Showing posts with label Jersi Terbaik. Show all posts
Showing posts with label Jersi Terbaik. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Jersi Harimau Malaya for Junior


Lama jugaklah aku mencari jersi Malaysia saiz kanak-kanak untuk kembau aku, selalunya kalau jumpa pun tak beli sebab saiz tak sesuai. So, tergerak hati nak tanya member aku, mdshaari, kalau-kalau ada supply jugak jersi Malaysia ni untuk junior. Alhamdulillah...memang ada.

Petang tadi, terus amik 2 pasang sambil sempat layan 3 layer tea kat Stesen LRT Kerinchi

Kalau ada sesiapa yang berminat nak order atau nakkan butiran lanjut, bolehlah hubungi bro mdshaari melalui blog beliau mzmedianet.blogspot.com.


Harga sepasang (termasuk seluar dan baju) RM25.00 sahaja dan adalah yang termurah dipasaran Online sekarang ini.

Wednesday, May 4, 2011

Dapatkan Jersi Panthera Team Malaysia

Sempena pelancaran kempen ‘Team Malaysia’ TM oleh YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan yang diadakan pada 28 April 2011 di Ibu Pejabat Menara TM, kini peminat sukan tanah air boleh lah mendapatkan Jersi Panthera yang sebelum ini hanya dipakai secara rasmi oleh atlet negara ketika beraksi dalam mana-mana temasya sukan di luar negara

Jersi Panthera ini boleh didapati dalam pelbagai saiz (S, M, L, XL, XXL & XXXL) dan boleh dibeli di premis TMpoint terpilih serta pada acara-acara dan siri jelajah TM. Harganya RM79.90 sehelai

Walaubagaimanapun, peminat sukan tanah air boleh mendapatkan Jersi Panthera ini pada harga diskaun RM69.90 bagi pembelian secara online di SINI

Marilah sama-sama kita menyokong Team Malaysia!

Tuesday, February 8, 2011

Akhirnya...Jersi Malaysia

Sejak-sejak Harimau Malaya berjaya memenangi Piala AFF 2010, teringin jugaklah nak beli jersi Malaysia, faktor utama mestilah sebab Malaysia dah menang, hehe tapi yang penting design nya kali ni lebih menarik dan tertarik.

Aku cuba gak nak beli secara online tapi susah nak dapatkan stok saiz aku. Nasib baik member EOCM aku, mdshaari balik kelantan masa cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, so aku mintak dia carikan. Akhirnya dapat jugak, Saiz M, apa lagi sambau lah dua-dua jersi Harimau Malaya ni :)

Photobucket


Photobucket


Kalau ada sesiapa yang berminat nak order atau nakkan butiran lanjut, bolehlah hubungi bro mdshaari melalui blog beliau mzmedianet.blogspot.com. Harga RM45.00 sahaja dan adalah yang termurah dipasaran Online sekarang ini.