Wednesday, September 28, 2011

Ride Santai 3 Bukit - Bukit Tinggi > Genting Highlands > Bukit Fraser

Poknik memang kaw-kaw punya racun aku ajak join Ride Santai geng ninja ni...hehe masa version 1.0 bulan 4 lepas, aku tak join sebab confidence level masa tu rendah lagi pasal baru dapat motor...jiwa belum sebati :D So untuk version 2.0 yang diadakan pada Sabtu (24/09/2011) lepas, aku dah reservekan masa untuk join geng ninja berkonvoi...masa macam ni lah dapat kenal secara live member-member yang aku duk sembang kat forum.

Seawal pukul 7 pagi, member-member sekitar kajang-bangi berkumpul dulu kat Exit-Toll Kajang sebelum gerak ke RV BHP Gombak



Sampai kat BHP Gombak dalam pukul 7.50 pagi, ramai jugak yang dah sampai...dapatlah sembang-sembang & kenal-kenal dengan member-member yang join ride kali ni





Dah tiba masanya untuk tayar golek...sebelum tu bro hakim (organizer), along (sweeper) dan atok amy (marshall) bagi briefing dulu berkaitan ride dan konvoi. Lepas briefing, bacaan doa selamat oleh Abang Mat bagi memohon agar ride berjalan lancar



Xpedisi pun bermula...sempat lagi amik gambau kenangan sebelum tayar golek..




Sampai dah Bukit yang pertama....Bukit Tinggi..




Masa nak turun, bro shamsul aka alcapone down kat selekoh...Alhamdulillah rider ok cuma motor rosak dan calar...




Konvoi diteruskan ke Bukit ke-2....Genting Highlands. Masa mendaki...bro along dari geng Datis pulak down...rider mengalami kecedearaan kat pangkal peha...tapi masih semangat nak teruskan ride



Sampai dah...sesi amik gambau selama 15 minit




Sempat lagi online FB, masuk blog dan whatapps dengan wife dan geng NEXO...hehe



Singgah kat Gohtong untuk sesi santai minum-minum dulu. Sebelum menyambung xpedisi ke bukit seterusnya, marshall sekali lagi memberikan penerangan berkaitan aspek keselamatan memandangkan jalan ke Bukit Fraser agak mencabar. Pergh....memang mencabar...selekohnya yang tajam dengan jalan yang agak rosak dan berpasir tapi Alhamdulillah sampai jugak kat atas dengan selamat




Masa turun dari Bukit Fraser, bro shamsul aka alcapone sekali down masa layan meleper tapi kali ni agak serius sebab dia mengadu sakit pada bahu dan tak boleh nak ride lagi...nak call ambulan masa tu tapi reception kantoi...nasib baik kebetulan ada Polis lalu dengan Perodua Kembara, so diorang offer untuk bawak bro bro shamsul ke Hospital Raub...

Riders yang lain dibawa oleh marshall ke Pekan Raub untuk bersantai, bersembang + amik gambau sementara menunggu organizer settle kan hal di Hospital Raub



Motor bro shamsul dibawa oleh bro Ali untuk repair kerosakan pada brek...sekurang-kurangnya boleh lah bawak motor ni balik KL. Check in lah kejap kat Pekan Raub :)



Lebih kurang sejam menunggu, bro hakim pun sampai bagitau yang bro shamsul patah tulang selangka. Disebabkan cuaca pun kurang baik dan masa pun tak mengizinkan organizer decide untuk tidak meneruskan konvoi ride ke Cameron Highlands, sebaliknya konvoi akan balik ke check point di R&R Gombak.

Sampai R&R Gombak dalam pukul 6.15 petang...semua riders bersalaman sebelum bersurai..



Habis dah Ride Santai untuk kali ni...next time kita sambung pi ke Cameron Highlands...memang puas hati!!!

Monday, September 26, 2011

Johnny English Reborn



Minggu lepas sempat layan midnight ngan wife aku kat GSC Alamanda...perghhh fully booked tu, masa aku buat e-payment, ada 3 Hall untuk slot midnight pukul 12.30am...tiket macam pisang panas...cepat betul nak habis..tu pun aku dapat 3rd row dari screen...

