NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Wednesday, January 25, 2012

Weekend Ride CNY Holiday

Isnin lepas sempatlah ride dengan Amran ke Janda Baik sempena cuti Chinese New Year..ingatkan highway clear tapi tak..hmmm banyak gak lah keta jadi kurang sengat lah nak layan merempit...cuma santai ride jer...takder apa pun nak kejor :D

Kitorang start mendaki dekat pukul 11 pagi...target nak cari kedai makan yang best...ada lah warung dan kedai makan sepanjang jalan...tapi belum sampai seru nak berenti...sampai lah kitorang jumpa Andak's Place Jungle Cafe...highly recommended..makanan bolehla masuk category sedap dengan harga yang berpatutan..aku makan pancake, nasi ayam + teh ais tak sampai pun RM10, sama jugak ngan Amran..menu yang sama kecuali dia makan nasi kerabu...memang berbaloi



lepak sembang-sembang sampailah pukul 1 lebih...kitorang pun gerak cari masjid yang berdekatan untuk bersihkan diri dan solat Zohor



Rehat dalam 1/2 jam...kitorang terus gerak survey untuk tempat berkelah...senang nak bawak family nanti...



Dalam pukul 3.30 petang...tengok langit pun dah mula gelap..kitorang pun cargas balik..tapi tak sempat...kantoi...hujan lebat kat highway..habis basah lencun sampai Galaxy S2 aku pun padam...cuak jugak, ingatkan dah rosak..tapi bila dah kering...restart ok jer...alhamdulillah..kalau tak, ada lah alasan nak upgrade ke Galaxy Note :D

No comments:

Post a Comment