Sunday, January 30, 2011

Launchpad 8GB - Upgrade version for Kechat

Memandangkan banyak program-program dan software navigation yang hendak ditambah teruatamanya PaPaGO M3GPS X6 yang memerlukan hampir 1GB capacity, kechat pun mintak aku belikan 8GB micro sd

Inilah launchpad terbaru kechat

Menu GPS, ada 10 Navi termasuk Lokatoo Software Version 4
Photobucket

Menu Games, 4 layer
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Menu Tools termasuk Office Software
PhotobucketPhotobucket

Menu Speedometer dengan 4 skins pilihan
Photobucket

Red & Blue Skin
Photobucket Photobucket

Metal Black & Black Simple Skin
Photobucket Photobucket

Amacam? ok tak?

Saturday, January 29, 2011

New Games Available

Check out for new games here

Isu PAPAGO! X6 M3GPS Edition Pada Win Ce 6 GPS Lokatoo

Ini adalah maklumbalas yang aku terima daripada Top Follower blog ABM yang telah mencuba untuk install program PAPAGO! X6 M3GPS pada GPS lokatoo Win Ce 6

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Untuk memudahkan rujukan bagi penggodek-pengodek GPS, disertakan file structure yang patut ada dalam folder PAPAGO X6 ini

Photobucket

Semalam baru berkesempatan mencuba software ini pada Win Ce 6 GPS Lokatoo bila Cip Geng Lendat Melaka aka kechat minta aku upgradekan sd card nye ke 8GB, sebenarnya..

...memang confirm software ni boleh run pada win ce 6

Tetapi rupanya kejap jer, lepas beberapa hari nak load program pun tak boleh. Isu ni aku dah highlight dekat NaviTotal dan ini feedback nye
Photobucket

Active follower aku, niezamgerrard pun dah cuba method ni tapi tak berhasil. Minggu depan mungkin kechat akan pass GPS dia kat aku untuk buat testing, harap-harap menjadilah

Ni folder structure yang dishare kan oleh sHaq RaHMan yang telah berjaya run dalam win ce 6 Lokatoo A1000i, thanks bro

Thursday, January 27, 2011

Renungan Jumaat

Petikan Hadis Baginda Rasulullah SAW untuk renungan dan peringatan untuk kita semua pada hari Jumaat yang berkat ini.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w. : Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah? Jawab baginda : "Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama? Jawab mereka itu : Tidak !". Berkata pula Rasulullah s.a.w. "Adakah kamu sukar lihat matahari ketika tidak ada awan menutupinya?" Jawab mereka tu : "Tidak tuan!""Maka berkata Rasulullah s.a.w. : "Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak."

Kemudian Rasulullah s.a.w.meneruskan perkataannya, kata beliau : "Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah : "Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia dulu" Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut, penyembah salib mengikut salib, penyembah api mengikut api dan di dalam rombongan mu'min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq. ( Maka pada ketika ini kita dapati terpisahlah di antara kumpulan muslimin dengan yang kafir)

Kemudian Allah taala datang lagi kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata : "Aku Tuhanmu." Maka jawab mukminin : "Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu!" Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya." (Allah datang kepada kumpulan ini beberapa kali dengan provoke supaya pergi keluar ikut ikutan masing-masing ketika didunia dulu). Pada masa ini ada dikalangan kumpulan mukminin ini yang munafik keluar pergi mengikut kumpulan kumpulan kafir tadi. (Menurut hadis ini baginda menasihati supaya orang-orang Islam tetapkan iman mereka dan jangan keluar dari kumpulan mukminin ini).

Setelah beberapa lama kemudian Allah taala datang lagi kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mu'min itu, lalu berkata : "Aku Tuhanmu". Maka dijawab kaum mu'min : "Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya" Berkata pula Rsulullah s.a.w. "Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama-tama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-rasul ketika itu : Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!" Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa'dan." Kata Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-sahabat yang hadir : "Adakah kamu pernah melihat sa'dan?" Jawab mereka : "Ya !" "Seperti duri sa'dan itulah bentuk besi-besi itu,hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena tetapi akhirnya dilepaskan.

Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itupun dapat mengenal orang-orang yang berkata "tiada tuhan yang disembah kecuali Allah" dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka.

Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut. Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh air mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya. Kemudian Allah berkata kepadanya "Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?" Jawab orang itu : "Tidak!" dan ia berjanji keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itupun dikabulkan Allah taala. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya ;" Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi?" Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya! Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.

Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah agar dapat disampaikan kepintu syurga. Setelah ia tiba disana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada didalamnya. Ia tercengang ta'jub dan tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau. Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam! kata Allah taala kepadanya. Jawabnya Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka-celakanya. Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah Allah taala seraya bertitah : "Masuklah engkau ke dalam syurga ini!" Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah : "Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!" Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam keni'matan sehingga Allah taala memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah taala kepadanya: "Ni'matilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai ni'mat sebanyak itu pula.

Hadis sahih riwayat Imam Muslim

Wednesday, January 26, 2011

Promosi iTalk

PhotobucketPhotobucket

Dalam menyambut musim perayaan ini, iTalk terus menawarkan kadar panggilan antarabangsa terendah ke semua negara dari talian tetap terutamanya ke China, Singapura, Taiwan dan banyak lagi. Dengan kadar terendah ini, anda boleh terus menghubungi orang tersayang pada bila-bila masa dan di mana jua. Sambutan perayaan anda bertambah bermakna apabila anda berkongsi tawaran menarik ini dengan yang tersayang.

Nota: Kadar yang ditunjukkan adalah 30 saat setiap blok. Untuk kadar panggilan dan negara yang lengkap, sila layari link ini

Selain itu, mulai hari ini sehingga 31 Januari 2011, iTalk menawarkan 20% masa berbual secara percuma apabila anda mengaktifkan atau menambah nilai iTalk anda. Butiran untuk promosi ini adalah seperti berikut:
Photobucket

Jom Sertai Kuala Lumpur Heritage Xplorace!

Menara Kuala Lumpur (MKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011” pada 26 Februari 2011, dengan sokongan penuh daripada Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan.

Penjelajahan ini akan membawa para peserta ke seluruh kawasan persekitaran Kuala Lumpur sejauh 15 km untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan budaya dan warisan.

Objektif utama acara ini diadakan adalah untuk memperkenal dan mempromosikan lokasi-lokasi warisan yang terdapat di Kuala Lumpur di samping memberikan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia dan menanamkan rasa cinta kepada negara agar mereka turut menghargai dan memperkayakan hasil warisan negara.

Sasaran utama acara ini adalah golongan remaja, keluarga dan media. Ianya terbuka kepada 2 orang peserta bagi setiap kumpulan. Peserta harus berumur 18 tahun ke atas. Tetapi, sekiranya terdapat peserta yang berumur kurang daripada 17 tahun, pasangan haruslah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai hubungan persaudaraan seperti ayah & anak, emak & anak, adik & abang, adik & kakak dan sebagainya.

Penyertaan adalah terbuka kepada 200 kumpulan yang terawal mendaftar.

Setiap kumpulan akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50.00 bagi warga Malaysia dan RM100.00 untuk warga asing. Peserta akan menerima air mineral, tuala kecil dan sehelai t-shirt.

Borang penyertaan boleh di dapati di Menara Kuala Lumpur dan Muzium Telekom mulai 24 Januari 2011.

Sila layari www.menarakl.com.my

Monday, January 24, 2011

Graduate Employability Outreach Programme (GEOP)

Satu lagi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat TM bagi membantu membangunkan negara

Muat Turun / Download TM GEOP Application Form

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Body Sticker For Exora - Yaxan Style

Terima kasih pada bro zamsurvey yang izinkan aku share gambau-gambau exora hensem dia ni selepas mendapat sentuhan tempekkan sticker oleh Yaxan.

Exora bro zamsurvey ni dah banyak melalui proses modifikasi, bukan setakat exterior dan interior, tapi dari segi performance pun sekali. Lepas pasang bumper A79 type yang diperkenalkan oleh Ari, bro zamsurvey cuba menyerlahkan kegarangan exo nyer dengan menambahkan body sticker designed by Yaxan. Ternyata hasilnya amat memuaskan

Body sticker ni menggunakan konsep "Warrior" inspired by Japanese Spirit :) Yaxan dah confirmkan yang tulisan Jepun tu bermaksud warrior, hehe

Design bahagian hadapan
Photobucket
Photobucket

Design bahagian sisi
Photobucket

Design bahagian belakang simple sahaja dengan perkataan "Warrior" pada bumper
Photobucket

Walaupun masih muda tapi skill menampal bro Yaxan ni memang aku tabik spring. So, sesapa yang berminat boleh call dia di 012-9108050.

