Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Dengan ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah kita dan semoga amalan kita ini diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda dan diberkati oleh Allah, insya-Allah

Captain America: The First Avenger 3D



Dekat 2 minggu dah plan nak outing dengan ipar duai, kalau boleh nak ajak semua sekali tapi yang confirm boleh join cuma mak lang wonder kids :D hehe, so proceed jugaklah sebab esok dah start nak puasa...kebetulan bakal paksu pada maksu wonder kids tengah cuti sem, kitorang pun ajak lah sekali join sekaki...boleh kenal-kenal :D

First time nak try buat e-payment, kira sebat jer lah tak kisah kalau tak dapat 50% diskaun tu..tapi rupanya sistem e-payment GSC ni memang ada special tagging untuk GSC EON Credit Card holder, dapat 2 type discount, 1st yang beli more than 1 ticket, satu lagi yang 50%, so yang confirm cuma aku, wife, mak lang & bakal paksu

GSC charge RM74 lepas dapat diskaun RM4, sms dari EON bank pun menyusul notify actual charges

Pagi tadi masa nak pi, adik ipar aku aka mak lang bagitau hubby dia aka pak lang nak follow sebab mc...hehe cantekkk rehat kat rumah pun boring baik rehat sekali ngan kitorang, so dengan pantaz buat e-payment, nasib baik seat sebelah tu kosong lagik :D

Memang berbaloi guna GSC EON Credit Card ni, Bonus Value lepas redeem 5 tiket tadi still ada balance RM45.25

Layanz trailer

Friday, July 29, 2011

Renungan Jumaat

Islam mensyariatkan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara hidup secara berhemah. Berhemah bermaksud mengutamakan keperluan yang paling penting dalam kehidupan (al-Aulawiyyat) berbanding dengan perkara yang bersifat kemewahan. Membudayakan amalan hidup berhemah dengan mengutamakan perkara yang benar-benar perlu dan mustahak adalah asas kesejahteraan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam hal ini Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ada mengatakan bahawa: sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.

Perlu difahami gaya hidup berhemah berkait rapat dengan sifat berjimat cermat dan tidak membazir. Islam melarang dan menegah umatnya daripada membazir kerana ianya perbuatan keji. Islam menyifatkan pembelanjaan boros dan pembaziran adalah perbuatan keji kerana ia memberi faedah kepada segelintir masyarakat dan menjauhkan lagi jurang golongan kaya dan miskin. Jika dasar berhemah ini di ambil kira, maka hak-hak serta kebajikan orang-orang fakir dan miskin dapat ditunaikan sepanjang masa. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan amat suka kepada orang yang boros dan bebelanja mengikut kehendak nafsu. Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27, Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA mentafsirkan ayat ini, bahawa pembaziran itu bermaksud perbelanjaan atau mengunakan harta benda bukan pada tempatnya yang sebenar. Begitu juga dengan pandangan Imam Syafie bahawa pembaziran itu ialah membelanjakan harta benda bukan pada jalannya.

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya:
Pertama: Pembaziran ilmu pengetahuan jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan, kedua: Pembaziran amalan jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas, ketiga: Pembaziran kekayaan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT, keempat: Pembaziran hati jika kosong dari kasih kepada Allah SWT, kelima: Pembaziran tubuh badan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT, keenam: Pembaziran cinta jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya, ketujuh: Pembaziran masa jika tidak diurus dengan sebaiknya, kelapan: Pembaziran akal jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan kesembilan: Pembaziran zikir sekiranya tidak memberi kesan kepada hati .

Rasulullah SAW sendiri hidup dalam keadaan yang amat sederhana, walaupun bukit dan gunung-ganang yang ada di sekitarnya pernah di tawarkan agar ia dijadikan emas dan perak, akan tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan tetap memilih cara hidup yang sederhana. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW tidur di atas tikar dan bangun selepas itu dalam keadaannya badannya berbekas. Lalu dibawa kepadanya oleh sahabat hamparan yang lembut, Rasulullah SAW bersabda: Apakah kedudukan aku di dunia ini? Tidakkah aku di dunia ini melainkan seumpama seorang pengembara yang berteduh di bawah pokok kemudian berlalu meninggalkannya. Diriwayatkan juga bahawa dapur Rasulullah SAW hampir enam puluh hari tidak berasap, Baginda dan isteri-isteri hanya menjamah buah tamar dan air. Bukan kerana tidak mampu akan tetapi Rasulullah SAW suka untuk hidup dalam keadaan sederhana dan tidak melakukan pembaziran serta berbelanja mengikut hawa nafsu.

