Thursday, June 30, 2011

Coming Soon....



As technology progresses, so does the Navigation Software improves with it. The latest PAPAGO! X8 boasts new features and functions with a new fresh look to suit it. Features include Topography, Improved routing engines, travel guides and many more!

Godekan bakal bermula weekend ni :D tunggu....

Tuesday, June 28, 2011

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, marilah kita mengambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik sahaja Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Monday, June 27, 2011

TT Exora Owner @ Restoran Amir

Semalam dapat invitation dari bro ayiesal dalam FB ajak kawan-kawan sekitar BBBangi minum-minum dengan bro fandy@Gandhi yang kebetulan mai pasal ada kursus kat sini. So planlah jumpa kat Restoran, Amir Seksyen 9 dalam pukul 9.00pm

Antara kengkawan lain yang sempat meluangkan masa hadir adalah sifu GPS mysof & friend, cikguzek, chef meezan dan special appearance yang tak dijangka..hehe member dari melaka, K.E pun datang jugak :D ko memang best bro...

Biasalah lama tak jumpa banyaklah sembang..last kitorang TT macam ni tahun lepas..pastu masing-masing sibuk..jarang dapat jumpa, hehe kalau dah jumpa bro gandhi tipulah kalau tak tanya pasal Northern Exora Owner's Club ataupun singkatannya NEXO

Yang tak tau..ni ada synopsis nya

Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011.

So masa TT tu banyak lah gandhi kena explain pasal rumours melampau tahap cipanzi..hehe kata kalau register macam ni, jerat leher lah, kelab tak boleh survive..dan macam-macam yang negatif lah. Jawapannya...nak taip panjang..masa TT leh citer kalau yang nak tau lah :D

Setakat ni personally phase 1 secara teori aku boleh terima explanation dia sebab dia memang lead benda ni jadi dia bukan cakap takat air liur kosong jer lah :D, So 2nd phase bab implementation..nak tau kena lah jadi ahli, aku ngan K.E dah apply untuk jadi NEXO member, gandhi pun kata takde masalah, kalau dia tak betul..boleh baling bola-bola api kat dia kasik dia hangus...haha rilek lah bro..paling kuat pun kitorang bolen kan ko jer...ni kan citer komedi panas :D

Serius balik..chewah, mungkin ada yang nampak perkara macam ni boleh pecah belah, sepatutnya ada 1 jer...ni yang susah bila semua nak kena konsep 1..lebih kepada nak monopoli, ce-masuk bab agama sket plak, "1" ni sebenarnya sifat mutlak Allah S.W.T iaitu Wahdaniat, bermakna Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan dan pada perbuatan. Jadi Allah sahaja yang berhak pada sifat 1 ni

Secara peribadi aku rasa bila ada lebih, bukan pecah belah tapi lebih meriah, ce-apply pada alam rumah tangga plak..hehe kawin satu dah best tapi kalau kawin 2,3 sampai 4 bini kan lagi meriah...hahaha betui tak betui...betuilah kalau tak takkan abang SY senyum jer :D

Jadi, kita seharusnya lebih bersikap terbuka :) habis dah bab pertama..bab kedua sesi update GPS..dah kalau sifu mysof turun minum tak sah lah kalau takde sesi tuntut ilmu...selama ni punya lah payah nak ngapdet Papago X7 Reality tu pasal nak kena trial & error sampai dapat matching co-ordinate yang betul..tapi sudah ada trick baru rupanya...TQ Sifu :D..sudah kasik test kat GPS K.E semalam terus boleh run...tak sia-sia K.E turun malam tadi..aku pun tunjuklah Lokatoo A1000i aku yang baru kat sifu mysof..hehe dia tanya berapa aku beli, jangan terperanjat RM330 jer full set siap delivery kat opis :) terkezut dia..haha terus mintak aku carikan...no worry sifu, memang ada satu ni tengah nego, done deal nanti aku roger..so next TT GPS nanti chef meezan offer buat kat rumah dia..boleh memanglah boleh tapi chef kena masak best lah :D

masuk bab ketiga plak...hahaha car boot sale oleh chef meezan...menjual kapal terbang, helikopter, bot laju dan segala bagai :D murah-murah harga memang boleh kasik heart attack maaa :)

