Showing posts with label Galaxy S II. Show all posts
Showing posts with label Galaxy S II. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

TT Galaxy Clan - Upgrade Android™ OS v4.0.3 ICS for Galaxy S2

Cara biasa yang mudah untuk update software version ialah dapat jer notification dari Samsung terus click "Yes", tapi ada jugak pemilik S2 yang sampai sekarang ni tak jugak dapat notification tu, kalau pergi Setting > About phone dan click "Software update" pun akan dapat reply "No update available" padahal phone running ngan Ginger Bread..hehe

Jadi kalau dah tak boleh tahan nak tunggu, cara lain untuk update adalah guna Kies 2.0, ni yang aku tolong buatkan untuk sedara aku ni, bro K.E J

Download firmware via Kies

Upgrading in progress

Success!!

Memang best!

Friday, June 1, 2012

Android™ OS v4.0.3 Ice Cream Sandwich for Samsung Galaxy S2

Cara-cara untuk upgrade ke ICS

Download Kies2.0, run and installed in laptop / PC






















Connect S2 via USB cable


Bila device dah connected, dekat firmware information akan display available firmware, click untuk download, tunggu sampai complete installation. 


View di S2 > Setting > About phone

Selamat mencuba J

Tuesday, January 31, 2012

Live Streaming 1Malaysia TV via Smartphone

Dekat Google, taip "1Malaysia TV", dari result list, click link dengan url www.1malaysiaiptv.com.my



Click "Get 1MalaysiaTV"



Download software yang disediakan



Sucessfully installed! ada 9 Channel TV dan 1 Channel Radio

Saturday, November 26, 2011

TT Galaxy Clan - Tutorial Continue + GPS Upgrade 2 Layer Menu Software Navi

Minggu lepas memang plan nak balik Melaka satu keluarga...dah sebulan lebih wonderkidz tak jumpa nenek..hehe cam biasa ler...dah balik kampung mestilah aku seru Geng Sengat Galaxy...sape lagi kalau bukan K.E ngan Poknik...haha terus ON TT malam tu...lepak port biasa kat Tom yam Corner sambil layan Maharaja Lawak Mega

Mekasih sifu poknik share ilmu...macam-macam dia dah buat kat Galaxy SII dia...banyak info dapat sedut :D...malam tu pun aku kasik upgrade GPS K.E...banyak dah software navi...tak boleh jadi ni...kena buat 2 layer Menu GPS sebab mau tambah PolNav 6026 dan Galactio V8..pergh...marbeles, aku kasi install jugak Lokatoo Software version 5.5...memang makin sengat GPS K.E lepas ni...ni dia launchpad terbaru GPS K.E

Thursday, November 10, 2011

TT Galaxy Clan - Rise of K.E

Jumaat lepas sebelum balik beraya Aidiladha kat tepen...sempat jugak merempit balik melaka jap...walaupun highway dah mula sesak..haha tak kira aku redah jugak..ni semua pasal nak meraikan K.E yang akhirnya tak boleh tahan...cair jugak ngan racun kuat poknik dan member galaxy clan NeXo yang hari-hari duk bubuh K.E kat WhatsApp

So malam tu memang TT khas Galaxy Clan tanah berdaulat kat port terbaeek kitorang...Tom Yam Corner Ayer Keroh...hehe sebelum tutorial mula...semua Galaxy SII disusun mengikut senioriti :D Dari kiri, aku punya..pastu poknik dan K.E, pergh bau kedai lagi..hehe tak sempat habis charge lagi tu



memang tak sia-sia K.E menuntut malam tu...poknik yang paling banyak share...habis dah explore selok belok SII, chapter 1 habis semua dia kasik bluetooth kat aku ngan K.E...terima kaseyyy sifu poknik...memey puas hati arrr



Memang confirm kepuasan berganda...tu dia...serentak dapat sebelum raya, SII dengan T-Shirt NeXo, special delivery ngan Ninja tu bro :D



Next time sambung lagi tutorial untuk chapter 2...sambil tu boleh selit jugak slot upgrade GPS

Friday, October 14, 2011

Shooting Mode - Action Shot Dengan Galaxy S II

Dengan Galaxy S II, kita boleh ambil gambar pergerakan yang berturut-turut, caranya kat camera setting pilih > Shooting mode > Action shot

Focus camera pada objek yang bergerak...bila selesai click icon "camera" sebelah kanan tu untuk captured action photo dan hasilnya...

kembar dua...



kembar 5 pun boleh..... :D



memang marvelous!!! Selamat mencuba

Sunday, September 25, 2011

10 juta unit Galaxy S II dijual

SEOUL - Penjualan telefon pintar Galaxy S II keluaran gergasi kedua pembuat telefon bimbit dunia, Samsung Elektronik semalam menyatakan sebanyak 10 juta unit sudah dijual sejak ia dikeluarkan pada April lalu.

Penjualan model baharu telefon pintar itu dari peningkatan versi terdahulu meningkat dua kali ganda selepas melepasi penjualan lima juta unit pada Julai lalu.

Gajet terkini itu dikeluarkan di pasaran tempatan pada 29 April lalu manakala di Eropah pada Mei lalu.

Telefon pintar Galaxy S II itu kemudiannya memasuki pasaran China pada Julai lalu sebelum mendominasi pasaran Amerika Syarikat pada September lalu.

"Hanya dalam masa lima bulan, penjualan Galaxy S II meningkat dengan mendadak, sekali gus sebagai refleksi sokongan yang kuat daripada rakan kongsi yang lain," kata ketua unit peranti telefon bimbit, JK Shin.

