Saturday, November 27, 2010

ICE - Alternative Choice Double Din For Exora

Lama menyimpan geram akhirnya member aku, K.E pun upgrade ICE kat exora dia. Double din brand TOM, non-motorised screen macam yang digunakan oleh Proton untuk limited edition.

Brand made in Taiwan dan yang penting boleh link dengan steering control & dvd roof, screen HD termasuk reverse camera sekali. Pemasangan dibuat di Best City Auto bertempat di Cheng, Melaka

Original ICE dikeluarkan, wiring asal cuma tapping sahaja
Photobucket

Double din baru keluar dari kotak..bau kilang lagi :)
Photobucket

Reverse camera
Photobucket

Siap dah pemasangan double din
Photobucket

Closed up function
Photobucket

Harga siap pasang RM1K++, ni aku sertakan koordinat Nasi Kandar Pinang, sebaris dengan Best City Auto, senang kalau sesape nak pergi

PaPaGO
E: 102" 12' 59.1"
N: 2" 16' 14.8"

Garmin
N: 02" 16.247'
E: 102" 12.984'

Wednesday, November 24, 2010

PaPaGo X5SE For GPS China

Last time i have successfully installed Papago X5SE in China brand GPS with win ce 5.0 (Refer here).

Most of GPS China are using Com 1, Baud rate 4800. Try replace this file and you may successfully load the navi in your GPS

Download Papago X5SE software here - credit to sifu mitos

Download PaPaGO.exe for Com Port 1, Baud rate 4800 - credit to Airion

Download MobilenavigatorC4.exe for Com Port 4 - credit to hashima

Friday, November 19, 2010

Launchpad GPS China - New Background

Sebelum ni aku dah masukkan standard launchpad sponsored by VS Kechat ke GPS China Pie, boleh refer link disini

Atas permintaan Pie, aku dah updatekan background launchpad dia dengan gambar terbaru exora dia yang telah di modify

Main menu
Photobucket

Menu Games, background main menu yang di emboss
Photobucket

Thursday, November 18, 2010

Chrome Front Grill For Exora

Semalam member aku, K.E MMS gambar new chrome front grill exora yang baru ditukar di kedai accessories Best City Auto bertempat di Cheng, Melaka

Photobucket

Telah dipasang di Exora K.E
Photobucket
Memang cun dan sesuai dengan warna silver Exora K.E. Harga untuk chrome grill ni RM120

Photobucket
Yang ni sorang lagi member, bro mdshaari yang dah pasang. Cuma perlu sedikit modifikasi sebab dah masukkan front skirt AirMaster Type 1. Boleh refer blog mdshaari untuk info lanjut

Ni aku sertakan koordinat Nasi Kandar Pinang, sebaris dengan Best City Auto, senang kalau sesape nak pergi

PaPaGO
E: 102" 12' 59.1"
N: 2" 16' 14.8"

Garmin
N: 02" 16.247'
E: 102" 12.984'

New Games Available

Check out for new games here

Tuesday, November 16, 2010

Labbaik Allah Humma Labbaik



Salam kepada pengunjung-pengunjung blog ABM, dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidiladha.

Takbir Sempena Aidiladha

Apakah dalil disunatkan bertakbir pada hari raya?

Diantara dalilnya ialah riwayat dari Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menceritakan; “Kami (para wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya”. (Riwayat Imam Bukhari)

Siapakah yang disunatkan bertakbir?

Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak (yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang bermusafir. Termasuklah wanita-wanita yang haid atau lelaki-lelaki yang berjunub. (al-Majmu’, 5/42).

Ketika bertakbir, adakah disunatkan meninggikan suara?

Ketika mengucapkan takbir disunatkan dengan suara yang tinggi untuk menzahirkan syi’ar agama. Diriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

كان ابن عمر يكبر يوم العيد في الأضحى والفطر ويكبر ويرفع صوته

“Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah; ia bertakbir dan meninggikan suaranya”. (Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-Baihaqi)

Namun dikecualikan kaum wanita; mereka hendaklah bertakbir dengan suara perlahan. Dalam kitab Kifayatul-Akhyar, pengarangnya menjelaskan; “Disunatkan mengangkat suara dengan takbir bagi para lelaki sahaja, tidak bagi perempuan”.

Berapa jenis takbir hari raya?

Takbir pada hari raya ada dua jenis;

1. Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق) iaitu takbir yang tidak terikat dengan sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan dengan suara yang kuat di jalan-jalan raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar, di rumah dan sebagainya di waktu siang atau malam.

