NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Monday, February 28, 2011

MKV / RMVB Full Format Media Player

Highly recommended kepada sesiapa yang masih mencari dan ingin membeli player yang sesuai untuk play movies di HDTV dengan variasi pelbagai format yang dimuat turun dari internet.
Photobucket
Ni aku sambau masa PC Fair 2011 @ MITC dengan harga mampu milik RM199.00

Spesifikasi
Photobucket

Item in the box - Charger, Player, Remote Control, Cable & HDMI Cable
Photobucket

Testing time, siap dah connect ke TV, guna slot HDMI
Photobucket

Select Movie, since guna USB slot, select USB. Boleh jugak guna Sd Card
Photobucket
Photobucket

Dah boleh main kat TV..layan filem Khurafat
Photobucket

Memang puas hati dan berbaloi-baloi

PC Fair 2011 @ MITC Melaka

Photobucket

Sebenarnya aku tak tau pun minggu lepas ada PC Fair kat Melaka. Sabtu petang dapat call dari kechat ajak melendat kat sini, aku pun ON jer lah kebetulan petang tu memang free. Sampai MITC dalam pukul 6.15pm..sesak sikit tapi dapatlah jugak parking

Photobucket

Mula-mula memang pasang niat nak window shopping jer..tapi pasrah, dah takdir hehe..akhirnya aku beli 2 barang

Ni yang pertama setelah 1/2 jam pusing-pusing, MKV / RMVB Full Format Media Player, support full HD. Ada 2 port, USB dan SD Card. Harga RM199.00 dengan warranty period 12 bulan. Detail mengenai player ni tunggu next posting yer
Photobucket

Dapat free gift pendrive 4GB brand Kingston
Photobucket

Ni barang yang kedua, External hard disk WD 2.5" 500GB dengan USB 3.0. Dapat percuma pouch. Harga memang menarik RM185.00.
Photobucket

Kalau 1 tera, harga dalam RM335 tapi cukuplah 500GB, ni untuk tambahan nak masuk movies, favourite tv series dan GPS Software :)

Lepas memborong, kechat ajak lepak minum kat Subaidah MITC, sebelum pergi TT Larut Malam Melaka kat Restoran Nasi Kandar Pinang Besar

Sunday, February 27, 2011

Perubatan Islam oleh Ustaz Ahmad Dusuki

Hari ni masa baca Berita Minggu, terdapat artikel berkaitan Perubatan Islam oleh Ustaz Ahmad Dusuki. Dalam posting aku yang lepas, aku ada sharekan serba sedikit tentang Kapsul Alkali Mudah Alih yang merupakan produk terbaru Pusat Rawatan Islam Darul Thibbun Nabawi

Photobucket

Photobucket

Photobucket

PhotobucketPhotobucket

Berwajah Baru

Semalam berkesempatan balik Melaka nak melawat Mak aku dan nak jugak kenalkan maid baru aku. Selalu bila balik Melaka aku mesti singgah potong rambut dengan Pak Latif, kawan baik arwah ayah aku. Aku memang potong rambut dengan dia sejak aku darjah 1 lagi, uish dah lebih 20 tahun. Masa arwah ayah aku ada, memang kitorang pergi sekali, samaada ke kedai dia kat kawasan kedai MARA berhampiran Sungai Melaka atau kat rumah dia di Alai. Cuma kat rumah, Pak Latif hanya buka slot untuk hari jumaat sahaja sebab dia memang nak solat kat Masjid Alai

Pak Latif ni johan berzanji, memang dia rajin pergi kat Masjid Al-Azim bila ada kelas berzanji dan masuk setiap pertandingan berzanji yang dianjurkan. Masa zaman sekolah rendah, aku sempat ler berguru kejap dengan dia.

Yang best gunting rambut dengan Pak Latif ni..kalau dia tak bercerita pasal kisah-kisah lama dia berkawan dengan arwah ayah aku...dia bertarannum dengan ayat-ayat hafalan Al-Quran dengan suara garau serak-serak basah dia..memang sedap didengar, kengkadang hehe sampai tetido aku dibuatnya :)

Sejak kedai MARA dirobohkan untuk buat kawasan letak kereta, Pak Latif pun pindah ke Lorong Panjang. Dulu kedai ni cuma ada dinding setakat tinggi betis jer dengan papan usang sebagai dinding...sekali semalam masa aku sampai...WOW!! sudah tukar ka? hehe dah upgrade tu...manyak cantik, siap pasang kipas siling lagi

Photobucket

Saturday, February 26, 2011

Lawak Ustaz Azhar

Saje nak share..sampai sekarang dengar berkali-kali pun tak jemu lawak ustaz azhar tentang soalan yang tidak patut ditanya :)

Friday, February 25, 2011

Karam...

Ni antara lagu hit zaman muda remaja aku lah yang sampai sekarang memang tak jemu layanz...hehe

Zabarjad - Karam

Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu pengorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...