TT pun bersurai pada pukul 12.45 pagi..sebelum balik dapat jugaklah jual Emblem Handling By Lotus pada ayiesal & gandhi :D

Jumpa next TT nanti

Monday, June 20, 2011

Green Lantern 3D



Ahad lepas, ni movie ke 3 yang aku layan 3D lepas Thor & Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, punya lah susah nak booking slot 3D kat Alamanda, fully booked..jadi cuba nasib kat GSC IOI Mall..nasib baik dapat..slot pukul 4.35pm.

Synopsis: The Green Lantern Corps is a centuries old organisation sworn to protect intergalactic order, they use a power ring to project an energetic green light that turns thoughts into reality. When a new enemy called Parallax threatens the balance of power in the Universe, The Green Lantern Corps see themselves forced to recruit a human to join their warrior’s brotherhood, this new recruit will find himself with a never imagined power in his hands and a colossal responsibility, saving the Universe.

Secara keseluruhan, memang puas hati layan movie ni..

Next movie in line yang nak tengok 3D - Transformers 3, Captain America

Layanz trailer

Sunday, June 19, 2011

Sometimes...You Have To Reward Your Wife Too

After rewarding yourself again and again and again, it's time for you have to muhasabah diri and withot any doubt, it's clearly your wife turn to be rewarded..hehe ni dah tak boleh nak mengelak dah...takde alasan dah...

Masa awal-awal berumah tangga dulu, memang dah termaktub dalam perjanjian bersama...Akta Kesejahteraan Rumahtangga Mail Lambung...satu tahun satu barang kemas, yang mana nilainya mengikut keadaan kewangan, hehehe

Memang plan balik Melaka nak singgah sini...berpeluh kejap tapi kedai ni kan memang..."this is the best bro" :) harga berpatutan..

So bila dah confirm barangnya...tauke kedai ni kasik masuk kotak cantik-cantik...wife aku pun apa lagi senyum jer lah..

Maka dengan ini diisytiharkan bagi tahun 2011, konsep "rewarding yourself & wife" ditangguhkan sehingga ke tahun depan bagi memberi laluan untuk pengumpulan dana :)

Lampu ABS Menyala.....

Anti-Lock Braking System atau ABS ni merupakan antara ciri keselamatan yang ada pada Proton Exora. Fungsi ABS ni adalah untuk memastikan roda tidak di"lock" apabila kenderaan membrek secara mendadak. ABS secara umumnya memberikan kawalan kenderaan yang lebih baik serta mengurangkan jarak berhenti kenderaan tidak kira pada jalan kering atau licin

Akhirnya masa balik melaka Jumaat lepas, ada satu kereta ni overtake aku kat highway tapi tetiba dia slow...masa tu aku tengah speeding dalam 120km/j, apa lagi brek mengejut ler...terus lampu ABS menyala sepanjang perjalanan

Photobucket


Sampai jer rumah mak aku, terus bukak manual, baca instruction berkaitan ABS ni...sepatutnya lampu ABS ni akan terpadam bila kita matikan engine dan start semula..tapi ada kes jugak yang lampu ni takkan padam sekiranya Voltage kereta tak stabil atau terdapat sebarang masalah pada sistem roda kenderaan..