2. Takbir Muqayyad (المقيد) iaitu yang dilaungkan selepas menunaikan solat sahaja (sama ada solat fardhu, jenazah atau solat-solat sunat).
Bilakah bermulanya takbir mursal dan bila pula berakhir?
Takbir mursal atau muthlaq bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan solat hari raya. Firman Allah;

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“…dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (al-Baqarah: 185)

Berkata para ulamak; ayat di atas menjadi dalil disunatkan melaungkan takbir pada hari raya fitrah dan dikiaskan kepadanya hari raya korban.

Bilakah bermulanya takbir muqayyad dan bila berakhir?

a) Bagi hari raya korban, takbir muqayyad bermula bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu tanggal 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (yakni hari raya ke empat).

Diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya soheh)

b) Bagi hari raya fitrah, bermula dari solat maghrib pada malam hari raya dan berakhir selepas solat subuh pada pagi hari raya.

Adakah takbir hari raya dilaungkan selepas zikir solat atau sebelumnya?

Melaungkan takbir didahulukan dari membaca zikir-zikir selepas sembahyang bagi takbir muqayyad. Adapun takbir mursal, membaca zikir-zikir selepas solat didahulukan dari melaungkannya. (Lihat; al-Kifayah Li Zawil-‘Inayah, hlm. 85)

Apakah lafaz takbir yang sunat dilaungkan?

Ada dua pandangan ulamak;

Pandangan pertama (Imam Ahmad); Lafaznya ialah;

الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد

Iaitu lafaz takbir (الله أكبر) hanya disebut dua kali sahaja. Lafaz ini berdalilkan riwayat dari Ibnu ‘Umar r.a. dan Ibnu Mas’ud r.a.. Imam Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari Abi al-Aswad yang menceritakan; “Adalah Abdullah bin Mas’ud r.a. bertakbir bermula dari solat subuh hari ‘Arafah hingga ke solat Asar hari an-Nahr (yakni hari raya korban) dengan melafazkan;

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد

(Menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaudh dan Syeikh ‘Abdul-Qadier al-Arnaudh; para perawi hadis ini adalah tsiqah. Lihat; Zadul-Ma’ad, jil. 1, hlm. 449, fasl Hadyihi s.a.w. fil-‘Idain).

Pandangan kedua (mazhab Syafi’ie); lafaznya ialah;

الله أكبر الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد

“Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah maha besar. Allah maha besar. Milik Allah lah segala puji-pujian”.

Iaitu lafaz takbir (الله أكبر) disebut tiga kali. Mengucapkan takbir tiga-tiga kali menurut Imam Abi Ishaq as-Syirazi adalah berdalilkan riwayat dari Ibnu Abbas r.a. (al-Muhazzab, bab at-Takbir). Berkata Imam Ibnu Hajar; “Sesungguhnya Ibnu ‘Abbas dan Jabir bertakbir tiga-tiga kali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam ad-Daruqutni dengan sanad yang dhaif. Dan telah berkata Imam Ibnu ‘Abdil-Barr; “Terdapat riwayat yang sahih dari Umar, Ali dan Ibnu Mas’ud bahawa mereka melaungkan takbir tiga-tiga kali iaitu (الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر). (Lihat; tahqiq/ulasan Dr. Mahmud Matraji terhadap kitab al-Majmu’, bab at-Takbir, 5/36. Lihat juga; Nailul-Authar, 3/315).

Imam as-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm menyukai agar ditambah kepada takbir di atas selepas tiga kali mengucapkannya;

اللّه أكْبَرُ كَبيراً،والحَمْدُ لِلَّهِ كَثيراً، وَسُبْحانَ اللَّهِ بُكْرَةً وأصِيلاً، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَلا نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدينَ وَلَوْ كَرِهَ الكافِرُون، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللّه واللَّهُ أكْبَرُ

“Allah maha besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji-pijian milik Allah dengan sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Kami tidak menyembah melainkanNya sahaja dalam keadaan kami mengikhlaskan agama untukNya, sekalipun orang-orang kafir membenci. Tidak ada Tuhan melainkan Allah satu-satunya. Dia telah mengotakan janjiNya dan telah menolong hambaNya serta mengalahkan tentera-tentera bersekutu (dengan kekuasaanNya) semata-mata. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah maha besar”.

Tambahan ini menurut Imam Abu Ishaq as-Syirazi dalam al-Muhazzab, di ambil dari zikir Nabi s.a.w. ketika Sa’i di atas bukit Safa. (al-Majmu’, 5/36).

Wallahu a’lam.

