Friday, April 29, 2011

Terima Kasih LHDN!!!

Esok merupakan tarikh akhir bagi pembayar cukai menghantar borang cukai taksiran 2010. Aku dah settlekan awal-awal lagi, guna e-Filing terus submit pada 19/04/2011

Photobucket

Dah jadi resam orang kita, selalu suka buat last minute termasuklah aku jugak...hehe tapi tahun ni tergerak hati nak submit awal....akibatnya.....

bila aku buka email pagi tadi...korang baca sendiri lah yer :)

Photobucket

Aku pun terkezut, terus cek A/C Bank, confirm dah masuk lebihan cukai terlebih bayar, tabik spring pada perkhidmatan LHDN yang kini semakin efektif dan efisyen, sebelum dateline lagi tu :)

Tahniah LHDN atas perkhidmatan yang cemerlang!

Fikir-Fikirkan

Sebagai peringatan pada diri aku sendiri dan juga pembaca blog ABM, sementara sihat wala'fiat ni rajin-rajinlah kita pergi solat berjemaah

Thursday, April 28, 2011

Renungan Jumaat

Kemajuan sesebuah negara adalah sangat bergantung kepada urus tadbir yang ada hubung kaitnya dengan ketepatan memilih pemimpin yang benar-benar berfungsi sebagai seorang pemimpin dan pentadbir. Kepakaran dan kemahiran serta perwatakan peribadi amatlah mempengaruhi corak kepimpinan dan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Ketepatan memilih pemimpin ini juga dapat menjamin kehidupan yang harmoni dan memastikan segala sistem kehidupan dilaksanakan dengan berkesan. Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud: “Sesiapa melantik orang yang tidak layak menjadi pemimpin, maka sesungguhnya ia telah membuang kalung Islam daripada tengkuknya”. (Riwayat Iman Ahmad)

Rasulullah SAW juga telah berpesan kepada umatnya bahawa perlu ada dikalangan umatku yang menjadi pemimpin di dalam sesebuah organisasi ataupun masyarakat demi melaksanakan amal makruf dan mencegah kemungkaran. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud RA yang bermaksud: Dan apabila ada tiga orang keluar mengembara maka salah seorang daripadanya hendaklah dilantik menjadi ketua. Ini bertujuan jika berlaku perselisihan pendapat dikalangan mereka, maka satu keputusan dapat dibuat melalui perlantikan seorang ketua. Seorang ulama terkenal Dr Abdul Aziz Izat al-khayyat di dalam kitabnya an-Nuzum as-Siyasi fi al-Islam menyatakan: Adalah menjadi keperluan asas bagi sesebuah masyarakat untuk mewujudkan pemerintah yang menjaga hal ehwalnya serta mentadbir urusan kehidupan anggotanya. Jika tidak wujud kuasa yang membelanya nescaya kehidupan manusia akan menjadi kucar-kacir dengan yang kuat menelan dan menguasai yang lemah dan tak berdaya. Budaya ini berdasarkan tabiat semula jadi manusia yang sentiasa cenderung kepada permusuhan dan melakukan kezaliman. Oleh yang demikian, seluruh umat manusia sejak dari zaman dulu lagi telah sepakat tentang perlunya wujud golongan yang menjalankan tugas pemerintahan dari kalangan mereka, tanpa mengira apa gelarannya.

Mempimpin sesebuah negara adalah suatu taklif bukannya tasyrif yang diberikan oleh Allah SWT. Mereka yang diberi taklif dan tanggungjawab serta amanah ini perlu tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72, Bermaksud:“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan ( pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”

Al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al- Sultaniyyah menyatakan: Pemerintahan adalah satu amanah dan disyariatkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam. Ijmak ulama menetapkan bahawa melantik pemerintah yang mampu melaksanakan tanggungjawab pemerintah dikalangan umat Islam hukumnya adalah wajib. Begitu juga pandangan Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya al-Siyasah al-Syarieyyah dengan mengatakan bahawa: Perlu diketahui tanggungjawab memerintah adalah sebahagian daripada kewajipan agama yang paling besar, malah agama tidak dapat ditegakkan tanpa pemerintah. Ini adalah kerana manusia perlu berkumpul dalam memenuhi keperluan hidup mereka dan perkumpulan itu memerlukan adanya ketua.