Kalau Voltage tak stabil, boleh cuba guna VS. Yang mana berterusan kena masalah lampu ABS tak padam walaupun dah pakai VS mungkin disebabkan sensor problem atau ABS pump rosak. Kalau dah macam tu tak payah pening-pening, bawak jer gi SC

So berbalik pada citer aku, Sabtu malam tu aku pun start engine nak pegi TT Larut Malam, alamak..lampu ABS still tak padam...dah frust giler masa tu..nampak gaya macam kena amik cuti jer minggu depan nak bawak check kat COE...tapi Alhamdulillah...lampu ABS padam bila aku dah drive dalam jarak 5km...maknanya ABS pada Exora aku telah berfungsi dengan baik sekali...hehe :)

Friday, June 17, 2011

Hati-Hati Bila Guna GPS...

Hehe bila terlampau percaya sangat pada GPS..ni lah akibatnya :)

Photobucket

Sumber: Kosmo

Thursday, June 16, 2011

TM CDMA - Staff Package Batch 2

Kali ni tiba giliran wife aku pulak dapat pakej staf untuk 2nd batch. Pakej yang yang ni cuma ditawarkan pada 8,000 pemohon yang pertama. Sekejap jer dah habis, mana taknya FREE CALL ke mana-mana talian tetap TM dan 011 TM tanpa had. Untuk panggilan ke telefon mudah alih dan talian tetap telco lain, cuma kadar rata 10 SEN seminit dikenakan

2nd batch ni punya set memang mari! model i-mobile DC1110MY, dah macam blackberry :) Specs pun lagi enhannced compare dengan set aku yang lama



Dah boleh guna



Aksesori standard, dapat charger USB ngan earphone

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan Penuh - 16 Jun 2011

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan salah satu bukti kekuasaan Allah S.W.T

Time of Lunar Eclipse over Malaysia:

16 June 2011
P1 : 01:24:37 AM
U1 : 02:22:57 AM
U2 : 03:22:29 AM
Max : 04:12:36 AM
U3 : 05:02:14 AM
U4 : 06:02.14 AM
P4 : 07:00:41 AM

Sumber: FB Malaysia Lunar Eclipse

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan mengadakan Program Gerhana Bulan Penuh di Perkarangan Luar masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) mulai pukul 1.00am hingga 7.00am. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan:
- Pencerapan Gerhana Bulan Penuh
- Pencerapan Musytari, Marikh & Zuhrah
- Kuiz
- Ceramah Gerhana dan
- Solat Sunat Gerhana Berjemaah (3.00am - 4.00am)


Sumber: www.angkasa.gov.my

Klik link untuk:
Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan
Amalan Sunat Semasa Gerhana

Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Monday, June 13, 2011

PASSPORT NABI MUHAMMAD SAW

Kenali lebih dekat maklumat diri, keluarga serta keturunan Rasulullah SAW melalui naskhah edisi khas PASSPORT NABI MUHAMMAD SAW. Didalamnya mengandungi profil/biografi, latar belakang keluarga, kelahiran, binatang peliharaan, kediaman, gambar lokasi perniagaan, tatasusila, sifat dan beberapa aktiviti Rasulullah. Harga se-unit RM29.00


Sunday, June 12, 2011

Dylan Dog: Dead of Night



Pagi tadi sempat lagi singgah GSC MidValley, kali ni layan pulak citer komedi horror yang diadaptasi dari komik popular Itali, Dylan Dog..jalan cerita pun pada aku oklah...tak membosankan..takde yang terbaru pada karakter vampire, werewolf dan zombie dalam filem ni...memang sama dalam drama Supernatural & Being Human. Tak macam dalam movie Priest, karakter vampire tu lain sket, dah macam alien pun ada, ada jugak vampire hybrid yang dikenali sebagai human vampire..hehe spesis ni kira kena cahaya matahari pun tak terbakau :)

Layanz trailer...

Saturday, June 11, 2011

X-Men: First Class



Malam tadi sempat layan midnight X-Men: First Class kat GSC Alamanda..wife aku ajak tengok movie ni...aku ok jer, ada member yang kata ok ada jugak yang kata tak..