Dalam penjimatan penggunaan sumber tenaga, Rasulullah SAW menyeru umat Islam supaya tidak membazir dalam pengambilan wudu’ atau air sembahyang. Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqqas RA ketika beliau berwudu’, Mafhumnya: Daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘As bahawa Rasulullah SAW lalu berdekatan Saad yang sedang berwudhuk. Sabda Baginda: Pembaziran jenis apakah ini, wahai Saad? Maka Saad berkata: Dalam wuduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW menjawab: Ya, walaupun kamu berwuduk dalam sungai yang sedang mengalir . (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Kita harus ingat bahawa harta yang dimiliki sebenarnya adalah hak milik Allah SWT, kita hanya sebagai penerima amanah yang pasti akan ditanya dari mana harta yang kita perolehi dan kemana kita membelanjakan harta tersebut. Bagaimanapun dalam dasar hidup berhemah ini kita juga hendaklah menjauhi sifat bakhil dan kedekut. Dengan mengamalkan sifat bakhil dan kedekut ini melambangkan bahawa kita tidak bersyukur kepada Allah SWT dan tidak menunaikan tanggungjawab serta amanah Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqaan ayat 67, Maksudnya: "Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana ".

Wednesday, July 20, 2011

Garmin UnLocker Alternative v6.03

Released on 03.07.2011. Download Garmin Unlocker Alternative v6.03.rar

Refer HERE for User Guideline, steps still the same with previous version

So what are you waiting for?? Unlock your MAP now! :D

Monday, July 18, 2011

Ceramah Perdana @ Dewan Seminar, Tingkat 50, Menara TM

Hari ni, 18/07/2011 bersamaan 16 Syaaban 1432, BAKIT dengan kerjasama Tiaranita dan Surau Menara TM telah menganjurkan Ceramah Perdana dengan tajuk yang dibicarakan adalah "Memburu Keberkatan Rezeki"

Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Beliau merupakan seorang Pensyarah dan Penasihat Syariah yang dikenali ramai. Boleh layari FanPage FB beliau disini Zaharuddin.net

Ceramah bermula pada pukul 12.30 tengah hari dan berakhir dengan sesi soal jawab pada pukul 2 petang

Muat Turun rakaman ceramah oleh Ustaz Zaharuddin Part 1 & Part 2. Semoga kita mendapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan. Wallahua'lam

Sunday, July 17, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 - 3D & 2D



Senarai Filem Harry Potter
1 Harry Potter and the Philosopher's Stone (2001)
2 Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
3 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
4 Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
5 Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
6 Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009)
7 Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1 (2010)
7 Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 (2011)

Sejak 1st movie Harry Potter ni released, aku ngan wife belum pernah missed lagi lah..hehe tapi 1st and 2nd movie tu kitorang belum ditakdirkan jumpa lagi...haha masa 3rd movie tu baru start kawan..so layan sama-sama sampailah "The End" of the Harry Potter's journey

Sebenarnya aku dah ter'layan' awal, Syukur yang belanja..tapi bukan aku sorang..7 orang dia belanja...3D lagi..hehe takkan nak tolak plak..tapi mungkin sebab aku dah layan 3D Transformers - Dark Of The Moon...so aku rasa effect 3D pada last movie Harry Potter ni agak kureng sket..lebih kurang macam Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides

So since wife aku tak tengok lagi...aku ajak lah dia pi tengok kat GSC Terminal 1, Seremban petang tadi..layan sekali lagi tapi yang 2D jer lah..hehe check in dengan Foursquare terus dapat unlock Harry Potter badge :D

Kebetulan dah ada GSC EON Credit Card, sajerlah nak test guna...wow!!! memang berbaloi, pemegang credit card awal-awal lagi dah diberi Bonus Value RM100.00, so harga 2 tiket tadi RM17, terus dapat redeem untuk harga 1 tiket RM8.50, jadi cuma kena caj RM8.50 jer..ada balance RM91.50 yang mesti guna sebelum 04/12/2011..hehe sempat..takder hal lah kalau nak habiskan. Refer SINI untuk dapatkan maklumat lanjut tentang kelebihan kad plastik ni :D

Lepas ni boleh test guna untuk beli tiket 3D plak...so next week Captain Amerika plak dah menunggu...hehe amacam adik-adik ipar aku yang kaki wayang? Kalau mau layan dengan diskaun kasik calling calling eh :D

Layanz trailer

Penutup Hidung Rider

Lepas dah tinggalkan tapak kaki kat Sri Menanti Resort, alang-alang dah kat Seremban terus singgah jap Terminal 1 Shopping Centre, nak layan movie Harry Potter. Sampai pukul 12.30 tengah hari...ingatkan boleh tengok awal tapi lambat sket jer..slot yang awal pukul 12.10, so tunggu next slot pukul 2.40pm punyer..

