Wednesday, August 31, 2011

FREE MFM-PAPAGO MAP - 110823 (FINAL RELEASE) For PAPAGO! X3, X5, X6, Reality 7

Source: MFM

This is the Final Release of MFM Maps for PAPAGO! X3,X5,X6,Reality 7 & OEM version.

Please stay tuned for PAPAGO! MFM-X8 map release.

Maction's Annoucement Below.


Photobucket

Jadi lepas ni cuma ada map update untuk Papago X8 sahaja. Download Final Release Map

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Salam buat pengunjung-pengunjung blog dan sahabat-sahabat semua. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Mohon Maaf andainya:

Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja

Terbelasah kat mana-mana
Terpekik kat telinga
Terpinjam harta benda
Ter"moody" tak semena-mena
Terumpat sekali sekala
Termacam-macam lagi lah yang ada kena mengena

Saturday, August 27, 2011

Testing...GPS Successfully Installed !!!

Semalam baru berkesempatan pi sambau Sd Card untuk bro Fandy aka Prez NEXO...nasib baik memang tinggal 1 la ni jer yang tinggal, lepas raya baru ada stok balik.

Sementara tunggu sahur boleh lah test masuk Launchpad 4GB for Nexorianz. Bro fandy guna Lokatoo A1000 win ce 5, jadi bolehlah test kat GPS aku dulu...masa WhatsApp dengan geng NeXo, bro fandy kata tak perlu installed lokatoo software sebab Atlas 3 setakat boleh guna software version 2.07..tak mari seh :D

Takder hal, wa customer oriented :) so aku masukkan Garmin version 5.03w, PaPaGO X5SE, PaPaGO X8 yang terhangat sekarang ni, iGO Primo, MapKing Landmark, NDrive 10 dan PowerMap Z9 dengan special features Photo Navi

Demo...


Senang..plug in navigate terus...kita jumpa nanti di TT GPS Raya @ Tepen Hari Raya Pertama

Car Charger For Galaxy S II

Bila dah subscribed Data Services unlimited memanglah syok access Internet, FB, WhatsApp, Foursquare, streaming video...tu tak masuk lagi main Game HD...pergh confirm lagi cepatler bateri habis...kalau duk kat rumah atau opis boleh lah charge bila bateri low tapi kalau tengah travel kan susah kalau henset padam...so last week masa teman wife aku shopping raya kat IOI Mall..sempat ler recce car charger untuk S II, tapi harga tak bley tahan...RM65, goyang jugaklah kaki...hehe dulu beli charger Nokia baru RM10 jer :D Nasib baik tak sambau..masa dalam keta baru perasan yang aku pernah beli USB slot multi car charger, hehe boleh guna dengan USB cable S II, selesai masalah...cuma yang kureng sket USB cable ni pendek...nak jawab call payah ler..tapi haha apa ada hal...ICE aku ada bluetooth so connect terus kat radio...satu keta boleh dengar aku sembang..

Friday, August 26, 2011

Panggilan Lebih Mudah dan Pantas dengan iTalk Mobile Dialer

iTalk Mobile Dialer adalah produk terbaru daripada iTalk yang memudahkan anda membuat panggilan daripada iTalk tanpa mengingati nombor telefon dan terus dari senarai panggilan dalam telefon bimbit anda. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi iTalk Mobile Dialer dengan PERCUMA secara terus dari Internet ke telefon bimbit anda dan terus buat panggilan. Untuk membuat panggilan, hanya dail nombor destinasi dan mula berbual!

Kelebihan iTalk Mobile Dialer
Mengatasi kerumitan ciri-ciri 'Missed Call Back' sebelum ini, tidak perlu mendail nombor akses iTalk iaitu 1800 87 3636, tidak perlu mengingati nombor destinasi untuk membuat panggilan dan membuat panggilan dengan lebih mudah dan pantas hanya dengan memasukkan nombor destinasi dari senarai panggilan telefon bimbit anda.

Lebih pantas, tiada lagi pemberitahuan baki kredit diawal panggilan untuk mempercepatkan penyambungan talian, jika salah mendail nombor telefon, andhttp://www.blogger.com/img/blank.gifa tidak perlu mendail nombor akses iTalk sekali lagi dan mengulangi semua langkah-langkah lain seperti sebelum ini

Telefon Bimbit dan Sistem Operasi (OS) Yang Boleh Digunakan
Photobucket

Muat turun aplikasi melalui PC
Photobucket

Muat turun melalui telefon bimbit
Photobucket

Aku memang dah lama pakai iTalk sebab cajnya memang murah..confirm penjimatan to the max, masa pakai E72 dah install dialer ni, tapi bila upgrade ke S II, kena dail manual, sebab software tak support untuk Android...susah gak ler, so bila tau dah available terus install..test memang ok, memang sengat!