Biasalah buat citer retro ni memang mencabar...scene banyak tahun 1940an hingga 1970an, awal-awal tu memang agak slow lah..sebab kena citer asal usul X-Men ni macam mana..part tengah sampai ending memang thumbs up! menarik sebab aku akhirnya pahamlah macam mana Xavier dan Erik mula berpecah...tapi tak sangka yang Mystique tu baik dengan Xavier dulu

Scene yang paing best bila Xavier ngan Erik jumpa Wolverine, special appearance Hugh Jackman, satu panggung gelak =)

Layanz trailer...aku suka gak lagu latar movie ni

Monday, June 6, 2011

Ninja - Service 5,000 km

Pagi ni tengok mileage dah cecah 4,870km...dah sampai masa 2nd service..kalau tak gi hari ni, confirm esok dah lebih 5,000km..so terus rempit ke Kawasaki HQ kat Glenmarie, Shah Alam, sampai dalam pukul 9.25am..hehe cuti sekolah kut..tak ramai orang, semua balik kampung..Register kat kaunter, bagi coupon untuk dapatkan free labour service..terus pomen bawak masuk motor kat service bay

Butiran dan kos keseluruhan 2nd service
Photobucket

Siap service dalam pukul 10.20am

Saturday, June 4, 2011

TT Ngeteh Larut Malam GLM Bikerz - Edisi Siang

Pagi tadi balik Melaka jap sebab nak tempah baju melayu untuk raya tahun ni..tempah ngan pak sarip, kawan baik arwah ayah aku...semalam dah call bagitau nak datang rumah dia kat Taman Mas Merah, Batu Berendam dalam pukul 10pagi..

Masa duk sembang ngan dia, tetiba dia perasan ada paku kat tayar belakang motor aku...alamak..ni sure kena kat highway tadi masa aku layan rempit lane emergency, mana taknya jem giler kat PLUS highway sebab cuti sekolah..masa masuk kat Tol Ayer Keroh pun dah berderet keta, bas, lori..sib baik aku boleh menyelit lagi



Terus rempit balik rumah mak aku dulu..singgah tengok dia + nak bagi kain buat baju raya tahun ni...lepas dah rehat jap, nak cargas balik bangi tapi sebelum tu kena cari kedai motor nak tampal bocor tu.

Call poknik, nasib baik dia ada, dia pun turun tapi hari ni kan cuti birthday Agong, patut ler banyak kedai tutup..pusing-pusing kat area Bukit Katil, jumpa satu kedai motor kat Taman Tiong Mas, masa pomen tu check, hehe dia tarik jer paku tu macam senang jer...rupanya paku tu terselit kat alur bunga tayar tu..tak bocor pun rupanya, buat aku nerbes jer tadi :)

Terus pi minum ngan poknik kat Taman Hang Tuah Jaya...



aku order Pepsi, poknik plak order teh ais...tunggu kechat tak sampai-sampai lagi..so kitorang pun nak blah, dah pakai helmet dah ni tetiba dapat sms dari kechat..dah nak sampai...hehe lepak balik kat kedai tu, kali ni aku plak minum teh ais...poknik plak order pepsi..

Dekat pukul 2 petang, TT pun bersurai..hujan dah mula turun tapi aku redah jer..sebab aku nak kena amik raket kat bangsar plak

Wednesday, June 1, 2011

Ninja @ Parking


Pagi-pagi tadi dapat MMS dari member forum ninja aka member se-company dengan aku jugak, bro mzulk29..hehe rupa-rupanya dia parking ninja greenz dia sebelah ninja aku.. terus snap gambau..kebetulan ada satu ninja 250R warna biru pun parking sebelah motor aku

Bro mzulk29 ni pun aku kenal dia masa kat Kawasaki HQ Glenmarie, tengah servis motor..aku dah cam motor dia punya plat no. so terus terjah nak berkenalan...hehe..dia pun ok, peramah..malam tadi baru jumpa dia kat Petronas Seksyen 15 BBBangi bagi seat cowling dia yang aku amikkan dari bro lowrider.