NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Saturday, January 15, 2011

Sticker Eyelid For Exora & TT minoriti

Tahun lepas dah buat smoked headlamp, jadi tahun ni aku nak touch up sikit dekat headlamp dengan tambah eyelid. Dekat pasaran dah ada, jenis FRP (Fiber Reinforced Plastic) yang dibuat oleh Airmaster, cuma aku kurang minat dengan design ni, terlalu simple.

Kebetulan member aku, zamsurvey ada upload beberapa gambar exora dia yang dah ditambah eyelid dengan hanya menggunakan sticker, so aku pun berminat nak buat cara yang sama. Zam recommend buat dengan bro Yaxan dekat Shah Alam, dia ni free lance selalu buat kat Seksyen 11 atau pun di Dori Dori Auto Works dekat Subang Hi-Tech Industrial Park.

Semalam, 15/01/2011 aku dengan sorang lagi member, mdshaari jumpa Yaxan dekat Dori Dori. Sepatutnya seawal pukul 10.00 pagi proses penampalan bermula, tapi Yaxan terlajak tido sampai pukul 12.00 tengah hari...hehe tu yang lambat siap, tapi kitorang tetap sabar menunggu sebab dia ni memang dah terbukti bagus, buat kerja memang teliti serta berkonsepkan "customer always right", dia layan jerr apa yang aku nak sampailah aku puas hati.

Jom layanz gambar-gambar yang sempat di ambil masa TT minoriti ni

mdshaari sempat bersihkan headlamp dengan produk terbaru, Waterless Car Wash
Photobucket

Sementara menunggu, tiba-tiba dapat call dari sorang member, Levinz yang nak buat smoked headlamp, so ajak singgah jumpa dulu, kebetulan kedai KKP yang nak buat smoked tu pun dekat kawasan yang sama.
Photobucket
Tapi niat tak kesampaian, kedai KKP tutup tapi Levinz masih pulang dengan ceria sebab dapat beli produk Waterless Car Wash ni dengan aku :)

Ni lah bro Yaxan. Aku pilih nak guna sticker CF 3D
Photobucket

Proses menempek in progress
PhotobucketPhotobucket

Siap sepenuhnya
Photobucket

Closed up
Photobucket

Masa nak gerak balik, tiba-tiba datang 1 exo putih dengan lirikan mata layu..hehe bro pekanz rupanya, lepak sekejap minum-minum dengan dia

ni bro pekanz punya style eyelid. Saje nak park sebelah exo aku...nak tengok sape punya lagi hensem
PhotobucketPhotobucket

Eyelid dan projek menempek Exo mdshaari terpaksa ditunda atas sebab-sebab masa dan stok colour sticker yang mdshaari berkenan takde, kena order dulu.

Bro Yaxan ni walaupun muda tapi skill menampal dia memang aku tabik spring. So, sesapa yang berminat boleh call dia di 012-9108050.

Harga untuk sticker eyelid CF 3D sekali dengan upah pasang RM80

Ni aku sertakan koordinat ke Dori Dori Auto Works ,senang kalau sesape nak pergi bila Yaxan buat kat sini

PaPaGO
E: 101" 33' 39.5"
N: 3" 4' 4.6"

Garmin
N: 03" 04.077'
E: 101" 33.658'

33 comments:

  1. As salam..

    betul x3....walaupun kami menanti yazan yang lambat sampai sbb terlajak tidur..
    aku puji hasil seni dan kesabaran melayan permintaan customer sehingga puas hati....

    ReplyDelete
  2. Wassalam, nanti masa nak pergi buat ko punya, roger2 aku....teringin jugak nak buat lining kat side skirt

    ReplyDelete
  3. Salam Jimon...

    Aduhai..tak tahan tgk eyelid nie...cantik tue,dah lah exo sama kaler..pergghhhh

    ReplyDelete
  4. Salam kfadzli, jom ler gi buat :)

    ReplyDelete
  5. Jimon roger2la saya saye sekali, nak tengok juga hasilnya...0133653345...lan398.

