Saturday, November 26, 2011

TT Galaxy Clan - Tutorial Continue + GPS Upgrade 2 Layer Menu Software Navi

Minggu lepas memang plan nak balik Melaka satu keluarga...dah sebulan lebih wonderkidz tak jumpa nenek..hehe cam biasa ler...dah balik kampung mestilah aku seru Geng Sengat Galaxy...sape lagi kalau bukan K.E ngan Poknik...haha terus ON TT malam tu...lepak port biasa kat Tom yam Corner sambil layan Maharaja Lawak Mega

Mekasih sifu poknik share ilmu...macam-macam dia dah buat kat Galaxy SII dia...banyak info dapat sedut :D...malam tu pun aku kasik upgrade GPS K.E...banyak dah software navi...tak boleh jadi ni...kena buat 2 layer Menu GPS sebab mau tambah PolNav 6026 dan Galactio V8..pergh...marbeles, aku kasi install jugak Lokatoo Software version 5.5...memang makin sengat GPS K.E lepas ni...ni dia launchpad terbaru GPS K.E

AMALAN SUNAT BULAN MUHARRAM

Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharram:

1. Berpuasa.
- Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram, pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
- Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Friday, November 25, 2011

BACAAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN - SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H

Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433H kepada semua muslimin dan muslimat.

Oleh itu, marilah kita sama-sama ingat-memperingati antara satu sama lain berkaitan perkara-perkara yang amat disarankan untuk kita lakukan

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Doa akhir tahun:

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Photobucket

Maksudnya “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”

Doa awal tahun:

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Photobucket

Maksudnya “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Monday, November 21, 2011

Baju Korporat & Jaket NEXO

Terbaru yang dah masuk dalam list koleksi Merchandise NEXO adalah Baju Korporat dan Jaket yang kini telah berada di pasaran, masa advertisement up jer aku tak tunggu lagi terus order dengan bro Fandy. Minggu lepas barang dah sampai...perghhh memang sengat



Bila Baju Korporat dan Jaket bersatu...kau milikku, hehe macam lagu hantu tapi memang berhantu...memang terbaekkk :)

Tuesday, November 15, 2011

Map Updates 05/10/2011 for PowerMap Z9 - Malaysia Map

Download Map Files LINK. Extract and copy to the respective Maps and TravelGuide Folder

Saturday, November 12, 2011

Newly Improved Navigation Software Version 5.5 Available For Lokatoo



On 10 November 2011, Lokatoo has released the all new Navigation Software Ver 5.5, which enhance your Lokatoo navigating experience with 3D Buildings in the sleek looking map graphics, search your destination easily with our Smart Keyboard Search and added POI Category Search feature.

For full details on the improvements of Navigation Software Ver 5.5, click here

This software version currently available ONLY for all GPS navigators with Atlas IV processor. To download the software version, go to lokatoo website and follow the instruction

Upgrade your software version today to experience it!

Ganti Rear Wiper

Getah wiper belakang aku dah kantoi...gedegedeg bunyi dia bila wipe cermin belakang..adehhh kalau nak ganti kena order barang dulu...aku plak jenis tak menyabau..hehe masa outstation ke Kedah bulan lepas..sempat mintak tolong NEXO member, bro sham untuk cuba dapatkan wiper ni...Alhamdulillah...barang ada..

Khamis lepas ada workshop kat Melaka, sempat kejap ajak K.E minum kat Subaidah MITC sebelum gerak balik Bangi..hehe masa bukak boot dia perasan aku tak pasang lagi...terus dia tolong pasangkan...haha memang terbaekk lah...tq K.E :D

Ni aku share kan Part No. untuk Rear Wiper PW897214 BLADE ASSY, RR W

Thursday, November 10, 2011

TT Galaxy Clan - Rise of K.E

Jumaat lepas sebelum balik beraya Aidiladha kat tepen...sempat jugak merempit balik melaka jap...walaupun highway dah mula sesak..haha tak kira aku redah jugak..ni semua pasal nak meraikan K.E yang akhirnya tak boleh tahan...cair jugak ngan racun kuat poknik dan member galaxy clan NeXo yang hari-hari duk bubuh K.E kat WhatsApp

So malam tu memang TT khas Galaxy Clan tanah berdaulat kat port terbaeek kitorang...Tom Yam Corner Ayer Keroh...hehe sebelum tutorial mula...semua Galaxy SII disusun mengikut senioriti :D Dari kiri, aku punya..pastu poknik dan K.E, pergh bau kedai lagi..hehe tak sempat habis charge lagi tu



memang tak sia-sia K.E menuntut malam tu...poknik yang paling banyak share...habis dah explore selok belok SII, chapter 1 habis semua dia kasik bluetooth kat aku ngan K.E...terima kaseyyy sifu poknik...memey puas hati arrr



Memang confirm kepuasan berganda...tu dia...serentak dapat sebelum raya, SII dengan T-Shirt NeXo, special delivery ngan Ninja tu bro :D



Next time sambung lagi tutorial untuk chapter 2...sambil tu boleh selit jugak slot upgrade GPS

Tuesday, November 8, 2011

Sometimes...It's Time To Reward Wonderkidz - iPad 2


Antara Galaxy Tab ngan iPad...yang mana paling sengat? susah nak cakap..tapi sebab dah pakai Galaxy SII, teringin jugakler merasa nak guna product Apple tu..baru ada variety sket...lagi pun kali ni wife aku yang nak belikan untuk wonderkidz..so pilihan ditangan dia :D

2 minggu lepas, singgah Mid Valley nak pi tengok-tengok kat Machines MV Apple Store, yang paling basic Wi-Fi 16GB dengan iOS 5 harga RM1,499.00. Tambah aksesori casing belakang dengan screen protector kena RM149 hehe dah wife aku berkenan sangat..memang kira jadi terus, amik yang warna putih



Takder masalah kalau nak online dimana-mana...hehe sebab ada Wi-Fi powered by Thetering Galaxy SII



Lastly...aku admit jugak lah memang untuk Tablet PC, iPad 2 the best...memang banyak education application untuk anak-anak..so served the purpose. Najwan yang paling teruja...kalau ON jer..dia yang sampai dulu :D

Friday, November 4, 2011

T-Shirt NEXO

Akhirnya yang ditunggu-tunggu dah sampai...setiap ahli NEXO yang telah menjelaskan yuran pendaftaran layak mendapat T-Shirt Kelab secara percuma! :D hehe sebelum ni dah dapat rear sticker dengan sticker road tax.

Prez NeXo, bro fandy pos kan minggu lepas..jamak sekali untuk K.E & ayiesal..malam ni aku balik Melaka TT Galaxy Clan bolehlah pass kat K.E...sempat lah dia pakai masa Raya Haji nanti :)

Thursday, November 3, 2011

Renungan Jumaat

Kain Kafan dari Rasulullah SAW

Seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW lalu menghadiahkan Rasulullah kain yang ditenunnya sendiri sebagai rasa cintanya kepada baginda. Dengan senang hati Rasulullah SAW menerima pemberian itu lalu memakainya.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW memakai kain tersebut keluar menemui sahabatnya. Salah seorang sahabat Rasulullah begitu tertarik dengan kain tersebut lalu bertanya “Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya.” "Baiklah," jawab Rasulullah SAW ringkas.

Setelah keluar dari satu majlis, Rasulullah SAW datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun tersebut. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.

"Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasulullah SAW . Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu kerana kain pemberian itu sangat disenangi Rasulullah SAW. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat. Sahabat yang meminta kain tersebut berkata, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk menjadi kain kafanku."