Biasa ler guna GSC EON Credit Card, dapat lagi diskaun 50% tu still ada balance RM34.75 untuk redeem diskaun lagi nanti

Nak beli pop corn ngan coke pun senang...ada lorong khas untuk cardholder..masa macam ni lah rasa berbaloi pasal kalau tengok que yang nak beli memang boleh buat my blood go upstairs...hehe...beli bukan banyak mana pun takat RM5.95, tapi bayaran tetap kena caj kat kad kredit

Rasanya tak payah lah nak kenalkan sape Rowan Atkinson ni...memang semua orang tau character Mr. Bean yang dia bawak...Jalan cerita tak berat...memang boleh expect apa yang akan berlaku...tapi lawak bersahaja Johnny English ni lah yang buat aku gelak dan tak membosankan...walaupun review / comment yang diberi tak berapa bagus...yang penting pendapat penonton individu tu sendiri...so kalau yang minat comedy, memang sesuai sangat layan citer ni...confirm tak nyesal!

Layanz trailer

Sunday, September 25, 2011

10 juta unit Galaxy S II dijual

SEOUL - Penjualan telefon pintar Galaxy S II keluaran gergasi kedua pembuat telefon bimbit dunia, Samsung Elektronik semalam menyatakan sebanyak 10 juta unit sudah dijual sejak ia dikeluarkan pada April lalu.

Penjualan model baharu telefon pintar itu dari peningkatan versi terdahulu meningkat dua kali ganda selepas melepasi penjualan lima juta unit pada Julai lalu.

Gajet terkini itu dikeluarkan di pasaran tempatan pada 29 April lalu manakala di Eropah pada Mei lalu.

Telefon pintar Galaxy S II itu kemudiannya memasuki pasaran China pada Julai lalu sebelum mendominasi pasaran Amerika Syarikat pada September lalu.

"Hanya dalam masa lima bulan, penjualan Galaxy S II meningkat dengan mendadak, sekali gus sebagai refleksi sokongan yang kuat daripada rakan kongsi yang lain," kata ketua unit peranti telefon bimbit, JK Shin.

Penjualan di Korea Selatan sahaja mencapai 3.6 juta unit diikuti sebanyak 3.4 juta unit di Eropah dan 2.3 juta unit lagi di seluruh rantau Asia. - AFP

Sumber: Kosmo!

Thursday, September 22, 2011

Ninja - Service 10,000 km

Sabtu ni aku ngan poknik join Ride Santai 4 Bukit Version 2.0 dengan geng Ninja 250R, hehe kalau ikut keadaan cuaca sekarang ni boleh masuk kategori Ride in Rain jugak ler :D tapi takder hal...boleh redah jer kalau hujan...dah banyak kali pun buat masa balik keje..

Hari ni memang apply cuti nak pi servis kat Kawasaki HQ Glenmarie, Shah Alam. Sampai sana lebih kurang pukul 10.30am..mileage masa servis dah cecah 9,841km

Butiran dan kos keseluruhan 3rd service
Photobucket

Siap service dalam pukul 11.30am

Wednesday, September 21, 2011

Petunjuk NABAWI bagi HATI

Sinopsis - Buku Petunjuk NABAWI bagi HATI merupakan koleksi Hadith Nabi Muhammad SAW yang sangat diperlukan oleh Muslim hari ini dalam pertarungan keperibadian dan akhlak. Pertarungan pemikiran antara Islam dan agama serta pemikiran lain telah sampai ke penghujung dimana kesudahan pertarungan ini berpihak kepada Islam. Hasilnya, manusia dari segala agama dan pemikiran telah menganut agama Allah.

Dengan itu, pertarungan pertama kini ialah merubah agama ini dari alam pemikiran ke alam keperibadian dan akhlak, dari alam kemunduran ke alam pembangunan insan, dari era ketewasan ke era kemenangan, dari pengabdian sesama manusia dan dari material kepada pengabdian hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam.

Oleh itu, hadith-hadith yang dikumpulkan oleh Prof. Dr. Sharaf Qudha dalam buku ini merupakan sekumpulan hadith yang boleh mengetuk dan merawat hati mereka. Hadith-hadith yang dipilih dari Sahih al-Bukhari ini akan dapat merawat semua sebab penyelewengan yang terdapat pada manusia dalam kepelbagaian tahapnya dan memfokuskan secara khusus kepada hati, dimana hati disebut sebagai seketul daging bagi satu jasad, jika elok daging tersebut maka sihatlah jasadnya dan begitulah sebaliknya.