Download Zabarjad - Karam mp3

layan karaoke

KL Banjir Lagi

Petang tadi aku dapat email dari officemate yang share gambar-gambar keadaan banjir di MultiMedia College, Jalan Semarak semalam (24/02/2011). Patutlah semalam berlaku kesesakan yang agak teruk bagi laluan ke Kuala Lumpur.
PhotobucketPhotobucket

Antara kenderaan yang ditenggelami air. Pasukan Bomba turut datang membantu
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

tengelam terus....
Photobucket

Wednesday, February 23, 2011

Harimau Malaya Tundukkan Pakistan

Photobucket

Tahniah Skuad Olimpik Malaysia yang berjaya merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Pakistan malam tadi. Walaupun sepatutnya Malaysia boleh menghasilkan lebih banyak gol namun ketangkasan penjaga gol gantian Pakistan, Muhammad Umer berjaya menangkis segala percubaan pemain-pemain Malaysia selain tiang gol sendiri yang menafikan Malaysia untuk menambahkan jaringan

Dua pemain muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd. Irfan Fazail muncul wira negara dengan gol pada separuh masa pertama pada minit ke-3 dan 45.

Pasukan negara akan bertandang ke Lahore, Pakisatan pada 9 Mac ini untuk pertemuan kedua dan diharapkan Harimau Malaya meneruskan rentak kecemerlangan ini nanti.

Syabas Malaysia!

Bagi penyokong-penyokong Malaysia yang ingin mendapatkan jersi Harimau Malaya, bolehlah hubungi bro mdshaari melalui blog beliau mzmedianet.blogspot.com. Harga RM45.00 sahaja dan adalah yang termurah dipasaran Online sekarang ini. Dapatkan segera!

Kopi Pracampuran Habbatus Sauda' Plus Susu Kambing Al-Basri

Photobucket

Kopi Habbatus Sauda' Plus Susu Kambing Al-Basri ini diformulasikan khusus untuk lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran.

Daripada Aisyah RA. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud "Tetaplah (amalkan) kamu dengan Habbatu Sauda' sesungguhnya Habbatu Sauda' boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali al-Sam, Aku bertanya apakah al-Sam itu? Baginda menjawab : al-Sam itu ialah al-Maut yakni mati.
(Hadith riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Tibb, jilid 11, halaman 288)


Dalam 1 kotak ini terdapat 20 paket yang berharga RM25.00. Ini merupakan kali ke-dua aku beli daripada Ustaz Basri yang datang yang memberikan Kuliah Zohor di Surau Menara TM. Beliau merupakan Pengasas Perubatan Mata dan Resdung Darul Surur. Boleh layari laman web perubatanmata.com untuk info lanjut.

Alhamdulillah setakat ni aku amalkan minum setiap pagi, memang dapat menghilangkan keletihan, insya Allah

Sunday, February 20, 2011

Other Recommended Microfibre Towel

Jumaat lepas 18/02/2011 sempat TT sekejap dengan bro kechat kat Restoran Kusuma, Sek 15 Bandar Baru Bangi. Kebetulan dia dan family on the way nak ke Cameron Highland dari Melaka, singgah dinner kejap jumpa aku nak hantar stok Waterless Car Wash dan jugak VS untuk Zuhir, rider Kia Forte.

Ni dia sekotak terus dapat, memang produk ni sedang hangat, boleh dikatakan setiap hari mesti ada buyer :)
Photobucket

Masa sembang-sembang, kechat pun tunjukkan microfibre towel yang dia gunakan, macam yang mdshaari gunakan, cuma yang ni ada 2 layer yang berbeza

Permukaan atas ni yang rambu ramba ni untuk membuang habuk dan juga meratakan semburan
Photobucket

Permukaan yang ini pulak digunakan untuk menggosok bagi mendapatkan hasil kilatan yang diinginkan :)
Photobucket

Harga bagi microfibre towel jenis ni lebih kurang RM10.00

Pemasangan Sticker Eyelid - bro akuamy82 & TT minoriti

Selasa lepas, 15/02/2011 masa public holiday sempena Sambutan Maulidur Rasul, giliran akuamy82 pulak menempek sticker eyelid pada exo plum red dia. Pemasangan dibuat di rumah Yaxan, di seksyen 11, Shah Alam. Kebetulan akuamy82 call aku lepas dah siap pasang..aku ajaklah turun minum kat Nabila Corner, sebelah BHP Jalan Pantai Baharu, boleh lah dia amik Waterless Car Wash yang dia order kat aku
Photobucket

Memang masyuk dan menarik
Photobucket

Closed up
Photobucket

Waterless Car Wash memang best! hehe special posing dari akuamy82 :)
Photobucket

akuamy82 pun menggunakan cutting eyelid Exo Warrior, sama yang digunakan oleh zamsurvey dan mdshaari. So, sesapa yang berminat boleh call yaxan di 012-9108050. Harga untuk sticker eyelid sekali dengan upah pasang RM50.