Harga berpatutan mengikut jenis design dan kualiti sticker.

Sunday, January 23, 2011

Replaced Wiper For Exora

Bulan lepas, masa aku dipaksa bercuti selama seminggu di minggu terkahir bulan 12, sempat lah turun Seremban kejap singgah kat kedai Sang Auto Accessories. Mula-mula bukannya niat nak tukar wiper, hehe macamlah takder kedai aksesori kat area Bangi yang jual wiper. Aku sebenarnya nak survey diffuser, tapi memandangkan aku guna air master type 2, diffuser tu tak ngam dengan front skirt aku ni.

Alang-alang dah sampai kenalah jugak beli something. So memandangkan wiper aku pun dah season, dah tiba masanya ganti yang baru. Pekerja kedai tu tak recommend langsung aku guna silicon type, dia offer aku rubber type yang elok, design pun cantik, kena lah dengan design rear wiper aku tu

Photobucket
Photobucket

Harga sepasang wiper ni RM50.

Ni aku sertakan koordinat ke Sang Auto Accessories, senang kalau sesape nak pegi

PaPaGO
E: 101" 57' 7.7"
N: 2" 42' 46.5"

Savvy - Replaced Ignition Coil

Khamis lepas, 20/01/2011 masa cuti Thaipusam, aku dan wife outing kat IOI Mall Puchong. So masa nak balik, bila aku start jer engine, terasa gegaran agak kuat pada bahagian engine bay. Hati dah rasa tak berapa sedap...so bila gerak memang terasa berat dan loss power, toksah kata lah kalau naik bukit...memang sesak, tapi nasib baiklah boleh gerak...terus balik rumah.

Call AAM sebelah malam minta mekanik dia datang untuk check, tapi memandangkan engine savvy ni engine renault, mekanik tu pun tak boleh buat apa, last dia mintak aku bawak savvy aku ni ke proton service center, hehe sabar jer lah, nak sedapkan hati, aku cakap kat diri sendiri yang aku subscribe AAM ni untuk tow service dan tukar tayar in case bocor :)

Hari sabtu, dalam pukul 9.00 pagi aku pun cargas ke RS Auto Services Centre Sdn Bhd, specialize workshop untuk Renault Engine.
Photobucket

Terus jumpa Mr. Hoe explain masalah savvy aku ni..on the spot dia mintak kunci untuk test. Masa dia start jer engine, terus dia dah tau apa problem savvy aku ni, ignition coil dah rosak. Ni lah part yang rosak tu
Photobucket
Dulu aku dah pernah replace sekali pada 17/10/2007 dekat Proton Edar Service Center Melaka.

Replacement Part ID. Tak sempat nak amik gambar. Mengikut Mr. Hoe, ni design baru, ada warranty setahun. Harga spare part ni RM490.00, total cost termasuk labour RM510.
Photobucket

Pemasangan tak sampai 20 minit...siap bagi kat aku limau sempena nak Tahun Baru Cina tak lama lagi :)
Photobucket

Koordinat ke RS Auto

PaPaGO
E: 101" 37' 0.4"
N: 3" 0' 39.2"

Garmin
N: 03" 00.654'
E: 101" 37.008'

Workshop dibuka dari Isnin hingga Sabtu, Ahad cuti. Boleh call Mr. Hoe di 012-2365220

Thursday, January 20, 2011

Renungan Jumaat

Nabi SAW dalam hadithnya yang di riwayatkan oleh iman Muslim RA memberi amaran kepada kita tentang berlakunya gejala muflis dikalangan umatnya. Sabda Rasulullah SAW:

Photobucket

Bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka yang memiliki pahala, seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikianati atau dizalimi. Di samping mereka dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi.

Alangkah ruginya golongan muflis ini, kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadah dan bermacam kebaikan, akhirnya menjadi kosong kerana di ambil oleh orang lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap orang lain atau kezaliman yang telah dilakukan.

