Saturday, April 26, 2014

GPS ONLINE Upgrade Service For Bro Fadhil

Bro Fadhil bercadang untuk upgrade GPS Lokatoo A1000HD dia dengan Garmin HD dan Papago X8.5 HD . So aku dah sediakan Private Link untuk dia download dan self installed. Semoga success bro! Anda adalah pengunjung ke-20 yang subscribe ONLINE service J


Sunday, April 20, 2014

Lawatan Kerja NEXO Ke Proton Tanjung Malim - CHAPTER 2

Keratan Akhbar Harian Metro 10 Dis 2013


Tahniah buat NEXO kerana berjaya menganjurkan Lawatan Kerja buat kali ke-2 ke Proton Tanjung Malim pada hari Khamis, 28 Nov 2013. Pengalaman yang sungguh berharga di mana ahli-ahli NEXO dapat melihat sendiri bagaimana kereta-kereta berjenama PROTON dibuat. Dengan pengalaman menyaksikan sendiri pembuatan kereta PROTON, maka bertambahlah ilmu pengetahuan berkenaan PROTON.  

NEXO amat berterima kasih kepada pihak PROTON yang bertugas pada hari tersebut di atas perkhidmatan serta layanan mesra yang diberikan kepada kami. Terima kasih kepada En.Elmy serta rakan-rakan yang menyambut serta bersama kami sepanjang lawatan di sana. Terima kasih kepada pihak PETRONAS di atas tajaan minyak Primax 95 Xtra bagi memastikan kelancaran enjin pada setiap EXORA semasa perjalanan konvoi ke Tanjung Malim. Terima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia yang telah mengiringi konvoi untuk memastikan perjalanan konvoi NEXO selamat sampai ke destinasi. Terima kasih tidak terhingga buat semua ahli-ahli NEXO yang terlibat serta banyak membantu secara langsung dan tidak langsung menjayakan event ini. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan menjadi kenangan manis buat Nexorianz.

Konvoi yang bermula dari Kangar, Alor Setar, Gurun dan berkumpul dengan rakan-rakan yang lain di stesen Minyak Petronas BKE 2 bagi mengadakan upacara "Flag Off" oleh pihak Petronas.

Syukur Alhamdulillah pada event kali ini NEXO telah mendapat 
tajaan dari Petronas di mana setiap tangki exo Nexorianz dipenuhi dengan minyak Petronas Primax 95 Xtra. 

Terima kasih Petronas.