Renungan Jumaat

Sedekah adalah suatu sunnah dan amalan para sahabat yang sangat mulia. Dalam tradisi Islam ia ada beberapa tahap seperti zakat, sedekah, derma dan hadiah. Zakat adalah amalan wajib ditunaikan oleh umat Islam yang berkemampuan manakala sedekah adalah amalan sunat yang dituntut. Ia merupakan pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merupakan amalan yang mulia serta mencakupi perkara yang mendatangkan kebaikan dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besarnya. Tuntutan bersedekah ini tidak ada ertinya tanpa kita yang bersedekah menyandarkan niat yang ikhlas kerana Allah SWT demi untuk kebajikan pihak yang memerlukan dan tidak mengharapkan pujian atau balasan, bahkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menjunjung ketaatan kepada-Nya serta memupuk kasih sayang kepada manusia dan masyarakat seluruhnya. Keutamaan bersedekah ini amat digalakkan oleh Islam dan telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 261:



Bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”.

Berdasarkan ayat ini kurniaan ganjaran sedekah memiliki pulangan yang tidak boleh dinilai harganya di dunia dan di akhirat. Ini dikuatkan lagi melalui firman Allah SWT di dalam surah Saba’ ayat 39:



Bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.

Untuk mencari keredhaan dan keberkatan Allah SWT dalam amalan bersedekah atau menderma kita hendaklah mematuhi peraturan dan adab tertentu antaranya ialah hendaklah merahsiakannya dalam bersedekah dan itu lebih baik daripada menzahirkannya walaupun ikhlas. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 271:



Bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu memberikannya kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu, dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (Ingatlah) Allah amat mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Apa yang dilakukan oleh ulama’ salaf, kita dapati mereka merahsiakan sedekah mereka daripada pengetahuan manusia dan masyarakat umum, hinggakan ada di antara mereka sengaja mencari orang fakir dan miskin yang buta. Mereka memberi sedekah kepada golongan itu supaya tidak diketahui siapakah yang memberinya. Mereka juga memberi derma atau sedekah dengan memasukkan atau mengikatnya kepada seseorang si fakir atau miskin pada pakaiannya ketika sedang tidur. Namun daripada itu kita juga dibolehkan untuk mewar-warkan pemberian tersebut bagi tujuan menggalakkan masyarakat melakukan sedekah. Ibnu Abil Ja’ad berkata: “Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu keburukan dan keutamaan antara sedekah secara terang-terangan dengan yang disembunyikan itu ialah bahawa yang kedua lebih utama dari yang pertama dengan tujuh puluh kali ganda”.

Wednesday, August 24, 2011

Sampul Duit Raya Ninja 250R

Sempena Raya tahun ni, Committee Forum Ninja 250R Malaysia ada buat Sampul Raya edisi khas...pergh..memang cun design yang bro fyzarl buat ni. Harga sekeping RM0.30 jer tu...adoiiii murah bebenor..aku pun order 30 keping..nasib baik ada rezeki aku sebab memang hot items lah sampul ni...aku dapat pun sebab masa printing ada lebih dan bro fyzarl sendiri inform kat aku melalui sms...thanks bro



Semalam dah dapat...so tadi bagilah duit raya pada anak-anak member aku, Zul dan Amran...haha sempat posing lagi tu dengan sampul raya ninja :D..



Amacam Amran? Lepas raya ni boleh lah sambau Ninja SE :D

Launchpad 4GB for Nexorianz

Insya Allah raya pertama nanti aku beraya kat taiping...so bro Fandy aka Prez NEXO pun turun beraya kat taiping..hehe cantek arrr, kitorang pun plan nak ber TT. So semalam masa chatting kat WhatsApp Team NEXO, bro Fandy mintak lah aku upgradekan GPS dia yang dah "berkarat" tu..haha aku bagitaulah..kalau nak best kena pakai at least 4GB, amacam Prez ada bran :D memang bran pun..so jumaat malam kut baru nak pi sambau sd card...tapi malam tadi sempat siapkan Launchpad khas untuk Nexorian

Menu GPS, ada 8 Navi termasuk yang paling masyuk PowerMap Z9 dan latest PaPaGO X8


Menu Office


Menu Games


Menu Tools


Termasuklah speedometer Metal Black Skin


Demo launchpad "iPhone look alike" :D

Weekend Ride Lagi

Minggu lepas, mula-mula memang plan nak ride balik melaka sabtu malam lepas terawih..nak buat sesi update GPS + melawat K.E yang baru jer dapat waris lelaki :D tapi sebabkan ada Program Qiamullail & Kuliah Subuh awal pagi Ahad tu, jadi ride pun ditunda ke tengah hari..

