NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Tuesday, May 31, 2011

Implanon...Bye Bye

Masa dapat twinz tahun 2009, kitorang dah rasa memang kena "rehat" untuk tambah anak lepas ni..memang kena rancang bebetul kewangan keluarga..mana taknya perbelanjaan untuk twinz semuanya bergu..hehe sajer guna term badminton :) beza masa dapat sorang anak..tapi Allah tu Maha Kaya, dah dijanjikan rezeki anak-anak memang ada, kalau buat kira-kira macam tak cukup jer tapi Alhamdulillah sentiasa cukup..tak lah mewah macam orang kaya tapi cukuplah untuk golongan sederhana macam aku ni.

Check up masa tu kat Pusat Rawatang Islam Az-Zahran dengan Dr. Noraini, tapi sebabkan ada complication dan twinz kena dilahirkan awal, jadi refer ke Hospital Pantai, Bangsar. Lepas tu post delivered check up, jumpa balik Dr Noraini, so mintaklah pandangan dia tentang perancangan keluarga, dia lah yang recommend guna implanon, kaedah yang paling berjaya setakat ni. Nak tahu lanjut pasal implanon boleh refer SINI

Tempoh untuk pasang implanon ni cuma 3 tahun jer, dan akan dapat kad untuk info tangan sebelah mana yang masuk implanon ni dan expiry date.

Sepatutnya tahun depan baru lah fully utilize, tapi sebabkan sejak pakai implanon ni, hormon wife aku tak stabil + berat badan pun susah nak control..yerlah orang dah biasa kurus tetiba jadi gebu-gebu gitu, mestilah rindu nak pakai baju masa time slim kan..hehe so aku pun ok jer lah kalau nak buang. Sabtu lepas buat appointment semula dengan Dr. Noraini dan buang implanon ni. So, Insya Allah, kalau dikurniakan Allah, harap2 dapat lah kembar 3 plak...amin :)

Sunday, May 29, 2011

Seat Cowling For Ninja 250R

Satu lagi aksesori part yang aku dah plan lama nak pasang tapi terbantut sat disebabkan masa tu oil leaking problem ninja aku tak settle lagi..jadi takde mood nak make up. Haha tapi sekarang tidak lagi...dah settle problem tu..so boleh proceed :)

Order ngan bro lowrider@fadzli dari forum Ninja 250R Malaysia sejak 10/05/2011 tapi stok takde, so kena tunggu sampai lah awal minggu ni dapat PM kata stok sudah boleh angkat. Petang tadi kul 5 set time jumpa bro lowrider@fadzli kat Petronas MRR2. Harga untuk seat cowl ni cuma RM150, murah tahap gaban tu..see to believe, hehe siap dengan free tutorial macam mana nak pasang dan bukak seat cowl

ni dia aku seat cowl aku



Memang cunz bila masuk kat ninja aku, tambah hensem..hehe aku pun dapat tempias jadi hensem gak :)



Aku pun tolong amikkan seat cowl untuk member se-company aku, mzulk29..dia punya warna hijau..



Cara-cara nak pasang seat cowl. Video credit to forum Ninja 250R Malaysia - Mere & Arin

video

Nak bukak senang jer, macam tanggalkan seat jer..kalau berminat, boleh order ngan bro lowrider@fadzli, klik SINI

Friday, May 27, 2011

Buktikan Sokongan Anda @ Himpunan Sejuta Belia 2011 Hujung Minggu Ini!

TM akan membawa demam bola Champions League ke Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya!!! TM akan mencipta suasana ala-stadium untuk tayangan perlawanan akhir antara Manchester United vs. Barcelona, secara langsung dari Wembley, pada hari Ahad, 29 Mei 2011 di Dataran Putrajaya.

Jangan lupa untuk ke tapak promosi TM, di mana pelbagai permainan dan aktiviti-aktiviti menarik untuk semua!