Masa jalan-jalan terspot satu kedai ni memang jual aksesori rider...hahaha nampak pulak penutup hidung...memang lama dah aku carik, kasik sengaatttttt sket dapatlah harga RM17..oklah tu..sambau jer lah :D

Wednesday, July 13, 2011

Forum Perdana @ Surau Menara TM

Hari ni, 13/07/2011 bersamaan 11 Syaaban 1432, Surau Menara TM telah menganjurkan Forum Perdana dengan tajuk yang dibicarakan adalah "Keluarga Bahagia Pemangkin Kecemerlangan Warga TM"

Barisan panel dan moderator:

Moderator: Ustaz Awang Mamat (Penceramah)

Ahli Panel 1: Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis - Kalam Suci)

Ahli Panel 2: Ustaz Drs Ahmad Termizi Abdul Razak (Pakar Motivasi)

Muat Turun rakaman perbincangan oleh Ahli-Ahli Panel. Semoga kita mendapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan. Wallahua'lam

Monday, July 11, 2011

Al-Fatihah...

Hari ni genap 6 tahun arwah ayah aku kembali ke Rahmatullah. Arwah meninggal pada 12 Julai 2005, pukul 9.25pagi di Mahkota Medical Centre, Melaka disebabkan oleh kanser pankreas ketika usia 59 tahun. Merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keluarga lebih dari kepentingan diri sendiri.

Gambar ni diambil pada 18 Jun 2005, tak sampai sebulan dari tarikh permergian arwah, masa ni aku dan keluarga tengah bersiap untuk pergi ke majlis pertunangan aku kat Taiping, arwah nak ikut tapi sebabkan perjalanan dari Melaka ke Taiping mau makan 5-6 jam, takut arwah tak larat, so kakak aku tak follow, tinggal untuk jaga arwah. Lagipun arwah dah pernah jumpa wife aku, cuma tak sempat nak jumpa besan dia.

Dikebumikan di Tanah Perkuburan Duyong Melaka selepas waktu Asar. Semoga rohnya ditempatkan bersama para anbiya' dan solihin. Sentiasa dalam ingatan...Al-Fatihah

New Games Available

Check out for new games here

Sunday, July 10, 2011

TT Ngeteh Larut Malam - Upgrade GPS K.E

Jumaat lepas ada urusan kat Melaka..tapi bukan pasal kerja lah..pasal GPS, semenjak dua menjak ni memang susah nak dapatkan A1000i, dulu sonang jer nak dapat..berlambak orang nak jual kat mudah.my, sekarang cecuba carik..takder dah, hehe depa dah realize lokatoo ni barang "panaz" beb :D..tu sebab kena carik lubang lain..sekarang ni owner inspira yang banyak lego kat aku, so kalau ada stok even sampai melaka pun aku sanggup merempit balik...

Nasib baik K.E free malam tu, sms kechat dia pun kata boleh ON TT, patutnya GLM Bikerz poknik ngan Pie nak turun skali tapi Poknik ada keje balik lambat, Pie plak baru habis menolong kenduri, tak sempat nak mai...it's ok bro :)

Malam tu pun patutnya aku jumpa member ninja 250R, bro epul, nak sambau Waterless Car Wash dengan Microfiber towel, tapi terpaksa cancel last minute sebab anak dia tak sihat, takper..family first :)

Sampai Tom Yam Corner, K.E dah setia menunggu dengan....



hehe tak percaya ke dengan harga yang aku dapat?? ini Nego tahap gaban chan tau...apa pun mesti jadik tapi harga maintain murah..jadi kalau tolak dengan kawan-kawan pun dalam range harga mampu milik...hehe

Masa nak masukkan Papago X8, rupanya SD card 4GB K.E dah tak muat...nasib baik dia ada bawak SD card 2GB yang dulu, kasik adjust sket launchpad bagi cunz, test one time terus boleh run..next time boleh upgrade ke sd card 8GB eh bro :D

TT bersurai lebih kurang pukul 3.30pagi...aku pun terus cargas balik Bangi

Friday, July 8, 2011

Ninja @ Parking Lagi

Khamis lepas..sajer lah lalu kat parking masa lunch hour..hehe tak sangka plak kali ni ada 2 ninja greenz mengapit ninja aku :D sorang tu aku kenal lah, bro mzulk29..tapi yang ninja SE ni tak tau plak sape ownernya...mantap seh dengan ekzos Arrow..