Menurut al-Mawardi lagi bahawa: Sesungguhnya pemimpin yang kehendaki ialah mereka yang tinggi budi pekerti dan akhlak yang merangkumi ciri takwa dan warak, mereka ini seorang yang sentiasa bercakap benar, amanah, bersih diri dari perkara haram dan meragukan, sentiasa tenang dalam keadaan biasa dan marah, kualiti maruahnya dihayati dalam semua urusan agama dan dunia. Sehubungan dengan itu, Islam amat menekankan kepimpinan yang berintergriti, cemerlang, berkualiti dan terbukti unggulnya. Kepimpinan itu semestinya didokong oleh keimanan kepada Allah SWT, cinta dan menghayati sunnah Rasulullah SAW serta berakhlak mulia di mana ianya mampu mengadakan hubungan yang baik dan harmoni dengan semua peringkat masyarakat. Ciri-ciri kepimpinan ini akan memberi kesan kepada masyarakat, mereka akan menghormati dan menyanjungi corak kepimpinan yang diberikan. Kita dapat melihat kepimpinan Khalifah Umar al- Khattab RA yang boleh dijadikan contoh kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyatnya atas perhatian dan tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat.

Tuesday, April 26, 2011

Launchpad Basic 2011

Launchpad Basic 2011 merupakan lite version Launchpad Special Edition 2011 khas buat penggodek GPS amatur yang juga pengunjung setia blog ABM. Boleh dimuat turun tanpa password

Launchpad ini mempunyai 3 menu / layout - GPS, Games & Application

Klik sahaja icon-icon tersebut untuk pergi ke menu / layout tersebut

Menu GPS. 8 Pre-installed icon untuk Navigation Software (tidak termasuk Navigation Software)
Photobucket

Menu Games. 10 Pre-installed Games
Photobucket

Menu Application. 10 Pre-installed application
Photobucket

Download Launchpad Basic suitable for Win Ce 5.0 User / Win Ce 6.0 User

Monday, April 25, 2011

[WTS] Micro Fiber Towel For Waterless Car Wash

Buat pengguna Waterless Car Wash, pasti ingin mendapatkan Micro Fiber Towel yang sesuai bagi mendapatkan kesan kilatan yang maksimum

Kini, telah ada 2 jenis Micro Fiber Towel yang sesuai digunakan

Type A


Type B


Harga seunit adalah RM8 bagi COD

Boleh dapatkan stok dari aku untuk kawasan di Bandar Baru Bangi & Jalan Pantai Baharu, KL dan daripada Kechat bagi kawasan sekitar Melaka

Sunday, April 24, 2011

CD Pengusir Makhluk Halus

Khamis lepas sewaktu kuliah Zohor di Surau Menara TM, Ustaz Amran Sarip memaklumkan yang dia ada bawa CD Ayat-ayat Ruqyah Pengusir Makhluk Halus yang disampaikan oleh Abu Amir Al-Hafizi, Imam Muda Masjid Salehin , PULAPOL, KL. CD berharga RM15

Kandungan Surah:-

Al-Fatihah, Ayat 1-7
Al-Baqarah, Ayat 1-5, 102, 163-164, 255, 285-286
Al-Imran, Ayat 18-19, 26-27
Al-A'raf, Ayat 54-56, 117-122
Yunus, Ayat 81-83
Al-Isra', Ayat 45-46, 110-111
Toha, Ayat 67-69
Al-Mukminun, Ayat 115-118
Yasiin, Ayat 1-9
As-Soffat, Ayat 1-10
Ad-Dukhan, Ayat 43-48
Al-Ahqaf, Ayat 29-32
Ar-Rahman, Ayat 33-36
Al-Hasyru, Ayat 21-24
Al-Jin, Ayat 1-9
Al-Qiamah, Ayat 1-40
Al-Ikhlas, Ayat 1-4
Al-Falaq, Ayat 1-5
An-Naas, Ayat 1-6
Azan

dan Bonus!! Surah Al-Mulk

Tahukah Anda Tentang Gangguan Jin & Syaitan? Anda mungkin salah seorang dari mangsanya jika mempunyai tanda-tanda dibawah

1) Sukar tidur waktu malam
2) Cemas, sering terjaga pada waktu malam
3) Mimpi buruk (hantu, ular, binatang buas dan lain-lain)
4) Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
5) Selalu lesu dan malas
6) Sakit pada anggota badan dan doktor tidak dapat mengesannnya
7) Sakit kepala sebahagian atau keseluruhan

Antara amalan pendinding dari gangguan Jin & Syaitan

1) Sentiasa berwuduk
2) Jauhkan diri dari melakukan maksiat
3) Baca ayat Qursi 3X setiap kali selepas solat
4) Putarkan CD ini sekurang-kurangnya sekali sehari (selepas Isya')

Setelah atau semasa CD ini diputarkan jika mempunyai tanda-tanda seperti sakit pada bahagian tertentu, pening kepala, lemah badan, panas, muntah, mengantuk dan lain-lain, segera lakukan tindakan berikut:

1) Asingkan pesakit dari orang ramai
2) Selawat Nabi 3X
3) Baca Surah Al-Fatihah 1X
4) Baca Ayat Qursi 3X
5) Tepuk di belakang pesakit (tulang belakang)

Insya-Allah, segalanya dengan izin Allah jua.

Saturday, April 23, 2011

Kawasaki Fun Carnival 2011

Jom kita serbu...yang ada Kawasaki Bike, boleh dapat door gift :) Untuk info lanjut, sila layari www.kawasaki.com.my

Photobucket

Thursday, April 21, 2011

Ninja - Rectify Oil Leaking

Sejak dapat motor aku dah noticed ada minyak hitam leaking, tu pun perasan masa basuh lantai rumah. Masa service 1,000km dekat Kapar Motors pun aku dah mintak pomen tu settlekan..tapi tahan takat 2 hari jer, lepas tu leaking balik. So aku refer kat forum Ninja 250R Malaysia, member-member yang pernah kena recommend aku terus pergi ke Kawasaki HQ yang terletak di Hicom Glenmarie

Pagi tadi lepas hantar wife gi keje, aku terus merempit ke Shah Alam, sampai dalam pukul 9.45am, terus register kat customer service counter. Nasib baik tak banyak motor hari ni..terus mekanik bawak masuk kat service bay

Masa kat situ, dapat lah sorang member baru, bro fadli, datang pun nak rectify problem motor, tapi dia ni layan scrambler KLX 150S

Sementara menunggu tu kitorang pergi lah minum kat gerai mamak seberang jalan..hehe jauh jugak lah nak kena menapak. Habis minum pun tak siap lagi...kitorang sambung lepak dalam waiting room, masyuk gak..ada LCD TV dengan Star Movies, nak minum air kosong boleh..nak buat nescafe pun boleh...self service ler :)

Dalam pukul 12 tengah hari, motor bro fadli pun siap..tapi dia still lepak ngan aku..tunggu motor aku siap. Dalam pukul 12.30pm, mekanik tu bagitau yang dia dah gantikan gasket baru...kalau ada masalah lagi terus jer bawak semula

Untuk rujukan riders Kawasaki, ni alamat penuh Kawasaki HQ dan contact number

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.
No.12, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1,
Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5566 5688
Fax : 03-5566 5655


Ni aku sertakan koordinat jugak bagi yang guna GPS

PaPaGO
E: 101" 33' 36.4"
N: 3" 5' 27.0"

Tuesday, April 12, 2011

Ninja - Service 1,000 km

Isnin lepas 11/04/2011, akhirnya mileage ninja aku cecah jugak 1,000 km. Perghh...kejap jerr rasa...motor baru amik 02/04 hari tu, mana tak nya..1st day dapat terus aku rempit balik melaka :)

Aku service kat Kapar Motors...sampai dalam pukul 11.00 pagi, selain service, aku nak complaint ada minyak hitam leaking. Pomen terus tolak motor masuk tempat service..

Rupanya leaking disebabkan ada material defect, getah yang dekat ngan oil filter tu rasanya tak fit, pomen tu terus gantikan dengan yang baru...cover under warranty. Check sekali rantai dan apa-apa yang patut

Kos keseluruhan service RM94

Sebelum balik, tokey tu offer tank pad yang design by BikePerfect tapi ada nama Kapar Motors, harga RM50...kebetulan aku pun belum pasang lagi..sambau jer lah :)

Keychain Ninja 250R Malaysia - Limited Edition


Awal bulan lepas masa dapat motor, aku terus register jadi member forum Ninja 250R Malaysia. Memang banyak info berkaitan motor ni, thread paling best mestilah "Want To Sell" , lebih sinonim dengan [WTS]..perghh rambang mata tengok aksesori after market, harga pun sendiri mau ingat ler :) sabau sabau...pakai stendet jer dulu...so layan beli barang-barang non-aksesori...hehe ni yang termurah, keychain...sepasang baru RM12 COD, pos tambah RM3.50.

Boleh order ngan bro lowrider@fadzli, klik LINK

Saturday, April 9, 2011

Map Updates 25/03/2011 for PowerMap Z9 - Malaysia Map & TravelGuide

Download Map Files LINK

Download TravelGuide LINK

Extract and copy to the respective Maps and TravelGuide Folder

credit to NaviTotal.com

Tuesday, April 5, 2011

Perbanyakkan Membaca Al-Quran

HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W)

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, 'Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang-kekejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan seharian, ia stroke...Teruskan membaca & mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

Sunday, April 3, 2011

TT Ngeteh Larut Malam Di Melaka - Edisi Bikers Arise

Sabtu lepas 02/04/2011, geng-geng Exorian Melaka telah mengadakan TT di Ayer Keroh Tomyam Corner, berhadapan Pejabat Pos Ayer Keroh. Seramai 12 orang hadir

TT bermula pukul 9.30pm...tapi aku sampai dalam pukul 10.00pm dengan my new ride, ninja :) Memang pun plan join TT kali ni nak tayang motor sambil meracun member-member ni layan rempit plak...Geng Bikers - poknik yang berjaya meracun aku pun datang dengan ninja green..sempat lagi tu meracun K.E plak :)



Kebetulan Raymie ada kat Jasin..sempat menyinggah join TT, lewat jugak ler sampai..dalam pukul 12.00 tengah malam...tu yang melarat TT ni sampai pukul 1.30 pagi...hehe tapi best sembang-sembang malam tu...macam-macam citer ada :) nak tau? cecite cecite, hehe

Nak gerak balik BBBangi..kita jumpa next TT nanti, insya Allah

Sometimes...You Have To Reward Yourself

Akhirnya hajat nak merasa pakai Kawasaki Ninja 250R ni tercapai jugak akhirnya tahun ni, alhamdulillah setelah dicampur dan ditolak apa yang patut, ada lah lebihan sket dan ikut kemampuanlah diri sendiri...nak pakai Superbike yang CC lagi besar tak mampu :)

Kebetulan wife aku pun layan jugak merempit ni...so dia pun bagi sokongan penuh....hehe nak jugak lah merasa gi keje ngan super ninja, penat dah merempit dengan CBR wave 100 aku tu, sian dah 5 tahun motor tu serve aku..panas hujan redah..sekali rosak boleh tahan gak ler kos nak repair..mesti lebih RM100, nasib baik dah takde hutang...tapi aku tetap simpan wave aku ni..buat gi surau atau jalan dekat-dekat jer, bila pak mertua aku datang rumah aku...boleh ler dia guna jugak nanti

Brochure Kawasaki Ninja 250R


Aku beli kat Kapar Motors Enterprise Sdn Bhd, pergh jauh giler aku turun dari Bangi tu tapi puas hatilah dengan customer service kedai ni, memang customer oriented. Masa booking tu dah mintak siap-siap salesman kedai ni, Ernest tolong dapatkan nombor pendaftaran yang ok, takder lah nak demand sangat, aku cuma nak nombor "00" kat tengah-tengah, hehe hujung dan pangkal wa tak kisah beb :)

Photobucket
Boleh refer official website Kapar Motors disini

Jumaat. 01/04/2011 dapat call dari Ernest, kata motor dah ready, anytime boleh collect. So pagi sabtu, aku mintak tolong adik ipar aku, eda, bawak kitorang gi Kapar, sampi lebih kurang pukul 11.30am..Settle everything dekat pukul 1...ada sesi amik gambar plak, memang tradisi kedai ni...wife aku pun snap lah jugak :)
Photobucket

Antara free gift yang dapat, ni semua wife aku yang mintak...hehe
Photobucket

Tengah malam baru dapat amik gambau ngan motor...thanks to member aku, Cip NEXO Melaka, K.E yang snap gambau ni :)
Photobucket