Kaunter-kaunter jualan TM akan dibuka di sana di mana peminat-peminat boleh mendapatkan dan melanggan pelbagai produk dan perkhidmatan TM seperti perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi, pakej Blockbuster Deal, pakej perkhidmatan suara dan kad panggilan prabayar iTalk. Dapatkan juga peluang untuk memiliki barangan ekslusif daripada TM-Man Utd apabila anda mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan TM di kaunter-kaunter jualan ini. anda juga berpeluang untuk mendapatkan jersi Team Malaysia dengan harga istimewa iaitu RM60 sahaja!

Pelbagai aktiviti menarik menunggu para pelanggan, di mana mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai gajet terkini – iPad, netbook, jersi-jersi Team Malaysia, dan banyak lagi hadiah menarik daripada TM.

Photobucket
Photobucket

Thursday, May 26, 2011

Renungan Jumaat

HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W)

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari, ia stroke...Teruskan membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke.

Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "JANGAN SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"

Kadar Panggilan Paling Rendah ke Talian Tetap dan Talian Mudah Alih dengan iTalk!

Photobucket
Photobucket

Wednesday, May 25, 2011

Alpinestars Medium Tank Bag Black

Dulu bawak kapcai ada bakul depan ngan belakang...so takde masalah lah kalau nak bawak atau simpan barang, hehe bila dah ngan ninja, mana ada bakul..lagilah tak terlintas nak pasang bakul belakang..tak mari langsung :)

So carilah alternatif, baca kat forum ninja dapatlah info mengenai Tank Bag ni..tanya jugak member EOCM aku merangkap GLM Bikerz, dia pun recommend beberapa jenis tank bag yang ada jual secara online kat www.mudah.my.

Akhirnya aku sambau jenis Alpinestars, harga RM180 + RM20 untuk courier dari ibikemalaysia. Hari Ahad lepas buat payment, hari Selasa dah dapat barang.

Yang best nyer, selesai jugak masalah aku nak guna GPS masa merempit. Boleh letak GPS kat bahagian transparent tu, satellite signal ok..boleh detect

Saturday, May 21, 2011

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides 3D



Hehe ni movie ke 2 yang aku layan 3D lepas Thor, punya lah susah nak booking slot 3D kat Alamanda, fully booked sejak released 19/05, last sabtu pagi tu aku try nak book kat GSC IOI, ada slot 3D pukul 11.45am..haha banyak lagi seat kosong, terus buat e-payment, kena RM35..adoi :( tapi puas hati lah

Next movie in line yang nak tengok 3D - Kungfu Panda 2, Transformers 3, Captain America

layanz trailer

Lawatan ke Proton Manufacturing Plant, Shah Alam

Khas buat ABM follower...Laporan oleh K.E

19 Mei 2011, aku dan beberapa officemate berpeluang melawat manufacturing plant Proton di Shah Alam atas urusan kerja. Kami dibawa melawat Main Plant, ETM Plant dan MVF Plant yang fungsinya seperti berikut:

Main Plant - kat sini lahirnya kereta Saga BLM dan juga Waja

ETM Plant - proses assembly enjin campro dibuat disini, casting dibuat di Glenmarie

MVF Plant - jeng jeng jeng....1st Malaysia MPV dilahirkan....Proton just take 18 months untuk produce Exora kat sini...hebat!!

Photobucket

So, ada beberapa info yang aku nak share kat sini setelah dikorek daripada beberapa engineer proton semasa lawatan...kalau salah maklumat jangan marah arrrrr...

1. So far Proton memang takde plan nak buat enjin campro 1.8 sebab campro turbo 1.6 tu equivalent to 2.0...nak convert existing campro cps tuh memang besau belanja...banyak parts kena tukar termasuklah ECU....enjin campro turbo sekarang ni tengah final tune, akan dimasukkan ke Exora dan Persona Replacement Model...lepas generasi campro ni, enjin generasi 'Y' pulak akan take place.

2. Bulan Mei ni adalah last kereta Waja dikeluarkan sebab Inspira dah ada....Perdana Replacement Model pun masih dirahsiakan lagi.

