Showing posts with label Geng Exora. Show all posts
Showing posts with label Geng Exora. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

TT Ganti V-Belt

Simptom V-Belt nak kena tukau....start enjin pagi boleh dengar bunyi rattling + mileaage dah lebih setiap cycle 40K.Terima kasih kepada Bro K.E yang tolong set kan appointment dengan bro anuar, mekanik dekat Kg. Lapan...hehe workshop bukak cuma hari Ahad sahaja...yang join sekali geng jasin, Ustaz25


Exora aku masuk dulu...


V-Belt lama...dah crack


Ganti V-Belt baru...ingatkan tensioner pun nak kena ganti tapi tak perlu, bro anuar dah check, barang elok lagi...bila mileage dah jejak 160K baru ganti tensioner


Sekejap jer ganti benda ni...tak sampai 1/2 jam...Exora Ustaz plak masuk


V-Belt ustaz crack lagi teruk...


Harga V-Belt RM58 + Labour Cost RM7 sahaja...murah kan?

Monday, June 10, 2013

Lampu Check Engine Menyala! Ganti Pedal Sensor

Bila lampu check engine menyala, jangan tunggu lagi..terus lah ke SC untuk diagnose apa puncanya...


Dapat detect....pedal sensor defect, tunggu apa lagi ganti terus


Zoom sket untuk part no. reference...made in Germany ni


memandangkan warranty dah expired..kenalah tanggung kos kerosakan. Butiran kos seperti dibawah


Sharing is caring, thanks to K.E yang share gambau replacement part ni.

Friday, June 7, 2013

Jerking Settled! Ganti Throttle Body

Bulan lepas K.E bagitau yang Exora dia dah mula ada symptom jerking...so masuk SC untuk dapatkan kepastian part apa yang perlu diganti.


Mula-mula SC suspect MAP sensor defect. So terus ganti..memandangkan warranty dah expired..kenalah tanggung kos kerosakan. Butiran kos seperti dibawah



Ingat dah settled, tapi still jerking jugak lagi...so kali ni SC suspect Throttle Body yang defect. Part kena order..seminggu dah sampai...ni dia Throttle Body version baru





Throttle Body yang baru ni fully control by electronic circuit...ada cable connector untuk sambungan ke ECU. Version baru ni tak perlu lagi dicuci. Butiran kos seperti dibawah




Sharing is caring, thanks to K.E yang share gambau replacement part ni.

Saturday, February 16, 2013

Ganti Link Winshield Wiper

Sebelum ni K.E pernah bagitau yang wiper dia stuck, lepas tu dapat call dari Nazuri pun kena kes yang sama, lagi plak masa cuti CNY baru-baru ni, dah 2 orang member kena ni

Sharing is caring, thanks to K.E yang share gambau replacement part ni. Bukan motor yang rosak tapi link winshield



Replacement Part FOC if still under warranty

Sunday, March 27, 2011

Full Leather Steering & Gear Knob For Exora

Sejak awal tahun aku memang plan nak balut full leather pada steering dan gear knob, cuma tak berkesmpatan nak survey kedai-kedai aksesori kat KL dan Selangor ni, harapkan info dari member yang dah buat, kalau ada.

Nasib baik bro Dzul R3 dah buat, semalam masa menyinggah tengok Rayman pasang fog lamp, dapatlah tengok hasil kerja kedai aksesori ni pada Exo bro dzul, memang kemas dan berkualiti.

Full leather steering, Dzul memilih warna kelabu untuk match dengan warna interior. Ada macam-macam warna pilihan, jadi boleh pilih ikut citarasa sendiri :)
Photobucket

Sama jugak warna pada gear knob
Photobucket

Lepas dapat info dari bro Dzul, petang semalam aku turun terus cari lokasi yang tepat dan sempat jumpa tokey kedai aksesori ni

Business Card Hup Hock Motor Accessories & Service Centre Sdn Bhd, kedai ni terletak dekat Jalan Klang Lama, betul betul tepi main road
PhotobucketPhotobucket

Harga pakej untuk balut steering dan gear knob RM280.00. Tempoh pemasangan antara 3-4 jam

Ni aku sertakan koordinat,senang kalau sesape nak pergi

PaPaGO
E: 101" 40' 35"
N: 3" 5' 57"

Garmin
N: 03" 05.961'
E: 101" 40.584'

Next month Insya Allah aku turun pasang, So, ada bran nak join buat :)

Pemasangan Original Fog Lamp - Cip Geng Warikh

Semakin hangat dan semangat Exorian yang memandu Exo M-Line & B-Line nak pasang original fog lamp, yang terbaru, Cik Geng Warikh aka bro rayman dari jajahan N9 turun puchong semalam jumpa bro Dzul R3 :)

Masa aku sampai terserempak dengan pekanz yang baru jer sudah pasang chrome cover, sempat sembang kejap jer

Bumper Exo rayman dah dibuka untuk memasukkan fog lamp
Photobucket

Rayman sabar menanti....
Photobucket

Dzul R3 tengah pasang suis fog lamp, sukses, indicator fog lamp dah nyala kat meter panel
Photobucket

Exo Rayman berwajah baru :)
Photobucket

Jadi pada sesapa yang berminat, bolehlah call Dzul R3 di 019-4516002. Harga memang terbaik dan termurah, kos keseluruhan RM300 dan yang paling penting, servis memang mantap

