NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Sunday, August 16, 2015

Ganti Sensor ABS Sekali Lagi

Hampir 2 minggu lampu indicator ABS kejap nyala kejap hilang..dulu dah pernah tukar yang sebelah kiri

minggu ni terus menyala dengan lampu indicator handbrake..risau dah takut ABS pump defect sekali lagi..kos repair bukan murah plak tu..



bawak gi cek rupanya kena ganti ABS sensor kanan dan kiri..tak lah mahal sangat tapi ratusan jugak lah


Yang penting...masalah selesai

Monday, August 10, 2015

Motorcycle Cover

Hajat dihati nak pakai ultragard cover...sekali harga dia cecah ratusan plak...recce kat kedai motor area Sek 9 Bandar Baru Bangi dapat jugak yang mampu bayau


Harga RM50 saiz XL memang ngam ngam sui balut CBR650F


Saturday, August 8, 2015

Honda CBR650F - 1K Mileage Service

Selepas 6 bulan bersama akhirnya mileage hampir cecah jugak ke 1000 km. Lepas ni memang banyak plan nak weekend ride...balik kampung ziarah orang tua

Servis kat Ee Tiong


@932KM 


Sambil tunggu melepak tu recce jugak harga semasa CBR650F dan CB650F...tu dia penangan kejatuhan nilai Ringgit dan GST...perghh nasib awal2 dah sambau 

Wednesday, August 5, 2015

Polish Blink Blink

Tak plan pun pada awalnya tapi sebab tengok ada kesan cakar kuku si meow kat bonet depan..hati pun panas jugak ler..hehe kebetulan singgah nak isi minyak dekat Petron Ayer Keroh...tergerak hati nak cuci Exora kat carwash situ..brother cuci plak offer polish dengan cuci sekali bundle harga RM150...terus proceed



video

Sometimes...It's Time To Reward Wonderkidz Again - iPad mini 2

Semua dah dapat iPad sebelum ni, iPad 2 dan iPad 3. Masa nak raya 1 iPad 3 terjatuh terus padam tak boleh on. Hantar gi repair kat i2Fix.com ingatkan boleh instant repair tapi diorang perlukan masa sebab tak dapat detect lagi punca rosak. Kalau boleh repair pun mungkin kos tu agak tinggi. Jadi terpaksalah sambau iPad lain

Memandangkan tekanan kehidupan yang semakin memuncak dengan harga bahan api yang meningkat, GST lah dan juga kejatuhan nilai Ringgit, so sambaulah yang paling murah masa ni..iPad mini 2..murah mende..mahal gak wehh


Harga dengan GST RM1,027. Bayau sendiri tau bukan dengan duit #derma hehe