3. Colour baru Exora iaitu gold akan keluar tak lama lagi...ganti pyrite brown...aku dah nampak kat MVF plant tu.

Next kami pln nak visit kilang proton kat Tg Malim pulak yang buat Persona dan Gen-2...kalau jadik nanti aku share info lagi...

Bersama Tn. Hj. Ir. Ghazali (Sr. Manager/HOD Dept. of Maintenances & Utility), En. Mahazan (Manager Maintenance, Casting) dan officemate
Photobucket

Exora potong ??
Photobucket

Note from ABM: Thanks a lot K.E. Thumbs to you bro!

Tuesday, May 17, 2011

Sometimes...You Just Have To Reward Yourself Again


Semuanya bermula apabila notebook acer aku buat hal baru-baru ni ...mula-mula power supply rosak..oklah belilah power supply lain, lagipun sejak beli dari 2007 lagi tak pernah pun rosak..dah tu tak sampai sebulan..notebook pulak tak boleh charge! camno den nak godek GPS :( so hantar lah gi repair..boleh lah charge balik tapi lepas tu macam ada penyakit lain yang datang plak..bila on ada bunyi krek..krek...lepas tu cepat panas dan padam sendiri..ingat tu jer..rupanya ada lagi, bila nak delete file pun manjang tak boleh, keluar pop-up screen "file is protected, cannot delete"...lagilah aku panas

tak boleh jadi ni...so gunalah alasan yang sama masa beli ninja dulu.."I need to reward myself again" hehe bini aku gelak jer...dia kata dia dah boleh baca..bukannya baru kenal aku sehari dua...hahaha, so nak gi lowyat aku malas pasal nak parking susah, ngan jem lagi, susah nak buat pilihan...rambang mata pasal banyak sangat kedai..ni kata dia mulah...yang sana kata dia lagi mulah...buat aku pening jer :) yang tak bley tahan..musti kena COD..pakai kad plastik kena bank charges 3%...cannot go lah macam ni

so dah survey awal-awal masa notebook rosak..ada satu kedai komputer yang menawarkan pakej installment selama setahun dengan 0% interest...menarik ni..kedai komputer Thunder Match, ada banyak branch kat Malaysia, boleh check it out kat sini.

Aku pegi yang kat IOI Mall, so sabtu lepas turun, dah memang aim nak amik Acer Aspire 4750G, walaupun orang kata Acer tak best..selama aku pakai memang best pun..suit my need & my expectation :) hehe

Spesifikasi:
- Intel® Core™ i5-2410M/i5-2410M 2.30GHz with Turbo Boost up to 2.9GHz
- 4GB DDR3 Memory
- 500GB HDD
- 14.0" HD LED LCD
- NVIDIA® GeForce® GT 520M, up to 2738 MB TurboCache™
- Acer Nplify™802 11b/g/n
- DVD-Super Multi DL Drive
- Wifi / HD Webcam / Bluetooth
- USB 3.0 Super Speed & HDMI Port
- Combo Audio Jack
- Windows 7 Home Premium

...dan 3 tahun warranty

Free gift
- Acer Universal Notebook Bag
- Earphone
- LCD Cleaner
- USB Optical Mouse
- Notebook Key Lock
- Keyboard Skin Protector
- Notebook Cooling Pad

Harga RM2,249, free interest installment plan 12 months..so sebulan bayau RM187.42

Barulah semangat nak godek balik GPS :)

Monday, May 16, 2011

Mini Home Theatre in Exora

Adakah anda pengguna Exora yang masih mengekalkan keaslian tanpa sebarang modifikasi pada ICE tapi mengalami tekanan jiwa / mental disebabkan gangguan frekuensi apabila roof DVD player di link kan pada radio?

Sekiranya ya, anda boleh melupakan terus gangguan frekuensi tersebut, hehe terima kasih pada member aku, K.E yang share latest modifikasi secara DIY untuk viewer blog ABM. Dengan modal sebanyak RM40 untuk speaker PC, connect terus pada DVD player..senang tak payah pening-pening lagi cari frekuensi yang sesuai :)

Wiring macam mana plak untuk dapatkan source power? Paling senang...powered by USB :)

Speaker dilekatkan dengan menggunakan high performance adhesive, jenis Araldite Rapid, fast curing dalam masa 5 minit, waterproof, oil and chemical resistant, boleh dapatkan kat kedai hardware. Harga RM9.50

Selamat mencuba...

