Showing posts with label NEXO. Show all posts
Showing posts with label NEXO. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

GPS Upgrade Service For Bro Khairul Anuar

Bro Khairul Anuar, member Nexorian Addy request untuk upgrade kan GPS Lokatoo model A1000i dengan Launchpad SE 2011So deal closed, aku pun turun pi sambau micro sd card 8GB J


Success installed Garmin, PaPaGO X5SE...exit via Video button untuk ke Launchpad, PaPaGO ONE aka PaPaGO X8.5, iGO Primo, MapKing Landmark, NDrive 10, PowerMap Z9 dan pre-install Lokatoo Software version 5. Ada customize sket pada launchpad bro Junaidi kasik masuk nama dia & tambah Pocket Quran J



Sd card telah diposkan pada 12/01/2015 guna Pos Ekspres Ref: LG191244586MY. Boleh check status di website Pos Malaysia

Wednesday, May 28, 2014

GPS Upgrade Service For Bro Addy

Nexorian Addy request untuk upgrade kan GPS Lokatoo model A1000HD dengan Launchpad HD 2012So deal closed, aku pun turun pi sambau micro sd card 8GB, order 2 terus tu J


Masukkan software GPS HD resolution 800X480, success installed Garmin, Papago X8.5 dengan Map Thailand01.01.2013,  iGO Primo 2.0 dengan 2012 map, Powermap Z9 dan pre-install Lokatoo Software version 5. 

GPS Nexorian powered by launchpad special edition sempena AGM NEXO ke-2 yang diadakan di Cinta Sayang Resort pada 19 Januari 2013

Launchpad Main Screen, klik logo Start untuk masuk ke GPS Menu



Sd card telah diposkan pada 28/05/2014 guna Pos Ekspres Ref: LG167622937MY. Boleh check status di website Pos Malaysia

Sunday, April 20, 2014

Lawatan Kerja NEXO Ke Proton Tanjung Malim - CHAPTER 2

Keratan Akhbar Harian Metro 10 Dis 2013


Tahniah buat NEXO kerana berjaya menganjurkan Lawatan Kerja buat kali ke-2 ke Proton Tanjung Malim pada hari Khamis, 28 Nov 2013. Pengalaman yang sungguh berharga di mana ahli-ahli NEXO dapat melihat sendiri bagaimana kereta-kereta berjenama PROTON dibuat. Dengan pengalaman menyaksikan sendiri pembuatan kereta PROTON, maka bertambahlah ilmu pengetahuan berkenaan PROTON.  

NEXO amat berterima kasih kepada pihak PROTON yang bertugas pada hari tersebut di atas perkhidmatan serta layanan mesra yang diberikan kepada kami. Terima kasih kepada En.Elmy serta rakan-rakan yang menyambut serta bersama kami sepanjang lawatan di sana. Terima kasih kepada pihak PETRONAS di atas tajaan minyak Primax 95 Xtra bagi memastikan kelancaran enjin pada setiap EXORA semasa perjalanan konvoi ke Tanjung Malim. Terima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia yang telah mengiringi konvoi untuk memastikan perjalanan konvoi NEXO selamat sampai ke destinasi. Terima kasih tidak terhingga buat semua ahli-ahli NEXO yang terlibat serta banyak membantu secara langsung dan tidak langsung menjayakan event ini. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan menjadi kenangan manis buat Nexorianz.

Konvoi yang bermula dari Kangar, Alor Setar, Gurun dan berkumpul dengan rakan-rakan yang lain di stesen Minyak Petronas BKE 2 bagi mengadakan upacara "Flag Off" oleh pihak Petronas.

Syukur Alhamdulillah pada event kali ini NEXO telah mendapat 
tajaan dari Petronas di mana setiap tangki exo Nexorianz dipenuhi dengan minyak Petronas Primax 95 Xtra. 

Terima kasih Petronas. 

Friday, January 31, 2014

GPS Upgrade Service For Bro Khalil

Nexorian Khalil, owner Lokatoo model A1000HD request untuk upgrade kan GPS dengan Launchpad HD 2012So deal closed, aku pun turun pi sambau micro sd card 8GB J


Masukkan software GPS HD resolution 800X480, success installed Garmin, Papago X8.5 dengan Map Thailand 01.01.2013,  iGO Primo 2.0 dengan 2012 map, Powermap Z9 dan pre-install Lokatoo Software version 5. 