    ReplyDelete
  6. lan...boleh jerr..aku selalu ngeteh kat Restoran Amir, seksyen 9, BBBangi..datang ler kalau nak tengok live

    ReplyDelete
  7. mizee dah buat...ko bila lagi :)

    ReplyDelete
  8. tulah nnt nak confirm balik dgn Yaxan..

    satu lagi aku tahu napa aku banyak kali masuk blog sifu tapi tak di kira....ialah kalau ikutkan hari2 aku masuk dan dalam sehari banyak kali aku sign in....tapi tak dikira sbb aku setting join anoymous....sekarang dah tukar setting baru

    ReplyDelete
  9. hehehe takper...insya Allah ko pasti akan tersenarai nanti sebagai antara Top Follower :) Dah set dengan yaxan nanti roger aku

    ReplyDelete
  10. Amacam bro jimon...mlm tadi ada call Yaxan tak?

    ReplyDelete
  11. ok, dah call, dia kata boleh jerr buat smoke, tak kacau kat part eyelid tu...aku dah post jugak kat forum EOCM

    ReplyDelete
  12. Sifu dah confirmkan ngan Yaxan pasal agenda esok ke tak?

    ReplyDelete
  13. aku tak tau menau pun pasal agenda esok? aisey...Nazuri nak join..shogun dan mizee nak smoke...yang ni aku set lain masa

    ReplyDelete
  14. pergh...abg shogun pun dah nak buat smoked headlamp

    ReplyDelete
  15. sama kes macam aku, dah claim warranty headlamp tapi kena balik..ada wap...baik smoke jer

    ReplyDelete
  16. itulah yang sebaik-baiknya....tidak syak lagi :)

    ReplyDelete
  17. nampaknyer sticker tak boleh dapat lagi ...bila sifu arrangge untuk berurusan dgn yaxan yang terdekatlah?

    ReplyDelete
  18. aku sms yaxan rabu lepas, tapi dia tak reply lagik, hehe credit habis kut, ingat malam ni nanti aku call dia, nak buat appointment untuk smoked member-member kita tu

    ReplyDelete
  19. Hari tu aku ada call KKP Auto...

    Aku : Ah Hong you sudah tak mau meniaga ka? hari i ada member nak bikin smoked tp you punya kedai tutup ma.

    Ah Hong : bukan ma, saya pergi taiwan ada hat...so kalau telepon pun tak boleh dapat punya..

    Aku : oh ...itu mcm ka. Apa hat jika ada meember mau bikin smoked saya kasi tahu sama you la....

    ReplyDelete
  20. hehehe..takper, biar member lain try buat ngan yaxan plak

    ReplyDelete
  21. ye betul jugak sbb nnt kalau ramai nak bikin bolehlah bahagi kpd2 tempat hihihi

    ReplyDelete
  22. Assalam bro nazri aka jimon,

    Alamat lokasi akan berlaku kejadian esok hari hihihi,

    jalan nafiri 11/5c seksyen 11, shah alam.

    ReplyDelete
  23. wassalam bro mdshaari, terima kasih, lokasi telah di save kan dalam GPS PowerMap Z9 :)

    ReplyDelete
  24. Okay bro Nazri gambau telah di poskan ke peti Email

    ReplyDelete
  25. roger, thanks bro. Nanti aku bukak thread lain untuk TT semalam

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum bro nazri...

    Nak order 1 unit WCW - ada stock roger aku..hehehe

    ReplyDelete
  27. Alamak bro salah tempat aku buat order la...maaf.

    bila lagi nak serang rumah Yaxan..nak melunaskan hajat yang tak kesampaian tu, hehehehe

    ReplyDelete
  28. Salam mdshaari, stok memang ada manjang jer sekarang ni :) boleh collect kat opis aku

    hehe nak serang kena tunggu motor aku kluar dulu..nak buat sticker pahlawan

    ReplyDelete
  29. insyallah takde aral esok aku nak p collect...terima kasih

    ReplyDelete
  30. ok roger tapi call dulu sebelum nak collect sebab esok pagi aku takde kat opis, nak kena despacth barang, maklum ler aku kerani jer, petang aku free

    ReplyDelete