Monday, September 27, 2010

Determine Qiblat Location By Using Garmin

Photobucket

How To Determine Qiblat Location

Step 1: Click "Tools" > "Manage My Data" > "My Locations"

Step 2: Click "Manage" > "New Location"

Step 3: At My Location, click "Change Name" and key in "Kaaba", click "Done"

Step 4: Click "Change Location" > "Edit Coordinates"

Step 5: Insert Position N 21' 25.355 & E 039' 49.573, click "OK", click "Done"

Step 6: Back to Main Menu, click "Where to?" > "My Locations" > "Kaaba", click "Go!"

Step 7: Alert by Garmin "Unable to Calculate Route. No roads near destination", click "OK"
Photobucket

Step 8: Now you can see a straight line to Kaaba, click the "Vehicle icon" to get "Top View"
Photobucket

Step 9: Use the top view maps and the straight line to Kaabah to adjust Navigator position so that the road position in maps is parallel to actual road. Now you already have your Qiblat position
Photobucket

**Credit to Afni**

Thursday, September 23, 2010

Renungan Jumaat

Kita Ibarat Pinggan

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.
Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yg hina.

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita, iaitu syurga.

Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga.

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan
teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah, tiada nilai lagi.

Semoga bermanfaat..

Monday, September 20, 2010

Mengenali Siapa

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT? Orang yg kedekut ialah orang yang membiarkan peringatan ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.

Thursday, September 16, 2010

New Rear Plat Number For Exora

Semalam sempatlah menyinggah sekejap ke kedai accessories Leader dekat area Batu Berendam untuk tukar rear plat number. Harga siap pasang RM30 dan sebab utama aku pasang kat kedai ni, jenis nombor yang aku berkenan ni setakat aku survey lain-lain kedai accessories memang tak jumpa, kalau ada pun seakan akan, rupa macam sama, warna macam sama tapi tak sama...hehe

yang ni plat number asal
Photobucket

new rear plat number
Photobucket

Pemasangan mengambil masa kurang dari 1/2 jam sebab tapak hitam tu memang dah sedia ada untuk Exora kat kedai ni.

K.E pun datang sekali masa ni tapi dia awal-awal lagi dah tukar masa baru dapat Exora. K.E prefer kristal type number, so tauke kedai ni offer kat dia RM100 untuk front and rear, special price sebab masa tu K.E pun pasang bodykit wish type

closed up KE punya, kristal type
Photobucket

Memang cun dari jauh :)
Photobucket

Thanks K.E share gambau untuk rujukan viewer

Ni aku sertakan koordinat, senang kalau sesapa nak pegi

PaPaGO
E: 102" 15' 24.3"
N: 2" 14' 40.2"

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Salam buat pengunjung-pengunjung blog dan sahabat-sahabat semua. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Mohon Maaf andainya:

Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja

Terbelasah kat mana-mana
Terpekik kat telinga
Terpinjam harta benda
Ter"moody" tak semena-mena
Terumpat sekali sekala
Termacam-macam lagi lah yang ada kena mengena

Photobucket

Reinstall Lokatoo Navigation Software

If you still have interest on lokatoo navigation software when you upgrade to 4GB SD Card, there is a way to make it work. Do not copy the "Guider" folder from original 2GB SD card, but copy the "Guider" folder from Lokatoo CD and paste it in your 4GB SD Card. Then you need to install the latest map.

Click here for guideline on Map Updates For Lokatoo. Once you have completed the process, you can run the navigation software using your new 4GB SD Card

Sunday, September 5, 2010

Modified Tail Pipe For Exora

Sebelum ini, ramai member-member EOCM aku menghadapi masalah rear skirt "cair" disebabkan design original tail pipe pada muffler Exora. Nak tak nak, lepas aku dah pasang BK, kenalah jugak modified tail pipe ni

Thanks to N.J sebab recommend kedai ekzos yang berpengalaman ni, Pusat Pakar Ekzos Rawang Ekzos, walaupun jauh, aku sanggup datang jugak sebab kedai ni dah ada pengalaman buat untuk Exora, no trial and error :)
Photobucket

Inilah taip pipe original Exora
Photobucket

Muffler dibawa turun dan proses pemotongan original tail pipe bermula
Photobucket

Muffler kemudian dipasang semula dan proses pengukuran modified tail pipe bermula
Photobucket

Inilah pemilik kedai, Ah Chuen..hehe dia kata memang cun lah bila dah siap nanti
Photobucket

Welding 1st phase bermula...
Photobucket
Photobucket

Complete welding 1st phase
Photobucket

Muffler dibawa turun semula untuk proses keseluruhan welding modified tail pipe
Photobucket
Photobucket