GPS Nexorian powered by launchpad special edition sempena AGM NEXO ke-2 yang diadakan di Cinta Sayang Resort pada 19 Januari 2013

Launchpad Main Screen, klik logo NEXO di sebelah nama untuk masuk ke GPS Menu



Sempena promosi GPS Upgrade Service Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai...Bro Khalil turut menerima RM5 Prosperity Voucher Nandos dari ABM J

Saturday, January 11, 2014

GPS Upgrade Service For Bro Junaidi

Nexorian Junaidi owner Lokatoo model A1000i request untuk upgrade kan GPS dengan Launchpad SE 2011So deal closed, aku pun turun pi sambau micro sd card 8GB J


Success installed Garmin, PaPaGO X5SE...exit via Video button untuk ke Launchpad, PaPaGO ONE aka PaPaGO X8.5, iGO Primo, MapKing Landmark, NDrive 10, PowerMap Z9 dan pre-install Lokatoo Software version 5. Ada customize sket pada launchpad bro Junaidi kasik masuk nama dia & tambah Pocket Quran J


Sd card akan diposkan pada 13/01/2014 guna Pos Ekspres Ref: LG176364153MY. Boleh check status di website Pos Malaysia

Sunday, December 15, 2013

GPS Upgrade Service For Bro Eizan Eisya

Nexorian Eizan Eisya, owner Lokatoo model A1000HD request untuk upgrade kan GPS dengan Launchpad HD 2012So deal closed, aku pun turun pi sambau micro sd card 8GB J


Masukkan software GPS HD resolution 800X480, success installed Garmin, Papago X8.5 dengan Map Thailand 01.01.2013,  iGO Primo 2.0 dengan 2012 map, Powermap Z9 dan pre-install Lokatoo Software version 5. 

GPS Nexorian powered by launchpad special edition sempena AGM NEXO ke-2 yang diadakan di Cinta Sayang Resort pada 19 Januari 2013

Launchpad Main Screen, klik logo NEXO di sebelah nama untuk masuk ke GPS Menu



Sd card akan diposkan pada 16/12/2013 guna Pos Ekspres Ref: LG176364666MY. Boleh check status di website Pos Malaysia

Thursday, November 21, 2013

BOWLING TOURNAMENT ALL NEXORIANZ 2013

Syukur alhamdulillah Kejohanan Bowling All Nexorianz 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober 2013 (Sabtu), 3.00 petang - 6.30 petang di Megalane, Mega Mall Perai, Pulau Pinang.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu En. Shumi(NEXO 71) dan isteri Pn.Zakiah yang telah mencetuskan idea dan berusaha mengatur Tournament ini dalam masa yang singkat. Dengan adanya tournament ini, maka dapat mengeratkan lagi silratulrahim sesama ahli-ahli NEXO serta dapat mencungkil bakat-bakat bowling yang tersembunyi pada warga NeXo. 

Semoga semua peserta berpuas hati dengan keputusan pengadil. Tahniah buat yang menang dan bagi yang kalah pula...kita jumpa lagi di tahun hadapan.

Terima kasih kepada semua warga NEXO yang memberi support, yang datang dari jauh untuk memeriahkan lagi Bowling Tournament ini. Warga NEXO yang menyertai pertandingan ini adalah : Fandy NEXO 01, Ahmad Nizam a.k.a Pak Tam NEXO 120, Shumi NEXO 71, Aziz NEXO 68, Zaid NEXO 59, Romzi NEXO 52, Rizal NEXO 90, Zudi NEXO 147, Zakhri a.k.a Pablo NEXO 72, Jit NEXO 44, Zam Putri NEXO 70, Azalan NEXO 65, Dzakir NEXO 138, Arry Bomba NEXO 145, Azizi NEXO 23, Abdul Ghani NEXO 127, Denz NEXO 34, Kamarul NEXO 119, Sham Pulut NEXO 67, Shah NEXO 146, Wan Rambo NEXO 26, Addy Midi NEXO 36, ZamTT NEXO 18, Chaq NEXO 55 dan Wadi Azira NEXO 123. Baca lagi...