Ni aku sertakan koordinat ke Seksyen 11, senang kalau sesape nak pergi bila Yaxan buat kat sini

PaPaGO
E: 101" 31' 36.0"
N: 3" 4' 18.6"

Friday, February 18, 2011

Savvy - Repair Rim & New Set of Tyres

Aku memang dah plan lama nak replace tayar savvy aku ni memandangkan dah lebih 3 tahun guna. Last tukar set tayar depan masa Disember 2007, tu pun sebab on the way balik dari Besut, Trengganu, tayar meletup kat MRR2 :) Set tayar belakang last tukar masa May 2008 sebab bunga dah habis

So Sabtu lepas, 12/02/2011 aku pun ke kedai tayar S8 Sdn Bhd di Seksyen 9 Bandar Baru, kedai yang aku ganti tayar dan new sport rim untuk Exo aku sebelum ni.
Photobucket

Selain nak ganti tayar, aku memang nak repair sport rim sekali yang ada kesan calar masa kakak aku gesel ngan divider..hehe sabar jer lah
Photobucket

Memandangkan budget agak terhad, aku proceed ngan skimmed jer dan mintak jugak repair kalau ada rim yang bengkok
PhotobucketPhotobucket

Tak sempat untuk siapkan dalam sehari, so pekerja kedai ni bagi aku guna temporary sport rim yang customer trade in...tak masyuk langsung :) siap bleh nampak kesan bengkok kat rim ni
Photobucket

Aku datang semula ke kedai ni pada hari isnin, 14/02/2011...masa sampai dah nampak shining shining rim savvy aku yang dah skimmed, hehe...tayar pun dah siap pasang..
PhotobucketPhotobucket

Closed up...amacam? memang masyuk
Photobucket

Butiran dan kos keseluruhan
Photobucket

Tayar savvy ni pun guna gas nitrogen, jadi aku diminta untuk datang check tyre pressure sekurang-kurangnya sekali sebulan dan tambahkan gas sekiranya perlu secara percuma

Ni aku sertakan koordinat dan alamat kedai untuk rujukan

Garmin
N: 02" 57.511'
E: 101" 45.361'

Alamat
No. 22-G-1, Jln Medan Pusat Bandar 4A,
Sek. 9, Pusat Bandar, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor
Tel : 03- 8926 1591
Fax : 03- 8926 1791

Lokasi-lokasi lain bolehlah refer di www.s8auto.com.my

Teramatlah berpuas hati :)

Wednesday, February 16, 2011

Recommended Microfibre Towel

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik semasa menggunakan produk Waterless Car Wash (WCW), mdshaari, EOCM member yang merupakan antara pengguna terawal mencadangkan supaya WCW ini digunakan dengan Mirofibre Chenille Mitt

Photobucket

Cukup mudah untuk digunakan kerana ia di reka seakan-akan sarung tangan untuk memudahkan pengguna mengelap permukaan kenderaan.

Mirofibre Chenille Mitt boleh didapati di pasaraya Giant dengan harga RM7.90. Nanti dulu...mdshaari sedang mengusahakan agar produk ini boleh didapati dengan harga yang lebih murah, insya Allah

Monday, February 14, 2011

Pemasangan Sticker Eyelid - bro mdshaari & TT minoriti

Ahad lepas, 13/02/2011 tiba giliran mdshaari pulak untuk menempek sticker eyelid setelah lama menunggu stok sticker "look a like pyrite brown". Rider Exo Warrior aka zamsurvey pun join sekali atas jemputan mdshaari sebab nak amik ukuran eyelid yang sama pada Exo Zam. Pemasangan kali ni dibuat di rumah Yaxan, di seksyen 11, Shah Alam

Sampai seawal pukul 10.00 pagi
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Borak mukaddimah. Zam tengah kumpul idea untuk konsep sticker yang sesuai dengan Exo aku :)
PhotobucketPhotobucket

Yaxan pun memulakan kerja-kerja menampal. Sebelah tangan untuk meratakan sticker, sebelah lagi guna blower, memang skil tahap gaban ni :)
Photobucket

Masa tengah buat, sorang lagi member, mazrin pun sampai. Sebelum tu, aku ngan mdshaari terserempak dengan dia kat Syed Bistro tengah sarapan, tu yang ajak join sekaki, rezeki langkah kanan, mazrin turut belanja kitorang sarapan sekali dengan dia :)
Photobucket

Siap dah eyelid Exo mdshaari, memang cun
Photobucket

Closed up
Photobucket

Sebelum bersurai, zam sempat lagi tu nak buat tambahan tampalan pada konsep warrior :)
Photobucket

Yaxan dah siapkan jugak mould "Eyelid Warrior" masa dia pasangkan sticker ni kat Exo mdshaari, jadi senang lah boleh terus pre-cut kalau ada member-member lain yang berkenan cutting yang sama.

So, sesapa yang berminat boleh call dia di 012-9108050. Harga untuk sticker eyelid sekali dengan upah pasang RM50

Ni aku sertakan koordinat ke Seksyen 11, senang kalau sesape nak pergi bila Yaxan buat kat sini

PaPaGO
E: 101" 31' 36.0"
N: 3" 4' 18.6"