New Games Available

Check out for new games here

Thursday, May 12, 2011

Zakat...Siapakah Yang Berhak?

Terdapat 8 asnaf (penerima) zakat yang berhak menerima zakat seperti mana yang dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat ke-60.



Mereka ini adalah:

Asnaf Fakir
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain

Asnaf Miskin
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

Asnaf Amil
Orang yang dilantik/ditauliahkan oleh Sultan atau naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat

Asnaf Mualaf
Orang yang baru memeluk Islam iaitu orang yang dijinakkan hatinya dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam

Asnaf Riqab
Hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya

Asnaf Gharimin
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan

Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah tiap-tiap perbuatan/perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam

Asnaf Ibnu Sabil
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
- Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya
- Pengembaraan diharuskan oleh syarak

Sumber: ASNAF www.e-zakat.com.my

Saturday, May 7, 2011

Thor 3D



Dah lama tak layan midnight ngan wife aku, so semalam kitorang plan nak tengok Fast & Furious 5 sebenarnya kat GSC Alamanda tapi masa nak buat e-payment semua Hall full...pergh...so yang tinggal citer best cuma Thor 3D, sebelum kena kebas baik book, boleh tahan ler harga untuk 2 tiket, kena RM34 + RM1 booking fees

Kitorang tak pernah layan pun 3D movie sebelum ni...haha so nampak cam poyo jer 1st time, masa nak masuk Hall, dapat 3D glasses by Dolby



1st time experience dah buat jiwa kacau :) baru aku tau kenapa orang nak sangat layan 3D walaupun harga tiket mahal...memang best giler!

layanz trailer

KHi Helmet

Masa beli Ninja memang dapat 2 free helmet full face, tapi jenuh ler aku nak mengepit bawak naik opis, kalau ride long distance ok lah pakai full face tapi takat nak gi keje, tak yah lah extreme sangatkan...pakai yang biasa-biasa tapi biau nampak ganas :)

So pencarian pun bermula, lepas banyak kali perati macam-macam jenis helmet yang riders duk pakai sepanjang aku merempit gi keje, akhinya aku decide nak sambau KHi Helmet edisi flat black. Tu baru decide, nak cari satu hal lagi..susah jugak nak dapat, 2-3 kedai aku gi tokey tu kata takde..lastly semalam on the way balik dari servis savvy, try nasib gi kat kedai motor area Equine Park, Yee Heng Motor Sdn. Bhd, dulu aku beli Honda Wave aku kat sini.

Nasib aku baik, memang ada :) tapi kena ngorder plak sebab stok takde :( adoi!! "berapa lama?" aku tanya tokey tu...tokey tu pun jawab "tak lama lah abang...petang barang sampai.." hehehe



Tu dah upgrade visor gelap...visor asal cerah bebenor


Harga helmet RM100.00, upgrade ke visor gelap tambah lagi RM20.00. Kalau ada yang berminat, boleh call tokey kedai ni 03-89417794

Senang jer nak cari kedai ni, lokasi berhampiran dengan 7-11 Equine, boleh search kat POI dengan GPS

Jersi Harimau Malaya for Junior


Lama jugaklah aku mencari jersi Malaysia saiz kanak-kanak untuk kembau aku, selalunya kalau jumpa pun tak beli sebab saiz tak sesuai. So, tergerak hati nak tanya member aku, mdshaari, kalau-kalau ada supply jugak jersi Malaysia ni untuk junior. Alhamdulillah...memang ada.

Petang tadi, terus amik 2 pasang sambil sempat layan 3 layer tea kat Stesen LRT Kerinchi

Kalau ada sesiapa yang berminat nak order atau nakkan butiran lanjut, bolehlah hubungi bro mdshaari melalui blog beliau mzmedianet.blogspot.com.