Hadith-hadith yang disebut dalam buku ini boleh melembutkan hati pembaca dan menghilangkan segala karat daki yang menjadi penghalang seseorang hamba dari Tuhannya. Seperti yang sedia maklum, hati adalah mahkota kehidupan. Sesuatu yang sedia bertakhta dihati amat sukar dikeluarkan. Bacalah buku ini dan anda akan rasai kelainannya

Monday, September 19, 2011

M3GPS PAPAGO! ONE (powered by PAPAGO! X8.5) Pada Win Ce 5 GPS Lokatoo

Ada yang tanya..boleh ke software PAPAGO X8.5 ni install pada GPS lokatoo Win Ce 5?? maklum ler set GPS ni spec nya kira dah outdated...So inilah system info untuk Lokatoo A1000 wince 5, RAM pun takat 64Mb

Photobucket

Edit launchpad terus kasik tambah masuk icon X8.5..perghhh dah 13 Navigation Software dalam SD Card 8GB aku ni...ada free space 2GB lagi...reserve untuk Papago X9, hehe

Photobucket

Try launch Papago X8.5...dan...cantekkk....takder masalah...boleh navigate :D

Photobucket

TT Ngeteh Larut Malam dengan Nexorian & Ninjarian @ Melaka

Last week dapatlah tambahan 1 hari cuti umum, cuti 1 Malaysia, jatuh plak hari Jumaat...memang cantek sangat. Memula plan nak merempit balik Melaka Khamis malam tapi dapat sms dari jiran sebelah nak buat Jamuan Raya untuk jalan area rumah aku tu Jumaat pagi, pastu nak combine porch rumah jadik port untuk jamuan ni..aku ok jer :D bagus jugak idea jiran aku ni..maklum ler kalau nak ziarah semua rumah macam tak berkesempatan..masing-masing sibuk kerja..macam ni senang..semua berkumpul sekali..sembang ramai-ramai lagi syok :D

Malam masa nak gerak balik Melaka...hujan lebat plak kat Bangi..tunggu sampai kul 9 malam tak reda..terus decide balik ngan Exora jer..sampai Melaka singgah rumah mak aku dulu amik kunci siap2 pasal tak mau sejarah tido dalam Exo kat Tepen berulang...hehe

Jumpa Nexorian K.E ngan Ninjarian Poknik kat port terbaek untuk TT GPS...Tom Yam Corner Ayer Keroh...layan makan Tom Yam dulu ler :D



Sembang-sembang dulu ngan Poknik tentang TT Ride Geng Ninja Sabtu ni, lepas makan baru nak kasik sengattt GPS K.E dengan Launchpad 8GB

Tak sampai sejam settle! Paling best crack reg code untuk Papago X7 Reality, 1st attempt dah success...hehe ni lah upgrade service untuk Launchpad 8GB paling pantas aku buat :D



Siap kasik test dulu..make sure 100% ok dan free error...pergh marbeles lah...amacam bro K.E? haha speechless sama macam bro kikull, so wa kasik gambau lah sebagai bukti....thumbs up tu :D



Lepak sampai pukul 2.15 pagi...thanks bro K.E sponsored semua termasuk makan minum aku...kita jumpa di next TT GPS 2 minggu lagi

Saturday, September 17, 2011

Navigation Software Version 4.1 Available For Lokatoo


On 14 September 2011, Lokatoo has announced that Singapore map is now available together with Malaysia map in the latest map version 3.34!

Singapore map is only available for Navigation Software version 4.1. This software version currently available ONLY for all GPS navigators with Atlas IV processor.