Monday, November 4, 2013

NEXO @ Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Tanggal 21 Sept 2013 NEXO berkonvoi ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara. Warga NEXO yang hadir adalah Suhaimi NeXo 54, Zudi NeXo 147, Shah NeXo 146, Pablo NeXo 72, Aziz NeXo 68, Fandy NeXo 01, Sham Pulut NeXo 67, Abd Khalil NeXo 122, Saifuddin NeXo 78, Jit NeXo 44, Shaher NeXo 105, Abd Ghani NeXo 127, Nash NeXo 22 dan Adzha NeXo 116.

Terima kasih buat NeXo 68 Aziz yang telah mencetuskan idea ini. Terima kasih juga buat keluarga NeXo yang dapat meluangkan masa untuk bersama-sama rakan-rakan NEXO yang lain.

Tujuan mengadakan konvoi ini adalah untuk mengeratkan lagi silratulrahim sesama ahli serta bersiar-siar bersama keluarga sambil menambahkan ilmu pengetahuan. Baca lagi...

Tuesday, October 22, 2013

Konvoi Jalur Gemilang 2013

Pada tanggal 14 Sept 2013, NEXO & kelab-kelab permotoran dibawah Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) bersama-sama memeriahkan acara:
Tahniah serta terima kasih diucapkan buat En. Abdul Latif (NEXO 02), En. Amran (NEXO 142), En. Mohd Khairul Amin (NEXO 11) dan En.Mohd Shahrulnizam (NEXO 18) yang telah mewakili NEXO bagi menyertai acara ini.

Aturcara majlis : 
0700-0800 reg di stadium suka menanti.
0800-0830 begerak ke tmn wira mergong.
0900 flag off oleh MB Kedah.
0900-0930 konvoi ke pokok sena.
0930-1000 kempen jalur lebar di market p.sena (dekat trafik light ke naka)
1000-1030 konvoi ke kubur pnjg.
1030-1130 kempen jalur lebar di kubur pnjg (di smbut oleh YB Suraya).
1130-1300 konvoi ke rimba taqwa, sik.
1300-1500 isi minyak,lunch,solat ( di sediakan oleh YB Tajudin)
1500-1700 konvoi ke dataran serdang.
1700-1830 kempen jalur lebar oleh YB Sabrina.
1830 bersurai...

Peserta-peserta konvoi mula berkumpul di Stadium Suka Menanti pada jam 7.00 pagi. Setelah semua berkumpul konvoi mula bergerak ke Taman Wira Mergong untuk acara flag off oleh Menteri Besar Kedah iaitu YAB. Dato' Paduka Hj. Mukhriz Tun Mahathir. Baca lagi...

Saturday, October 5, 2013

Sambutan AidilFitri NEXO 1434H : MERDEKA RAYA

Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO Perlis 
kerana berjaya menganjurkan : 
 

Tanggal 6 Sept 2013 bersamaan 30 Shawal 1434H, jam 9.00 malam,  NeXo menyambut AidilFitri 1434H di Chalet LKIM, Kuala Perlis. Seramai 45 Warga NEXO telah hadir bagi memeriahkan Sambutan AidilFitri NEXO 1434H. Tujuan majlis diadakan adalah untuk merapatkan lagi silratulrahim sesama warga NEXO tidak kira dari jauh dan dekat, tambahan pula di bulan Syawal yang mulia ini. 




 

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih dari NEXO buat pihak penganjur Cip Perlis NEXO 85 Saudara Azmel & Isteri Pn.Aida serta semua NEXO Perlis di atas usaha mengatur serta memberi layanan yang terbaik kepada semua Warga NEXO yang hadir. 


Sebahagian dari Warga NEXO yang hadir ke 
Majlis Sambutan AidilFitri NEXO 1434H. 

Dzaher 63, Shah 146, Che Din 61, Romzi 52, Samsul 107, Suhaimi 54, Chaq 55, Azimi 111, Aziz 68, Sham Pulut 67, Zaid 59, Abdul Razak 84, Junaidi 88, WadiIra 123, Pablo 72, Rosnizam 93, Remy 37, Min Azmin 141, Emnorwandy 137, Azhar 112, Adzha 116, Marzudi 147, Riduan 140, Zamen 79, Abdul Ghani 127, Latif 02, Addy 36, Hapes 04, Shumi 71, Haneef 21, Fandy 01, Azmel 85, Azman 43, Pak Tam 120, Hazyzarin 31, Abd Khalil 122, Nazri 108, Jimon 17, Jit Rashid 44, Amran 142, Mustaffa 101, Noor Affandi 98, Shamsul Kamal 87, Shaher 115 dan Nirwan 144.

