket...memang marvelous!


Jika berminat, boleh call, whatsapp bro Herry @0162200994

Sunday, October 20, 2013

Jangan sentap! bila power adapter dalam kereta kantoi

Kebiasaannya terjadi bila charger gadget dah rosak...masuk jer dalam slot power adapter kereta terus bunyi "tup"...tau2 dah tak boleh charge..lagi2 kena plak masa kritikal..gps, phone low battery...memang rasa nak sentap! 


Slot power tu ok...tak rosak...cuma fuse jer yang kantoi..bukak cover fuse ni


fuse yang kantoi yang 15 amp ni (rujuk anak panah)


Ganti jer terus ok...beli fuse kat kedai aksesori kereta, beli lebih buat spare kut2 kantoi lagi boleh terus ganti.....harga dalam RM3


Sunday, July 28, 2013

TT Ganti V-Belt

Simptom V-Belt nak kena tukau....start enjin pagi boleh dengar bunyi rattling + mileaage dah lebih setiap cycle 40K.Terima kasih kepada Bro K.E yang tolong set kan appointment dengan bro anuar, mekanik dekat Kg. Lapan...hehe workshop bukak cuma hari Ahad sahaja...yang join sekali geng jasin, Ustaz25


Exora aku masuk dulu...


V-Belt lama...dah crack


Ganti V-Belt baru...ingatkan tensioner pun nak kena ganti tapi tak perlu, bro anuar dah check, barang elok lagi...bila mileage dah jejak 160K baru ganti tensioner


Sekejap jer ganti benda ni...tak sampai 1/2 jam...Exora Ustaz plak masuk


V-Belt ustaz crack lagi teruk...


Harga V-Belt RM58 + Labour Cost RM7 sahaja...murah kan?

Saturday, February 16, 2013

TT Car Wash & Polish Blink Blink

Lama dah planning nak polish Exora ni...tapi tak menyempat + tak tau mana kedai yang bagus...tergerak plak nak tanya K.E kut-kut dia tau mana2 kedai yang bagus area Melaka. So K.E rekemen kat tempat dia biasa cuci, kat Taman Tasik Utama, Pusat Cuci Kereta & Perniagaan YH

Semalam tepat tajam 0900 K.E dah sampai dulu...

K.E cuma cuci ngan add on Nano, tambah RM8

terus dah blink blink J

Turn aku plak...siap cuci dulu...

Proses tampalan bermula

Mula polish...

Sambil di monitor oleh K.E...hehe


Waxing....



Siap sudah....amacam ada nampak blink blink shine bright like a diamond tak? hehe

3 jam jugak lah waktu menunggu...dah boleh balik...kos RM240, satisfaction priceless J