To download the software version, go to lokatoo website > click "Downloads" > click "Software with map Downloads & Activation" and follow the instruction

Wednesday, September 14, 2011

Launchpad 8GB - GPS Upgrade Service For NEXORIAN K.E

Sebelum ni bro K.E dah pernah upgrade ke sd card 4GB, tapi bak kata Papago X8 "As technology progresses, so does the Navigation Software improves with it" hehe sampai dah tak muat nak tambah lagi engine GPS kat set Lokatoo K.E, jadi sebelum hangus kena bako masa TT GPS nanti, K.E cepat-cepat halo-halo aku bagitau sudah sedia mau upgrade guna Launchpad 8GB. Semalam singgah Jusco sambau sd card untuk member yang lain jugak

Launchpad K.E dah ready, plug & play terus boleh run....spesifikasi

1. Entrance launchpad dengan gambau Exo K.E, click kat logo NEXO, Kelab Exora yang berdaftar terus masuk ke Menu GPS

2. GPS Menu dengan 11 engine - Papago X5SE, Papago X7 Reality, Papago X8, Papago X8.5 (version yang ada map updates jer lepas ni), PowerMap Z9, iGO Primo, Garmin, Sygic, NDrive 10, Mapking Landmark dan terbaru dari Lokatoo, baru release software version 4.1

3. Ada 4 layer Games, hehe mainlah sampai pengsan

4. Click Tools ada 11 application termasuk Office

5. Speedometer dengan 4 pilihan skin yang menarik

Jom Layan video launcpad K.E :D memang sengatttt! hehe

Tuesday, September 13, 2011

Navigation Test - PAPAGO! X8.5 on GPS Lokatoo A1000i

Semalam dah success installed Papago X8.5 pada aku punya set GPS Lokatoo A1000i. Malam tadi ada game badminton ngan SSBC kat MPH Menara TM, kebetulan hujan jadi kenalah bawak keta..tak leh nak merempit, so boleh lah test nak navigate dengan Papago X8.5, nak tau jugak sejauh mana software ni compatible dengan model A1000i.

Masa on the way nak balik rumah, sempat amik video untuk reference viewer. Kesimpulannya memang Papago X8.5 ni compatible, run perfectly & smoothly dengan A1000i. Re-routing calculation cuma amik masa less than 5 seconds!



Aku pun dapat feedback dari active follower blog ABM, bro mohzani yang dah run test Papago X8.5 pada model A900. Boleh navigate cuma dalam lingkungan 7-10 minit sahaja kemudian scara tiba-tiba terus low memory hang...terpaksa guna manual switch off untuk close GPS set.

Minggu ni aku akan test install pada model A1000 win ce 5...so tunggu review samada ok atau tak.

Monday, September 12, 2011

M3GPS PAPAGO! ONE (powered by PAPAGO! X8.5) For GPS Lokatoo

Version Papago X8 yang aku ada sebelum ni tak boleh nak update latest map released by MFM-PAPAGO X8 MAP - 110823, cuma Papago X8.5 jer yang compatible dengan map ni...frustlah jugak masa tu..

tapi hari ni...hahaha tidak lagi, dah berjaya run Papago X8.5 pada Lokatoo A1000i

Masukkan icon kat launchpad
Photobucket

1st time install terus success..boleh launch :D
Photobucket

Ni buktinya, latest version X8.5 dengan MFM map dated 23/08/2011
Photobucket

Dah boleh navigate
Photobucket

Lepas ni cuma Papago X8.5 sahaja yang ada map update...memang terbaekkkk

Download Program.

Download Com Port X8.5 Com 1, X8.5 Com 2, X8.5 Com 3, X8.5 Com 4, X8.5 Com 5, X8.5 Com 6 & X8.5 Com 7. Use Com Port 7 for lokatoo

Example command at navigation script.
ICONXPBUTTON
x = 415
y = 150
Command = \SDMMC\NaviX8.5\Q4033X8.5_C7.exe
SizeNormal = 63
SizePushed = 52
ScaleAlpha = 100
IconNormal = ..\Icons\X8.ico
ScaleAlpha = 100
IconPushed = ..\Icons\X8.ico

Based on feedback received from viewers, normally software that they have downloaded from other websites do not have "Sounds files". Viewer can download it here. No password attached.