Masa masuk forum Ninja 250R, dapat PM dari bro Abaan....laaa rupanya dia yang datang mai parking sebelah aku..ada meeting tak sempat nak roger aku..kalau tak boleh lah pi minum sat, tak pernah jumpa lagi...kenal dalam forum jer

Thursday, July 7, 2011

Upgrade To Celcom Broadband Data Unlimited Plan

Dah lama member aku, Zul ni duk racun aku suruh upgrade ke Celcom BB Data Plan tapi aku leh sabau dan tahan lagi sampai ler semalam...lebur dinding pertahanan aku...hehe kantoi jugak..bila bil sampai SMS charged banyak sangat..tu yang Zul bagitau aku...pakai BB boleh guna aplikasi WhatsApp Messenger..boleh chatting freely, at lease cost BB tu fix..hmmmmm betul jugak..senang nak communicate secara free..tambahan plak wife aku pun memang dah awal-awal lagi subscribe. Sekarang ni pun memang duk melayan foursquare..jenuh ler check in manjang nak kena carik free wifi..hehe lagi lah membara nak pakai BB

Semalam masa lunch hour, merempit ngan Zul pi Celcom branch kat PJ, untuk normal subscriber, ni lah plan yang ada

Photobucket

Sumber: www.celcom.com.my

Tapi...ada package lain untuk staf TM special punya yang masih belum terlewat kalau dah sampai seru untuk guna...hehe macam kategori aku ler ni..

Bagi staf TM yang guna line Celcom Platinum Package (Package ni offer masa zaman TM Touch dulu sebelum Celcom takeover) boleh upgrade ke BB data plan "limitless" dengan hanya RM50 sebulan murah ler tu..yang package ni masih continue lagi untuk existing subscriber staf TM, bukan untuk new registration...aku dapat info ni pun dari staf celcom yang entertained aku kat kaunter

Jadi apa tunggu lagi...THIS IS BEST BRO :D

Wednesday, July 6, 2011

Godek GPS Syukur

Kali ni partner bergu aku, Syukur plak datang jumpa aku mintak tengokkan GPS dia, tak boleh nak navigate...GPS jenis made in China..

Masa click kat Navigation icon, keluar warning "Please set Navigation path"
Photobucket

Dah tau apa penyakitnya, terus check kat slot micro sd card, tengok-tengok micro sd card dah takde, sure tak perasan tertekan ke terus tercicir..nasib baik aku ada spare micro sd 2GB, masukkan launchpad basic dengan 4 Navi Software, Garmin, Papago X5SE, Papago X8 & iGO Primo...settle boleh guna balik dah :D GPS ni guna com port 1 macam kebanyakan GPS China made yang lain

Tuesday, July 5, 2011

Isu M3GPS PAPAGO! ONE (powered by PAPAGO! X8) Pada Win Ce 5 GPS Lokatoo

Ini adalah maklumbalas yang aku terima daripada bro mohzani yang telah mencuba untuk install program PAPAGO X8 pada GPS lokatoo Win Ce 5

Photobucket

So memang pun aku still simpan lagi Lokatoo aku yang lama, A1000 Atlas 3 Win Ce 5, boleh lah test..sayang nak jual..hehe ni guna masa merempit dengan ninja

Edit launchpad kasik tambah masuk icon X8..perghhh sedau tak sedau dah 12 Navigation Software..aku guna SD Card 8GB so takder masalah...banyak lagi boleh isi

Photobucket

Try launch Papago X8...dan....takder masalah..cunz..boleh navigate dengan pantaz :D
Photobucket

Bro mohzani..kalau free boleh datang jumpa aku, nak ajak main badminton sama pun boleh..masa tu kita kasik godek GPS ko yer :)

Spotted Ninja mzulk29 Dengan Seat Cowl

Semalam masa lalu kat area parking Menara TM, ter-spotted Ninja mzulk29 dengan seat cowl...akhirnya pasang jugak hehe :D dah lebih sebulan tu baru sampai seru nak pasang, cammana pun memang cunz dan berbaloi dengan harga yang dijual oleh bro lowrider

Sunday, July 3, 2011

M3GPS PAPAGO! ONE (powered by PAPAGO! X8) For GPS Lokatoo

Aku suka tagline Papago X8...