Sampai rumah K.E dalam pukul 12.30 tengah hari...baby tengah mandi masa tu..so dapat lah lepak sembang dekat sejam jugak lah...Ni dia K.E Junior aka Zafri, sedap betul tido :D Zafri pun baru jer discharge sebab kena jaundice masa lahir



Semalam dapat berita dari K.E, baby kena admitted semula sebab reading naik lebih dari 18, sama-sama lah kita doakan semoga baby cepat sembuh...amin

Monday, August 22, 2011

GPS Upgrade Service For Bro Azlee

Bro Azlee, owner Inspira 2.0 request untuk upgrade kan GPS Lokatoo A1000i dia dengan Launchpad SE 2011. So deal closed, aku pun turun pi sambau micro sd card



Senang nak buat sebab aku pun guna model A1000i, masukkan launchpad...kasi custom made bagi masuk nama owner :)

So untuk lokatoo, software version 4 dah install, cuma kena gi website Lokatoo untuk dapatkan Activation Key, Garmin success run, PaPaGO X5SE success run...exit via Video button untuk ke Launchpad, PowerMap Z9 success run dan iGO Primo pun success run...boleh tengok demo video



Nanti aku poskan sd card ni...Insya Allah sebelum raya dapat ler :)

Ninja - Change Rear Brake Pad

Member aku Amran ada tegur pasal rear brake pad aku nampak macam dah nipis masa kat Team Building @ Eagle Ranch Resort PD. So Khamis lepas, 18/08/2011 baru berkesempatan nak singgah Kawasaki Service Centre. Sampai dalam pukul 9.15 pagi..terus masuk Service bay....adalah 3-4 ninjarian yang datang buat service.

Butiran dan kos keseluruhan


Siap service dalam pukul 11.30am

Sunday, August 21, 2011

Weekend Ride

Ahad lepas, 14 Ramadhan, cargas balik melaka dengan Ninja bila dapat tau baju melayu raya aku dah siap...hehe sebab banyak sangat agenda nak buat dengan masa yang sikit, aku mintak tolong mak aku amikkan..tempah dengan Pakcik Sarip, kawan baik arwah ayah aku, dia duk kat Taman Mas Merah, Batu Berendam..tak jauh dari rumah mak aku.

Aku gerak dalam pukul 10.30am dari Bangi..sejam dah sampai Melaka



Duk rehat sat, lepas tu gerak pi Kedai Gunting Rambut Pak Latif kat Lorong Panjang, yang ni pun sorang lagi kawan baik arwah ayah aku, Johan Berzanji kat Melaka...memang sedap suara Pak Latif ni, dulu sempat menuntut kejap ngan dia..hehe tu pun sebab masuk pertandingan berzanji masa zaman sekolah rendah dulu :)



Lepas tu gerak pi Tanah Perkuburan Bukit Duyong, tempat arwah ayah aku disemadikan..nak bersihkan apa-apa yang patut..masa sampai Alhamdulillah kawasan perkuburan ni memang sentiasa dijaga dan dibersihkan..bukan masa nak Raya jer..terima kasih banyak-banyak pada AJK Masjid. Al-Fatihah buat arwah..semoga dilepaskan dari azab kubur dan ditempatkan bersama para anbiya, Insya Allah..amin



Lepas Asar baru gerak balik ke Bangi..

Friday, August 19, 2011

Sharing Photo Navi - GPS Tag Photo

Dengan PowerMap Z9, kita boleh navigate dengan menggunakan function Photo Navi. Aktifkan GPS tag pada GPS enable phone atau camera, snap dan copy ke dalam folder Photo

Ni antara GPS Tag-Photo untuk dikongsi. Akan ditambah dari masa ke semasa. Click pada photo untuk download

Blue Lagoon PD & Hospital Putrajaya


Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Jusco Equine


KLCC & Masjid Putrajaya


Muzium Negara & Stesen Keretapi KL


Jusco IOI Mall & Nilai Industrial Park


On PowerMap Z9, pada Main Menu, select Photos, GPS Tag Photo akan di paparkan pada navigation screen