Penjualan di Korea Selatan sahaja mencapai 3.6 juta unit diikuti sebanyak 3.4 juta unit di Eropah dan 2.3 juta unit lagi di seluruh rantau Asia. - AFP

Sumber: Kosmo!

Saturday, August 27, 2011

Car Charger For Galaxy S II

Bila dah subscribed Data Services unlimited memanglah syok access Internet, FB, WhatsApp, Foursquare, streaming video...tu tak masuk lagi main Game HD...pergh confirm lagi cepatler bateri habis...kalau duk kat rumah atau opis boleh lah charge bila bateri low tapi kalau tengah travel kan susah kalau henset padam...so last week masa teman wife aku shopping raya kat IOI Mall..sempat ler recce car charger untuk S II, tapi harga tak bley tahan...RM65, goyang jugaklah kaki...hehe dulu beli charger Nokia baru RM10 jer :D Nasib baik tak sambau..masa dalam keta baru perasan yang aku pernah beli USB slot multi car charger, hehe boleh guna dengan USB cable S II, selesai masalah...cuma yang kureng sket USB cable ni pendek...nak jawab call payah ler..tapi haha apa ada hal...ICE aku ada bluetooth so connect terus kat radio...satu keta boleh dengar aku sembang..

Friday, August 26, 2011

Panggilan Lebih Mudah dan Pantas dengan iTalk Mobile Dialer

iTalk Mobile Dialer adalah produk terbaru daripada iTalk yang memudahkan anda membuat panggilan daripada iTalk tanpa mengingati nombor telefon dan terus dari senarai panggilan dalam telefon bimbit anda. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi iTalk Mobile Dialer dengan PERCUMA secara terus dari Internet ke telefon bimbit anda dan terus buat panggilan. Untuk membuat panggilan, hanya dail nombor destinasi dan mula berbual!

Kelebihan iTalk Mobile Dialer
Mengatasi kerumitan ciri-ciri 'Missed Call Back' sebelum ini, tidak perlu mendail nombor akses iTalk iaitu 1800 87 3636, tidak perlu mengingati nombor destinasi untuk membuat panggilan dan membuat panggilan dengan lebih mudah dan pantas hanya dengan memasukkan nombor destinasi dari senarai panggilan telefon bimbit anda.

Lebih pantas, tiada lagi pemberitahuan baki kredit diawal panggilan untuk mempercepatkan penyambungan talian, jika salah mendail nombor telefon, andhttp://www.blogger.com/img/blank.gifa tidak perlu mendail nombor akses iTalk sekali lagi dan mengulangi semua langkah-langkah lain seperti sebelum ini

Telefon Bimbit dan Sistem Operasi (OS) Yang Boleh Digunakan
Photobucket

Muat turun aplikasi melalui PC
Photobucket

Muat turun melalui telefon bimbit
Photobucket

Aku memang dah lama pakai iTalk sebab cajnya memang murah..confirm penjimatan to the max, masa pakai E72 dah install dialer ni, tapi bila upgrade ke S II, kena dail manual, sebab software tak support untuk Android...susah gak ler, so bila tau dah available terus install..test memang ok, memang sengat!

Sunday, August 14, 2011

GPS Tag Photo Dengan Galaxy S II to PowerMap Z9 @ Lokatoo A1000i

Dengan Galaxy S II, kita boleh tag kordinat GPS pada gambar yang kita snap...senang jer, kat camera setting "ON" kan GPS tag. Masa pi Jusco Equine...snap gambau dengan GPS tag

Masa tunggu nak sahur ni lah berkesempatan nak test pada salah satu navi software yang ada function Picture Navi...semestinya PowerMap Z9, tak paham? takper..boleh refer posting aku berkaitan PowerMap Z9 @ Lokatoo A1000i kat SINI

Masukkan gambau Jusco Equine dalam Photo Folder dan inilah hasilnya...


memang marvelous!!! :D hehe..lagu Harapan Ramadhan oleh Man Bai dan Raihan tu lagu latar jer...sambil godek layan lah lagu yang boleh menginsafkan diri :)

Selamat mencuba dan selamat beramal

Sunday, August 7, 2011

Sometimes...You Just Can't Stop Rewarding Yourself


Racun kuat sangat dari Zul ni...hari-hari datang opis rasa macam hangus jer kena bako ngan Zul hehe...semuanya bermula bila dah subscribe Celcom Broadband Data Limitless Plan hehe guna plak Nokia E72, memang banyaklah limitation walaupun aplikasi yang sama digunakan bila dibandingkan dengan Android Smartphone, contohnya aplikasi WhatsApp tu, kalau Android Smartphone boleh view smiley tapi Symbian Smartphone tak boleh, icon tu kluar tapi jadi macam perkataan Bahasa Cina kut :D, sama jugak bila guna foursquare, takat boleh check in jer dengan Symbian Smartphone, sharing photo not available. Paling ketara bila nak surf blog..memang kantoi..banyak widget, kekadang picture pun tak boleh view...memang yer adoii der :D

Kat seminggu jugaklah belek-belek brochure pastu pikir...belek balik sampailah wife aku pun tegur.."beli jer lah bang, hari-hari tengok macam tu nanti tembus brochure tu" hehehe ni bagi semangat ker nak perli :D green light sudah dapat..apa lagi beli Online jer..deliver ke pintu Opis...yerrrrr ni dia Samsung Galaxy S II, expect the unexpected



Tak habis explore lagi...still learning stage..hehe