"As technology progresses, so does the Navigation Software improves with it. The latest PAPAGO! X8 boasts new features and functions with a new fresh look to suit it. Features include Topography, Improved routing engines, travel guides and many more!"

Sebelum gi layanz Transformers 3D, sempat ler menggodek dengan pantaz masukkan Papago X8 ni kat dalam Lokatoo

Masukkan icon kat launchpad
Photobucket

1st time install terus success..boleh launch :D
Photobucket

Destination Menu
Photobucket

Dah boleh navigate
Photobucket

Dapatlah test Papago X8 ni masa pi MidValley pagi tadi kat Lokatoo Win Ce 6.0, SiRFAtlas IV, memang banyak improvement terutamanya pada recommended route dan recalculation routing, memang cepat compare to Papago X6 dan X7.

Test jugak software ni pada version lokatoo A1000 Atlas 3 Win Ce 5.0, Alhamdulillah boleh run jugak :D

Cuma satu jer nak ingatkan, version software ni tak boleh guna MFM maps yang biasa kita download tu, ada maps special untuk software ni, kalau masukkan MFM maps akan keluar error warning masa launch software ni. Latest map yang ada 110403 . Map ni guna format "R51" type Android, so memang cantik lah features map ni

Jumaat depan insya-Allah aku balik Melaka boleh lah masukkan kat GPS member aku, K.E. Software ni aku pun ada untuk Double Din, kalau ada yang berani nak cuba masukkan Papago X8 boleh lah roger aku :D

How To Install

Step 1: Download Program. Copy and paste it in the SD Card

Step 2: Download Maps MFM-PPG-110403C. Copy and paste in the Maps folder.

Step 3: Edit your navigation script to add command i.e.

ICONXPBUTTON
x = 415
y = 150
Command = \SDMMC\MobileNavigator\Navi.exe
SizeNormal = 63
SizePushed = 52
ScaleAlpha = 100
IconNormal = ..\Icons\8.ico
ScaleAlpha = 100
IconPushed = ..\Icons\8.ico

Download Com Port X8 Com 1, X8 Com 2, X8 Com 3, X8 Com 4, X8 Com 5, X8 Com 6, X8 Com 7, X8 Com 8 & X8 Com 9. Use Com Port 7 for lokatoo

Icon for launchpad X8.ico

Now you can start navigate

Transformers: Dark Of The Moon 3D



Ini lah movie yang dinanti-nantikan tahun ni, Transformers: Dark of the Moon, plan asal nak tengok midnight hari Sabtu tapi tak dapat nak buat reservation, GSC Alamanda, IOI, MidValley semua fully booked untuk 3D. Nasib baik untuk Ahad slot pukul 11.00 pagi ada seat kosong lagi, terus ajak wife pi layan :D

Jalan cerita yang menarik, kalau dulu masa 2nd released citer pasal otai Decepticon, the Fallen, untuk edisi ke-3 ni citer otai Autobots, Sentinel Prime. Dia ni Autobots leader sebelum Optimus Prime, masa perang kat Cybertron, dia dah cipta teknologi Space Bridge untuk bina semula Cybertron nanti, masa nak selamatkan diri, kapal angkasa dia kena tembak so terhempas kat bulan...

Rupa-rupanya awal-awal lagi dia dah pakat ngan Megatron nak jumpa kat bumi untuk bergabung dengan Decepticon nak bina semula Cybertron kat bumi, tapi sebabkan terhempas, dia kira macam nazak ngan koma kat bulan. Cuma Sentinel Prime jer yang boleh activate kan teknologi ni, so Decepticon pun trick Optimus untuk gi cari Sentinel Prime kat bulan dan guna matrix leadership untuk hidupkan Sentinel Prime..so citer selanjutnya pi lah tengok wayang eh :D

Kali ni banyak robot yang mati, antaranya Ironhide, Starscream dan part yang paling best Optimus Prime bunuh Megatron dengan Sentinel Prime...tak taulah lepas ni ada sequel untuk Transformers, harap-harap adalah...

Movie ni memang the best 3D movie selama aku start layan 3D ler :) 10 bintang wa bagi!!

Layanz trailer