Lepas selesai welding, proses "penyejukan" bermula
Photobucket

Siap untuk dipasang
Photobucket

Siap sepenuhnya, amacam? masyuk tak :)
Photobucket
Photobucket

Proses mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Harga twin tail pipe + pemasangan keseluruhannya berjumlah RM280. Aku memang puas hati dengan hasil kerja dia

Aku punya Exora adalah yang ke-4 buat kat kedai ni :)

Ni aku sertakan koordinat,senang kalau sesape nak pegi

PaPaGO
E: 101" 35' 41.1"
N: 3" 18' 15.9"

Alamat kedai: No. 31, Lot 2520, Batu 16, Jalan Ipoh, 48000 Rawang, Selangor.
H/P 012 216 5132 / Tel 03 6093 4955

Tak perlu buat appointment, kedai dibuka setiap hari

Friday, September 3, 2010

Map Updates For Lokatoo

How To Update Maps

Step 1: Go to lokatoo website > click "Downloads" > click "Map Downloads & Activation"

Step 2: Select Navigation Software
Photobucket

Step 3: Select Model, click "Download Now" (only applicable for Software Version 2.07)

Step 4: Select Map, click "Download Now"

Step 5: Click "Save"

Step 6: Insert your SD card to PC / Laptop slot

Step 7: Extract Map Update

Step 8: Click "Next"

Step 9: Select Destination Location > folder guider in SD card, click "Next"

Step 10: Click "Yes"

Step 11: Click "Install"

Step 12: Click "Finish"

Step 13: Remove SD Card, insert it back in Lokatoo and restart, below screen will appear
Photobucket

Step 14: Key in the Unit IDs at Lokatoo Website to get the Activation Key - Top IDs for Unique Mapset ID and Below IDs for Unique Hardware ID, click "Request"

Now you have the Activation Key

Step 15: Enter the Activation Key and click "Activate"
Photobucket
Your map has successfully activated, click "OK"

Thursday, September 2, 2010

Renungan Jumaat

Photobucket

TIPUAN SYAITAN

Oleh Us. Haji Mohd Zakuan b Haji Tak

Suasana Hari Raya Aidilfitri itu sudah mula terasa dan semakin tiba, bunyi dentuman mercun dan alunan lagu-lagu raya telah mulai berkumandang di radio malah di TV juga telah menyelitkan beberapa babak rancangan rancangan hiburan yang akan ditayangkan pada hari pertama, kedua dan hari raya ketiga. Pendek kata semua pihak telah bersedia benar untuk menyambut hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

Masjid dan surau juga sudah nampak berbeza. Para pengunjung mulai lengang dan saf-saf yang dulunya dibelakang telah mula maju kehadapan lantaran tiada jemaah lagi yang bersembahyang terawikh dibelakang. Hanya jemaah tua yang sudah dimamah usia yang masih bertahan bersujud dan rukuq berterawikh. Kebanyakan para jemaah sudah mulai mengunjungi pasaraya dan gedung perniagaan bagi membeli keperluan pakaian dan peralatan untuk berhari raya. Kita melihat lori-lori kecil berselisih sakan antara satu sama lain menghantar sofa, permaidani, TV, peti ais dan meja makan yang kesemuanya dibeli baru demi menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Inilah penangan Hari Raya Aidilfitri. Cuba bayangkan apabila beberapa hari sebelum kita menyambut Ramadhan tiba, kita tidak begitu gembira dan riang seperti ini, malah kita kecut dan sughul menghadapi keadaan tidak makan dan minum pada siang hari, dan terpaksa pula menjaga kesopanan diri demi Ramadhan, tetapi apabila beberapa hari lagi untuk menyambut hari raya, maka keriangan pada wajah kita dan cara menyambutnya adalah luar biasa.

Inilah kesilapan besar orang kita, yang sangat suka akan perkara yang boleh mengembirakan hati dan mencetus hilai ketawa. Kita lupa bahawa bukan cara sebegini Islam mengajar dan menghayati hari hari terakhir Ramadhan atau menyambut Hariraya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Sebuah hadis Rasulullah SAW riwayat Ibnu Umar yang bermaksud “ Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh (27)” dan dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Muslim yang bermaksud “ Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam akhir Ramadhan”.

Jelas Lailaitulqadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari Ramadhan, dan merupakan suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-berebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak ini. Ianya merupakan ujian bagi kita mengapa Allah menyembunyikan Lailatulqadar itu dari pengetahuan kita. Wallahua'lam.