Tuesday, July 30, 2013

Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur-Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah

Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan yang mulia, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan untuk beramal soleh. Bulan yang dilipat gandakan pahala, termasuk diantaranya pahala sedekah. 

Sabda Rasulullah SAW "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan".
- (H.R. Tirmidzi)

Bersesuai dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, maka NEXO mengambil kesempatan untuk mengadakan Program :
 Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim 
& Miskin Nur-Hidayah


Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih dari NEXO buat pihak penganjur Saudara Shumi & Isteri Pn.Zakiah (NeXo 71) di atas usaha mengatur Majlis Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Saudara Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras (NeXo 32) yang telah berusaha membuat kutipan derma bagi membantu event ini. Terima kasih juga kepada Warga NEXO yang memberi sumbangan walaupun ada yang tidak dapat bersama-sama menyertai event ini.  Kepada semua para dermawan serta penaja iaitu Menteri Besar Kedah YAB Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr MahathirAlumni Vokay Kulim 93-94, Jemaah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Kakitangan Penjara Seberang Perai... NEXO mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Baca lagi...

Sunday, July 28, 2013

Upgrade GPS A1000HD for bro Asar Zaim

Sebelum ni dah pernah upgradekan GPS Lokatoo Wince 5 bro Asar, tapi malang tak berbau...GPS tu dah rosak, kebetulan ada member owner Exora nak tolak GPS A1000HD, harga terbaek jauh lagi murah yang duk jual kat mudah...apa lagi, terus offer, dengan pantaz bro Asar sambau sebelum orang lain tapau hehe J




Masukkan software GPS HD resolution 800X480, success installed Garmin, Papago X8.5 dengan map Thailand dan pre-install Lokatoo Software version 5. 

GPS Nexorian powered by launchpad special edition sempena AGM NEXO ke-2 yang diadakan di Cinta Sayang Resort pada 19 Januari 2013


Telah diposkan pada 25/07/2013 guna Pos Laju Ref: EF001901567MY. Boleh check status di website Pos Malaysia


Monday, July 15, 2013

Jamuan Bersama YB Dato' Paduka Mukhriz



Pada tanggal 20 Jun 2013 hari Khamis, NEXO telah diundang oleh YB Dato' Paduka Mukhriz melalui Tuan Syed Hafiz (NeXo 56) untuk sama-sama memeriahkanMajlis Jamuan Santai yang diadakan di Dataran Bandar DarulAman.

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada Tuan Syed Hafiz (NeXo 56) yang telah mengatur agar NEXO dapat bertemu dengan YB Dato' Paduka Mukhriz. Pihak NEXO juga amat berterima kasih kepada warga NEXO yang hadir bagi memberi sokongan serta memeriahkan Majlis. 


NeXo diwakili oleh 15 orang ahli NeXo iaitu En.Fandy (NEXO 01), En. Kairul CID (NEXO 11), En.Md Zakhri Pablo (NEXO 72), En.Rizuan (NEXO 26), En.Fahmi (NEXO 46), Tuan Syed Hafiz (NEXO 56), En.Aziz (NEXO 68), En.Mus (NEXO 101), En.Romzi (NEXO 52), En.Abd Ghani (NEXO 127), En.Sham Pulut (NEXO 67), En.Abd Khalil (NEXO 122), En.Ahmad Nizam Pak Tam (NEXO 120), En.Nash (NEXO 22) dan En.Noor Affandi (NEXO 98) telah bersama-sama memeriahkan Majlis di atas undangan Dato' Paduka Mukhriz yang diadakan di Dataran Bandar DarulAman, Jitra. Baca lagi...

Monday, July 8, 2013

Sampul Duit Raya NEXO

Sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, NeXo telah mengeluarkan Sampul Duit Raya seperti gambar yg disertakan. 



Harga 10 keping adalah RM5.00. Minimum order 20 keping. Order hendaklah dalam gandaan 10
Bayaran pos setiap order adalah RM7.00

Cara-cara membuat bayaran:

Akaun Maybank: 152023053052
Nama: MOHAMED AFFENDY BIN ZAINI
Description: SAMPUL RAYA NEXO - (JUMLAH ORDER)
Sila e-mailkan butiran berikut ke nexo_gandhi@yahoo.com 
  1. Bukti pembayaran anda (internet banking / CDM)
  2. Maklumat penghantaran - nama / alamat / hp no.