Harga sepasang (termasuk seluar dan baju) RM25.00 sahaja dan adalah yang termurah dipasaran Online sekarang ini.

Savvy - Service 120,000 km

Pagi tadi aku bawak savvy aku ke RS Auto Services Centre Sdn Bhd untuk servis 120,000 km. Sampai workshop dalam pukul 9.45 pagi, nasib baik tak banyak keta lagi, terus jumpa Mr. Hoe bagitau kali ni cuma nak buat minor servis. Pukul 10.00 pagi, sampai giliran savvy aku.

Butiran dan kos keseluruhan
Photobucket

Ni aku sertakan koordinat, senang kalau sesapa yang guna savvy atau renault nak pergi

PaPaGO
E: 101" 37' 0.4"
N: 3" 0' 39.2"

Garmin
N: 03" 00.654'
E: 101" 37.008'

Workshop dibuka dari Isnin hingga Sabtu, Ahad cuti. Boleh call Mr. Hoe terlebih dahulu untuk appointment (012-2365220)

Beli Kasut Pun Dah Boleh Secara Online + Delivery Sekali

Masa cuti hari pekerja, gi outing ngan wife kat IOI Mall Puchong, so ada lah 1 booth kat Ground Floor ni duk promosi kasut dengan best price 50% diskaun tu...aku pun layan lah sajer nak tengok yang casual sbb kasut yang ada sekarang ni pun dah nazak, tapak sebelah depan macam nak tertanggal dah...hehe

last jumpa jugak yang berkenan, harga RM89.00. Masa sembang-sembang ngan salesman tu, dia bagitau kasut ni boleh dibeli secara online. Delivery antara 2-3 hari selepas pengesahan bayaran. Walauwei...senang tu nak beli kasut sekarang ni...penghantaran terus ke rumah. Kalau berminat boleh lah layari website tomazshoes untuk info lanjut

Wednesday, May 4, 2011

Dapatkan Jersi Panthera Team Malaysia

Sempena pelancaran kempen ‘Team Malaysia’ TM oleh YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan yang diadakan pada 28 April 2011 di Ibu Pejabat Menara TM, kini peminat sukan tanah air boleh lah mendapatkan Jersi Panthera yang sebelum ini hanya dipakai secara rasmi oleh atlet negara ketika beraksi dalam mana-mana temasya sukan di luar negara

Jersi Panthera ini boleh didapati dalam pelbagai saiz (S, M, L, XL, XXL & XXXL) dan boleh dibeli di premis TMpoint terpilih serta pada acara-acara dan siri jelajah TM. Harganya RM79.90 sehelai

Walaubagaimanapun, peminat sukan tanah air boleh mendapatkan Jersi Panthera ini pada harga diskaun RM69.90 bagi pembelian secara online di SINI

Marilah sama-sama kita menyokong Team Malaysia!

Tuesday, May 3, 2011

Buff - Multipurpose Headwear

Sejak join kamen rider ninja geng ni, baru lah tau benda yang duk selalu tengok diorang pakai ni di panggil Buff, stylo jugak lah..Aku pun sajer lah nak ngetest pakai jugak..beli yang low profile, warna hitam

Photobucket

So boleh lah pilih style mana yang korang prefer...aku sebenarnya nak buat mask :)
Photobucket

Monday, May 2, 2011

Beli Proton Exora H-Line / Inspira 2.0CVT dapat Lokatoo A1000i

Setelah setahun lebih guna Lokatoo A1000 Win Ce 5.0, akhirnya dapat jugak aku upgrade ke Lokatoo A1000i Win Ce 6.0, baru lah best nak menggodek lagi :)
Photobucket

Complete package in a box, memang puas hati
Photobucket

Produk spesifikasi boleh refer kat sini

Dapat jer terus upgrade SD card ke 8GB, dapat run 10 Navigation Software termasuk Lokatoo Navigation Software version 4
Photobucket

Menu GPS
Photobucket

Menu yang lain sama dengan launchpad Cip GLM