Thursday, August 18, 2011

Nexorian

Lepas TT dengan bro Fandy kat Bangi bulan 6 hari tu, aku ngan K.E pun apply join NeXo sebagai tanda sokongan pada kawan-kawan kat Utara yang telah berusaha untuk menjadikan pertubuhan ni sebagai kelab yang berdaftar dengan cara yang betul. So permohonan kitorang pun dah diluluskan, dapat 1 copy Perlembagaan NeXo dan sticker club



Jadi awal bulan posa hari tu, lepas terawih terus merempitz balik melaka..lepak dengan K.E, plan kat Tom Yam Corner Ayer Keroh tapi tauke balik kampung kut..so kitorang cargas ke Restoran Ayub..haha gelak besau K.E sebab no. siri ahli kitorang berturut..memang aura tanah berdaulat ler :D sempat lagi kasik adjust GPS K.E..mantap dah sekarang..hehe

Sunday, August 14, 2011

Tahniah K.E !!! Rezeki Ramadhan

Tahniah buat member se-NeXorian dengan aku, saudara K.E yang telah pun menerima kehadiran seorang lagi ahli keluarga baru malam tadi di Hospital Melaka. Baby boy aka K.E junior dengan berat 3kg selamat dilahirkan pada pukul 7.05pm di dalam Exora...haaa tu dia, memang ada sengattt lah Exora K.E lepas ni :D Boleh lah ko fokus buat puasa-puasa sunat yang lain lepas ni sebab ko memang dah kena puasa panjang pun..hehe

GPS Tag Photo Dengan Galaxy S II to PowerMap Z9 @ Lokatoo A1000i

Dengan Galaxy S II, kita boleh tag kordinat GPS pada gambar yang kita snap...senang jer, kat camera setting "ON" kan GPS tag. Masa pi Jusco Equine...snap gambau dengan GPS tag

Masa tunggu nak sahur ni lah berkesempatan nak test pada salah satu navi software yang ada function Picture Navi...semestinya PowerMap Z9, tak paham? takper..boleh refer posting aku berkaitan PowerMap Z9 @ Lokatoo A1000i kat SINI

Masukkan gambau Jusco Equine dalam Photo Folder dan inilah hasilnya...


memang marvelous!!! :D hehe..lagu Harapan Ramadhan oleh Man Bai dan Raihan tu lagu latar jer...sambil godek layan lah lagu yang boleh menginsafkan diri :)

Selamat mencuba dan selamat beramal

Map Updates 05/07/2011 for PowerMap Z9 - Malaysia Map & TravelGuide

Download Map Files LINK

Download TravelGuide LINK

Extract and copy to the respective Maps and TravelGuide Folder

credit to NaviTotal.com

Sunday, August 7, 2011

Sometimes...You Just Can't Stop Rewarding Yourself


Racun kuat sangat dari Zul ni...hari-hari datang opis rasa macam hangus jer kena bako ngan Zul hehe...semuanya bermula bila dah subscribe Celcom Broadband Data Limitless Plan hehe guna plak Nokia E72, memang banyaklah limitation walaupun aplikasi yang sama digunakan bila dibandingkan dengan Android Smartphone, contohnya aplikasi WhatsApp tu, kalau Android Smartphone boleh view smiley tapi Symbian Smartphone tak boleh, icon tu kluar tapi jadi macam perkataan Bahasa Cina kut :D, sama jugak bila guna foursquare, takat boleh check in jer dengan Symbian Smartphone, sharing photo not available. Paling ketara bila nak surf blog..memang kantoi..banyak widget, kekadang picture pun tak boleh view...memang yer adoii der :D

Kat seminggu jugaklah belek-belek brochure pastu pikir...belek balik sampailah wife aku pun tegur.."beli jer lah bang, hari-hari tengok macam tu nanti tembus brochure tu" hehehe ni bagi semangat ker nak perli :D green light sudah dapat..apa lagi beli Online jer..deliver ke pintu Opis...yerrrrr ni dia Samsung Galaxy S II, expect the unexpected



Tak habis explore lagi...still learning stage..hehe

Monday, August 1, 2011

Bubur Lambuk Kampung Baru


Seperti tahun-tahun sebelum ni, Surau Menara TM akan mengagihkan bubur lambuk Kampung Baru setiap kali selepas Solat Zuhur, insya Allah pada hari bekerja dalam bulan Ramadhan. Sesiapa yang dah pernah makan bubur ni pasti takkan lepaskan peluang untuk dapatkannya lagi. Kelazatan tanpa bandingan! :D hehe yang suka makan bubur ni anak kembau aku, Najmi, Alhamdulillah..ada rezeki dia hari ni