Sunday, November 14, 2010

Savvy - Service 110,000 km

Aku memang dah plan lama nak service savvy aku kat RS Auto Services Centre Sdn Bhd sebab owner workshop ni, Mr. Hoe memang specialize skills untuk engine Renault. Kebetulan Jumaat lepas, lepas Isya' aku ajak lah wife aku gi Manjaku kat BBBangi, masa nak start engine, tiba-tiba lampu indicator "Auto" menyala, engine tak boleh dihidupkan, cuak jugak sekejap, maklum ler savvy ni sinonim dengan masalah robotik AMT, kalau rosak, beribu nak betulkan.

Sabtu pagi tu, aku call AAM, nasib baik insuran savvy ni masa subscribe cover dengan perkhidmatan AAM. Mekanik tu pun check dulu, then dia bagitau ni kena ganti bateri saja. Alhamdulillah, lepas ganti bateri, terus boleh start, check sekali alternator, takde masalah. Kos bateri RM200, kira oklah service bagus, datang rumah pasang :) Memang patut pun kena ganti bateri, sebelum ni aku tukar bateri masa 06/09/2008, lebih 2 tahun Maintenance Free bateri tu tahan.

Tengah hari tu aku terus pergi service dekat RS Auto. Lokasi workshop ni di Bandar Puteri Puchong
Photobucket

Sampai jer kena tunggu sekejap, dalam 15 minit baru dapat masuk untuk service. Pekerja dia pun peramah, yang entertain aku tu nama dia Hong, minta sekali dia bersihkan throttle body
Photobucket

Throttle body selepas dibersihkan
Photobucket

Sejak beli sampai dah mileage 110K, baru ni ganti AMT oil, highly recommended brand, elf Renaultmatic D3 Syn untuk AMT robotik
Photobucket

Keseluruhan kos servis yang terpaksa dibayar berjumlah RM451.00. Detail item:
1. elf Engine Oil Fully Synthetic, elf RM205
2. Oil Filter RM18
3. Washer RM3
4. Throttle body clean RM20
5. Spark plug RM80
6. Fuel Filter RM30
7. elf Renaultmatic D3 Syn RM50 (boleh guna sekali lagu untuk next change)
8. Labour RM45

Lepas bayar, dapat lah free gift, hehe memang patut dapat, tengok jer kos servis tu
Photobucket

Aku memang puas hati dengan service RS Auto ni. Lepas service especially bila dah guna Renaultmatic D3 Syn, rasa beza sangat bila change gear, very smooth almost takde jerking langsung


Ni aku sertakan koordinat, senang kalau sesapa yang guna savvy atau renault nak pergi

PaPaGO
E: 101" 37' 0.4"
N: 3" 0' 39.2"

Garmin
N: 03" 00.654'
E: 101" 37.008'

Workshop dibuka dari Isnin hingga Sabtu, Ahad cuti. Boleh call Mr. Hoe terlebih dahulu untuk appointment (012-2365220)

Thursday, November 11, 2010

ADA APA DENGAN 26HB

Dapat email dibawah dari sahabat aku untuk dikongsi bersama

26 HARI BULAN…???? Wallahualam…SUBHANALLAH,

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:
26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember 2004, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan 26? Trnyata di dalam Al-Quran, Juzuk 26 Surah Asy-Syu'ara yang didalamnya pengertian tentang azab Allah...Subhanallah

Monday, November 8, 2010

GPS China Powered By Launchpad VS Kechat

Sabtu lepas masa TT GPS dengan geng-geng lendat kat Melaka, cip SR pie mintak tolong aku godek-godek GPS dia, China mari. Ramai jugak yang beli brand ni sampai ada yang bukan main marah betul kat sorang bro, member EOCM yang jual barang ni sebabnya isu kualiti, cepat panas dan macam-macam lagi. Akhirnya, bro ni pun blah dari EOCM

Di sebabkan pie sudah sign surat menyatakan sekiranya GPS dia ni terbakau atau meletup disebabkan aku godek, dia akan halalkan dan tidak akan membuat sebarang tuntutan diakhirat kelak, aku layan lah menggodek..lagipun hari ni MC, ada lah masa terluang sket ;D

standard GP China Software starter
Photobucket

Original guna wolfncu, ada garmin, igo R3, PaPaGO X2 dan mapking
Photobucket

Format SD Card dan masukkan launchpad powered by VS Kechat ;D hasilnya boleh run kesemua 5 Navigator
Photobucket

Garmin
Photobucket

PaPaGO X5SE
Photobucket

iGO primo
Photobucket

Sygic
Photobucket

NDrive10
Photobucket

sebabkan dulu ada guna speedometer kat wolfncu, kasi tambah jugak aplikasi speedometer :D
Photobucket

Demo launchpad


Macammana? kalau berminat, boleh lah hubungi saya melalui email :)