Saturday, March 19, 2011

Original Fog Lamp For Exora M-Line & B-Line

Memang ramai member yang dah pasang original fog lamp Exora dengan Bro Dzul R3, sampai ke Pahang pun ada. Hari ni tiba giliran Raymie pulak untuk pasang fog lamp mengikut spesifikasi H-Line. Mula-mula tapak asal pemasangan kat Persiaran Puchong Prima, tetapi disebabkan keadaan cuaca yang mendung dan hujan pun dah mula turun, last minute tukar ke Poliklinik Komuniti Puchong

Kerja-kerja pemasangan bermula lebih kurang pukul 10.30am. Bumper depan Exora perlu dibuka untuk memudahkan pemasangan.
Photobucket

Suis fog lamp pun perlu diupgrade seperti H-Line spec.
Photobucket

Yang ni best part, bila Dzul dah link kan dengan BCM, indicator fog lamp pun menyala dekat meter panel
Photobucket

ok, siap dah dan confirm fog lamp menyala :)
Photobucket

Jadi pada sesapa yang berminat, bolehlah call Dzul R3 di 019-4516002. Harga memang terbaik dan termurah, kos keseluruhan RM300 dan yang paling penting, servis memang mantap

Sunday, February 20, 2011

Pemasangan Sticker Eyelid - bro akuamy82 & TT minoriti

Selasa lepas, 15/02/2011 masa public holiday sempena Sambutan Maulidur Rasul, giliran akuamy82 pulak menempek sticker eyelid pada exo plum red dia. Pemasangan dibuat di rumah Yaxan, di seksyen 11, Shah Alam. Kebetulan akuamy82 call aku lepas dah siap pasang..aku ajaklah turun minum kat Nabila Corner, sebelah BHP Jalan Pantai Baharu, boleh lah dia amik Waterless Car Wash yang dia order kat aku
Photobucket

Memang masyuk dan menarik
Photobucket

Closed up
Photobucket

Waterless Car Wash memang best! hehe special posing dari akuamy82 :)
Photobucket

akuamy82 pun menggunakan cutting eyelid Exo Warrior, sama yang digunakan oleh zamsurvey dan mdshaari. So, sesapa yang berminat boleh call yaxan di 012-9108050. Harga untuk sticker eyelid sekali dengan upah pasang RM50.

Ni aku sertakan koordinat ke Seksyen 11, senang kalau sesape nak pergi bila Yaxan buat kat sini

PaPaGO
E: 101" 31' 36.0"
N: 3" 4' 18.6"

Monday, February 14, 2011

Pemasangan Sticker Eyelid - bro mdshaari & TT minoriti

Ahad lepas, 13/02/2011 tiba giliran mdshaari pulak untuk menempek sticker eyelid setelah lama menunggu stok sticker "look a like pyrite brown". Rider Exo Warrior aka zamsurvey pun join sekali atas jemputan mdshaari sebab nak amik ukuran eyelid yang sama pada Exo Zam. Pemasangan kali ni dibuat di rumah Yaxan, di seksyen 11, Shah Alam

Sampai seawal pukul 10.00 pagi
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Borak mukaddimah. Zam tengah kumpul idea untuk konsep sticker yang sesuai dengan Exo aku :)
PhotobucketPhotobucket

Yaxan pun memulakan kerja-kerja menampal. Sebelah tangan untuk meratakan sticker, sebelah lagi guna blower, memang skil tahap gaban ni :)
Photobucket

Masa tengah buat, sorang lagi member, mazrin pun sampai. Sebelum tu, aku ngan mdshaari terserempak dengan dia kat Syed Bistro tengah sarapan, tu yang ajak join sekaki, rezeki langkah kanan, mazrin turut belanja kitorang sarapan sekali dengan dia :)
Photobucket

Siap dah eyelid Exo mdshaari, memang cun
Photobucket

Closed up
Photobucket

Sebelum bersurai, zam sempat lagi tu nak buat tambahan tampalan pada konsep warrior :)
Photobucket

Yaxan dah siapkan jugak mould "Eyelid Warrior" masa dia pasangkan sticker ni kat Exo mdshaari, jadi senang lah boleh terus pre-cut kalau ada member-member lain yang berkenan cutting yang sama.

So, sesapa yang berminat boleh call dia di 012-9108050. Harga untuk sticker eyelid sekali dengan upah pasang RM50

Ni aku sertakan koordinat ke Seksyen 11, senang kalau sesape nak pergi bila Yaxan buat kat sini

PaPaGO
E: 101" 31' 36.0"
N: 3" 4' 18.6"

Wednesday, February 2, 2011

ICE - Alternative Choice Double Din For Exora

Atas permintaan bro mdshaari, aku dah request bro maszwan untuk emailkan gambar ICE yang telah di upgrade kat exora dia. Double din brand TOM, non-motorised screen macam yang digunakan oleh Proton untuk limited edition.

Brand made in Taiwan dan yang penting boleh link dengan steering control & dvd roof, screen HD termasuk reverse camera sekali. Pemasangan dibuat di Best City Auto bertempat di Cheng, Melaka

Function pada double din
Photobucket

View Radio
Photobucket

View TV
Photobucket

View Reverse Camera
Photobucket

Perbezaan antara ICE K.E dan ICE maszwan cuma pada button function. K.E punya ada disebelah kiri dan kanan, maszwan punya cuma disebelah kiri sahaja
PhotobucketPhotobucket

Harga siap pasang RM1K++, ni aku sertakan koordinat Nasi Kandar Pinang, sebaris dengan Best City Auto, senang kalau sesape nak pergi

PaPaGO
E: 102" 12' 59.1"
N: 2" 16' 14.8"

Garmin
N: 02" 16.247'
E: 102" 12.984'