Monday, May 19, 2014

GPS Upgrade Service For Bro Noor Ilham

Bro Noor Ilham dari Cherating, owner Lokatoo model A1000HD request untuk upgrade kan GPS dia dengan Launchpad Premium HD 2013. So aku pun turun pi sambau micro sd card 8GB J


Masukkan software GPS HD resolution 800X480, success installed Garmin, iGO Primo 2.0, Papago X8.5 dengan Map Thailand, Powermap Z9, PolNav, NDrive 11, Galactio V8.9, Primo International dan pre-install Lokatoo Software version 5. Pakej lengkap termasuk Office, Games & Apps.

Cayalah Bro Noor Ilham yang yang mengikuti jejak Razali, Abe Din, Hafiz, Ahmad Firdaus, Faizan, Fazzerul, Zulfadli, Faizal, Syawal Hisyam, Azri, Mohammad Syaiful & Mustafa yang memilih untuk menggunakan Launchpad Premium HD 2013 ni, memang marvelous! J


Sd card akan diposkan pada 20/05/2014 guna Pos Ekspres Ref: LG167622945MY. Boleh check status di website Pos Malaysia

Thursday, May 15, 2014

Say Hello to Galaxy Gear & Galaxy S5

Finally the 1st generation gear meet the new rookie S5. Just download the Gear Manager and connect via bluetooth


Sunday, May 11, 2014

My Life powered by Samsung Galaxy S5

Officially launch kat Malaysia 11/04/2014...sempat lah pegi recce kat Samsung Gardens Mid Valley tapi macam biasa lah stok takde...kena order dulu...harga RM2,399 walawei...selalu S series ni dalam range RM2,199 jer...terbantut sekejap nak sambau memandangkan harga diluar jangkaan. 

Recce pulak kat Low Yat...pusing punya pusing kat 1st Floor ada kedai ni offer RM2,230...memang tak tunggu lagi lerr terus sambau


Samsung S View Flip Cover. Boleh dapatkan pada harga RM189 di outlet Samsung atau RM169 di ipmart




Saturday, April 26, 2014

GPS ONLINE Upgrade Service For Bro Fadhil

Bro Fadhil bercadang untuk upgrade GPS Lokatoo A1000HD dia dengan Garmin HD dan Papago X8.5 HD . So aku dah sediakan Private Link untuk dia download dan self installed. Semoga success bro! Anda adalah pengunjung ke-20 yang subscribe ONLINE service J


Sunday, April 20, 2014

Lawatan Kerja NEXO Ke Proton Tanjung Malim - CHAPTER 2

Keratan Akhbar Harian Metro 10 Dis 2013


Tahniah buat NEXO kerana berjaya menganjurkan Lawatan Kerja buat kali ke-2 ke Proton Tanjung Malim pada hari Khamis, 28 Nov 2013. Pengalaman yang sungguh berharga di mana ahli-ahli NEXO dapat melihat sendiri bagaimana kereta-kereta berjenama PROTON dibuat. Dengan pengalaman menyaksikan sendiri pembuatan kereta PROTON, maka bertambahlah ilmu pengetahuan berkenaan PROTON.  

NEXO amat berterima kasih kepada pihak PROTON yang bertugas pada hari tersebut di atas perkhidmatan serta layanan mesra yang diberikan kepada kami. Terima kasih kepada En.Elmy serta rakan-rakan yang menyambut serta bersama kami sepanjang lawatan di sana. Terima kasih kepada pihak PETRONAS di atas tajaan minyak Primax 95 Xtra bagi memastikan kelancaran enjin pada setiap EXORA semasa perjalanan konvoi ke Tanjung Malim. Terima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia yang telah mengiringi konvoi untuk memastikan perjalanan konvoi NEXO selamat sampai ke destinasi. Terima kasih tidak terhingga buat semua ahli-ahli NEXO yang terlibat serta banyak membantu secara langsung dan tidak langsung menjayakan event ini. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan menjadi kenangan manis buat Nexorianz.

Konvoi yang bermula dari Kangar, Alor Setar, Gurun dan berkumpul dengan rakan-rakan yang lain di stesen Minyak Petronas BKE 2 bagi mengadakan upacara "Flag Off" oleh pihak Petronas.

Syukur Alhamdulillah pada event kali ini NEXO telah mendapat 
tajaan dari Petronas di mana setiap tangki exo Nexorianz dipenuhi dengan minyak Petronas Primax 95 Xtra. 

Terima kasih Petronas.