Wednesday, September 7, 2011

TT Ngeteh Larut Malam Edisi Raya dengan Nexorian & Ninjarian @ Melaka

Kalau balik Melaka rasa tak best kalau tak mengeteh dengan K.E ngan Poknik...Port tetap kitorang mana lagi...mestilah Tom Yam Corner Ayer Keroh...parking pun luas...yang penting tak jauh dari rumah...TT start pukul 10pm, patutnya malam tu bro Azlee, owner Inspira nak join sekali pasal aku nak updatekan GPS dia dengan PaPaGO X8 tapi last minute ayah dia tak sihat...takper bro...next time ada lagi



Akhirnya yang K.E tunggu-tunggu...hehe Sticker Road Tax NEXO...bukan main gelak besau :D..sambil tu sembang-sembang ngan Poknik pasal ride 4 bukit ngan jamuan raya geng ninja yang akan diadakan hujung bulan ni...haha poknik punya racun malam tu memang tak hengat...memang aku kena bako sampai hangus...confirm dah aku join dan duk sechalet ngan poknik nanti :D

Kul 12 tengah malam baru on laptop kasik update map Papago kat GPS K.E, lepas ni version bawah dari X8 dah takde map update lagi..jadi K.E lepas ni layan X8 jer lah yer..Habis TT dekat pukul 2 pagi...sebelum balik tu terspot emblem Nombor Siri NEXO kat Exora K.E..perghhh memang sengatt bro...jangan lupa buatkan aku punya...nombor kita kan berturut :D

Tuesday, September 6, 2011

NEXO: Road Tax Sticker & Rear Sticker

Masa TT @ Taiping dengan bro fandy ngan Apai, barulah berkesempatan nak collect Road Tax Sticker FOC for NEXO Member...mula-mula bro fandy nak poskan tapi aku tak mau...hehe takut kantoi dapat lepas raya plak...perghhh memang mari :) aku amikkan sekali untuk bro K.E ngan ayiesal



Masa raya kat Melaka baru ada masa nak tampal rear sticker yang dapat sekali dengan Perlembagaan NEXO, sticker jenis reflector

Sunday, September 4, 2011

TT Ngeteh Larut Malam Raya Pertama @ Taiping

Lepas selesai barbeku ngan family...dalam pukul 11.45pm aku pi ngedate ngan Prez Nexo aka bro fandy yang balik tepen gak sambut Aidilfitri...



hehe nak pi jejauh sangat aku bukannya reti jalan kat sini...so jumpa kat kedai makan area Simpang jer...nasib ada kedai bukak...Restoran Asma Tom Yam...Ramai jugaklah yang turun makan...dah tak larat kut nak layan ketupat, rendang :) haha sambil minum tu aku bagi sd card upgrade pre-installed untuk GPS bro fandy special for Nexorianz..dah masuk PaPaGO X8...senang ler sebab version ni jer yang boleh update map

Masa TT tu dapat plak sms dari Apai..ajak ngeteh...jom minum kat MPT..suh bawak bro fandy skali...hahahahalooo bro...aku orang melaka ler...bini yang orang tepen :D nasib baik bro fandy tau MPT = Majlis Perbandaran Taiping



Minum kat Restoran Nasi Kandar ARAHMAN...meriah gak ler kat bandar ni sebab depa sambut Hari Merdeka....Lama betul tak jumpa Apai...aku pun jarang dah turun Shah Alam...tu yang sembang baek punyer sampai pukul 4 pagi...hehe banyak nak citer...

So sebelum balik...dapatlah sticker roadtax NEXO dari bro fandy...amik skali untuk K.E ngan ayiesal...bro fandy pun ada bawak sticker windscreen...aku order special untuk tampal kat ninja

Sampai rumah mertua dalam kul 4.30 pagi...hehe kunci tak bawak...bini dah lena malas ler nak kacau...apa lagi..kasik rata sit belakang Exo buat tempat tido...best jugak tido dalam Exo ni...lain kali aku nak siap2 spare comforter ngan bantal

Replacement Jack for Exora

Baru-baru ni dapat info dari Service Centre yang Jack untuk Exora keluaran 2009 & 2010 perlu ditukar atas faktor keselamatan memandangkan Jack yang ada sekarang ni tidak sesuai untuk menampung berat Exora.



AJK NEXO melalui saudara Nasirisham telah mengambil inisiatif untuk membuat arrangement dengan SC Proton Edar Jalan Gangsa bagi membolehkan ahli-ahli NEXO mendapatkan stok baru jack ini sebelum Aidilfitri. PW No. bagi Jack baru adalah PW828351...good job bro.



Jack yang telah ditukar sesuai dengan berat Exora



Kepada pemilik Exora yang masih belum mendapatkan Jack baru ni, boleh lah menghubungi SC yang berdekatan