Pemasangan Sticker Eyelid di Kajang - bro mizee

Disebabkan hasil kerja Yaxan yang kemas dan teliti masa pasang kat Exo aku, ditambah pulak "racun" baik punyer dari sepupu mizee sendiri yang dapat gambar exo aku dari Facebook siapa ntah, akhirnya mizee import Yaxan turun Kajang semalam (20/01/2011)untuk menempek sticker eyelid ni.

Pemasangan dibuat berhampiran kawasan shop lot berhadapan dengan Giant Prima Saujana mulai pukul 1.00pm.

Kat mana-mana pun Yaxan boleh pasang sticker ni :) fuh smart giler, sure nak gi dating lepas ni...hehehe
Photobucket

Hampir siap..
Photobucket

Siap sepenuhnya...memang hensem :)
Photobucket

Pemasangan tak sampai pun 1 jam, Yaxan dah siapkan mould masa dia pasangkan sticker ni kat Exo aku, jadi senang lah boleh terus pre-cut kalau ada member-meber lain yang berkenan cutting yang sama.

So, sesapa yang berminat boleh call dia di 012-9108050. Harga untuk sticker eyelid CF 3D sekali dengan upah pasang RM80

Monday, January 17, 2011

Update Map & Get Rewarded From Lokatoo

Promotion from Lokatoo
Photobucket

Just follow 3 simple steps
Photobucket

and you'll be rewarded :)

Received the free gift yesterday, thanks Lokatoo!
Photobucket

I've been using Lokatoo GPS for more than a year and never regret it, hehe of course you know what i mean, the set itself is reliable, no quality issue compared to cheap GPS China brand

Planning to get the new A1000i. Do not wanna miss to use the recent software version 4, which is totally new enhanced software with telephone search, the 1st in Malaysia, congrats Lokatoo!

Saturday, January 15, 2011

[WTS] Waterless Car Wash

Waterless Car Wash menggunakan Swiss Technology adalah produk terkini yang membolehkan anda membasuh, polish dan melindungi permukaan cat kereta tanpa mengunakan air.

Butiran lanjut seperti didalam flyers



Directions:
1. Shake well before using
2. Spray a thin layer of waterless car wash one small section at a time, not in direct sunlight and ensure the surface is cool to touch
3. Spread evenly with a damp microfiber towel
4. Lightly buff with a clean and dry microfiber towel immediately

Nota: Boleh juga digunakan pada windscreen, cermin, dashboard dan rim

Harga seunit adalah RM25 bagi COD

Waterless Car Wash boleh digunakan pada bila-bila masa, yang penting masa tu body kenderaan mesti tidak panas dan tidak sejuk sangat dan keadaan body kenderaan kering.

Boleh digunakan samada sebelum atau selepas cuci kenderaan. Kalau body kenderaan berlumpur, spray tempat tersebut dan biarkan 1 minit, spray semula sekali lagi dan lap sehingga kering

Satu botol ni boleh digunakan untuk 5 buah Exora. Selalunya satu bahagian yang besar, sebagai contoh bumbung menggunakan 10 kali spray, bahagian bonet depan dalam 5-8 kali spray, bahagian pintu 3 kali spray sahaja. Paling senang, setiap bahagian ke setiap bahagian dalam lingkungan 2' X 2'

Setiap penggunaan waterless ini boleh bertahan untuk menangkis air atau kotoran debu sehingga sebanyak 4 - 6 basuhan. Wow!!

Kini, telah ada 2 jenis Micro Fiber Towel yang sesuai digunakan. Klik -> SINI

Boleh dapatkan stok dari aku untuk kawasan di Bandar Baru Bangi & Jalan Pantai Baharu, KL dan daripada Kechat bagi kawasan sekitar Melaka

Inilah hasilnya apabila menggunakan Waterless Car Wash, bukan main berkilat :) terima kasih pada member aku, mdshaari yang sudi berkongsi gambar Exora beliau selepas menggunakan produk ini
Photobucket

Exo warrior pun tak ketinggalan menggunakan Waterless Car Wash
Photobucket

akuamy yang turut berpuas hati
Photobucket

Pakai jugak kat Ninja 250R
Photobucket

Beberapa maklumbalas oleh pengguna Waterless Car Wash

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket