Tuesday, July 30, 2013

Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur-Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah

Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan yang mulia, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan untuk beramal soleh. Bulan yang dilipat gandakan pahala, termasuk diantaranya pahala sedekah. 

Sabda Rasulullah SAW "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan".
- (H.R. Tirmidzi)

Bersesuai dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, maka NEXO mengambil kesempatan untuk mengadakan Program :
 Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim 
& Miskin Nur-Hidayah


Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih dari NEXO buat pihak penganjur Saudara Shumi & Isteri Pn.Zakiah (NeXo 71) di atas usaha mengatur Majlis Seikhlas Budi Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin Nur Hidayah di Kampung Sadek, Kupang, Baling Kedah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Saudara Ahmad Tamimi a.k.a Akal Waras (NeXo 32) yang telah berusaha membuat kutipan derma bagi membantu event ini. Terima kasih juga kepada Warga NEXO yang memberi sumbangan walaupun ada yang tidak dapat bersama-sama menyertai event ini.  Kepada semua para dermawan serta penaja iaitu Menteri Besar Kedah YAB Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr MahathirAlumni Vokay Kulim 93-94, Jemaah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Kakitangan Penjara Seberang Perai... NEXO mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Baca lagi...

Sunday, July 28, 2013

Upgrade GPS A1000HD for bro Asar Zaim

Sebelum ni dah pernah upgradekan GPS Lokatoo Wince 5 bro Asar, tapi malang tak berbau...GPS tu dah rosak, kebetulan ada member owner Exora nak tolak GPS A1000HD, harga terbaek jauh lagi murah yang duk jual kat mudah...apa lagi, terus offer, dengan pantaz bro Asar sambau sebelum orang lain tapau hehe J




Masukkan software GPS HD resolution 800X480, success installed Garmin, Papago X8.5 dengan map Thailand dan pre-install Lokatoo Software version 5. 

GPS Nexorian powered by launchpad special edition sempena AGM NEXO ke-2 yang diadakan di Cinta Sayang Resort pada 19 Januari 2013


Telah diposkan pada 25/07/2013 guna Pos Laju Ref: EF001901567MY. Boleh check status di website Pos Malaysia


TT Ganti V-Belt

Simptom V-Belt nak kena tukau....start enjin pagi boleh dengar bunyi rattling + mileaage dah lebih setiap cycle 40K.Terima kasih kepada Bro K.E yang tolong set kan appointment dengan bro anuar, mekanik dekat Kg. Lapan...hehe workshop bukak cuma hari Ahad sahaja...yang join sekali geng jasin, Ustaz25


Exora aku masuk dulu...


V-Belt lama...dah crack


Ganti V-Belt baru...ingatkan tensioner pun nak kena ganti tapi tak perlu, bro anuar dah check, barang elok lagi...bila mileage dah jejak 160K baru ganti tensioner


Sekejap jer ganti benda ni...tak sampai 1/2 jam...Exora Ustaz plak masuk


V-Belt ustaz crack lagi teruk...


Harga V-Belt RM58 + Labour Cost RM7 sahaja...murah kan?

Sunday, July 21, 2013

GPS Upgrade Service For Bro Za'bar Rauf

Bro Za'bar dari Batu Pahat, Johor owner Lokatoo model A1000HD request untuk upgrade kan GPS dia. So aku pun turun pi sambau micro sd card 8GB J


Dia cuma nak yang simple dan lite...so masukkan software GPS HD resolution 800X480 untuk Garmin, Papago X8.5 dan pre-install Lokatoo Software version 5.


Sd card akan diposkan pada 23/07/2013 guna Pos Ekspres Ref: LG163130132MY. Boleh check status di website Pos Malaysia

Monday, July 15, 2013

Jamuan Bersama YB Dato' Paduka Mukhriz



Pada tanggal 20 Jun 2013 hari Khamis, NEXO telah diundang oleh YB Dato' Paduka Mukhriz melalui Tuan Syed Hafiz (NeXo 56) untuk sama-sama memeriahkanMajlis Jamuan Santai yang diadakan di Dataran Bandar DarulAman.

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada Tuan Syed Hafiz (NeXo 56) yang telah mengatur agar NEXO dapat bertemu dengan YB Dato' Paduka Mukhriz. Pihak NEXO juga amat berterima kasih kepada warga NEXO yang hadir bagi memberi sokongan serta memeriahkan Majlis. 


NeXo diwakili oleh 15 orang ahli NeXo iaitu En.Fandy (NEXO 01), En. Kairul CID (NEXO 11), En.Md Zakhri Pablo (NEXO 72), En.Rizuan (NEXO 26), En.Fahmi (NEXO 46), Tuan Syed Hafiz (NEXO 56), En.Aziz (NEXO 68), En.Mus (NEXO 101), En.Romzi (NEXO 52), En.Abd Ghani (NEXO 127), En.Sham Pulut (NEXO 67), En.Abd Khalil (NEXO 122), En.Ahmad Nizam Pak Tam (NEXO 120), En.Nash (NEXO 22) dan En.Noor Affandi (NEXO 98) telah bersama-sama memeriahkan Majlis di atas undangan Dato' Paduka Mukhriz yang diadakan di Dataran Bandar DarulAman, Jitra. Baca lagi...

Monday, July 8, 2013

Sampul Duit Raya NEXO

Sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, NeXo telah mengeluarkan Sampul Duit Raya seperti gambar yg disertakan. 



Harga 10 keping adalah RM5.00. Minimum order 20 keping. Order hendaklah dalam gandaan 10
Bayaran pos setiap order adalah RM7.00

Cara-cara membuat bayaran:

Akaun Maybank: 152023053052
Nama: MOHAMED AFFENDY BIN ZAINI
Description: SAMPUL RAYA NEXO - (JUMLAH ORDER)
Sila e-mailkan butiran berikut ke nexo_gandhi@yahoo.com 
  1. Bukti pembayaran anda (internet banking / CDM)
  2. Maklumat penghantaran - nama / alamat / hp no.