Wednesday, February 29, 2012

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah S.A.W tidak akan masuk ke dalam rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan
salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-Nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Monday, February 27, 2012

Beli Proton Exora Bold dapat Lokatoo A1000HD



Hehe tajuk tu sajer kasik gempak jer, memanglah teringin nak pakai Exo Bold, tapi Exo yang ada pun ok lagi...Setelah 2 tahun lebih guna Lokatoo A1000 Win Ce 5.0, lepas tu upgrade ke Lokatoo A1000i Win Ce 6.0, tak sampai setahun dah upgrade lagi ke A1000HD, sebabnya tak tahan nak menggodek set HD ni :)



Complete package in a box, memang puas hati



Produk spesifikasi boleh refer kat sini

Tunggu nanti aku share kan hasil upgrade Lokatoo A1000HD ni :) memang terbaik!

Saturday, February 18, 2012

Savvy - Ganti Fan Motor

Masa parking kat Hospital Putrajaya, tetiba perasasan engine hood berasap...air dari bekas coolant melimpah keluar..cuak kejap masa tu..bagi engine sejuk baru refill dengan air mineral..so far ok takde leaking...masa on the way balik temperature stabil lagi cuma bila berhenti ngan slow, temperature naik sket..

Pagi tadi balik Melaka terus singgah Bunga Raya Parts Service Center kat Malim. Cek dengan PDT 2000, detect fan motor rosak



Fan motor yang rosak...terus ganti baru. PW No. - PW891598



Butiran dan kos keseluruhan
Photobucket

Sunday, February 12, 2012

Watch Live Streaming Aston Villa vs Manchester City



Match Schedule
Date: 12 February
Time: 00:00am (Malaysia)
Venue: Villa Park
Competition: English Premier League


Watch Live Streaming powered by TM UniFi

Saturday, February 11, 2012

ABS Pump Defect Settled!

Macam mana nak tahu ABS pump Exora dah defect? Senang jer, dekat meter panel, ABS dan handbrake indicator akan sentiasa menyala bila kita hidupkan engine, jadi masa ni ABS memang tak berfungsi tapi handbrake ok, tak lock walaupun dah dilepaskan, cuma lampu indicator tu jer tak padam



Masa Servis 30K di Bunga Raya Parts Service Center, Malim, terus lodge complaint..dekat 2 minggu jugak tunggu part sampai, ni dia Part No. untuk ABS pump atau nama saintifiknya "Hydraulic Control Unit" - PW922434



ABS pump yang rosak...



Siap pasang dah...lebih kurang 2 jam setengah jugak lah kena menunggu



Detail cost, nasib baik under warranty, so FOC



Yang penting...masalah selesai :)

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam khususnya di Malaysia. Hayatilah dengan penuh keinsafan segala perjuangan dan pengorbanan Rasulullah dalam menyebarkan agama Allah ini.

Baginda adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Sumber wikipedia.org

Selawat Nabi
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Wednesday, February 1, 2012

Savvy - Ganti Knob Fan

Dah 6 tahun pakai savvy ni, 1st time kena knob fan air cond rosak..tu pun salah sendiri sebab terlebih guna tenaga dalaman masa nak on aircond...hehe yer lah masa tu tengah panas..akibatnya dah tak boleh nak control speed fan sebab klip plastik tu dah pecah



Singgah Bunga Raya Parts Service Center kat Malim tadi, nasib baik ada stok, terus ganti. Harga knob ni RM46.80. Untuk rujukan PW No. - PW891754. Back to normal!