Monday, July 30, 2012

Penyemakan Harga bagi Pemasangan UniFi Optional

Penyemakan harga bagi pemasangan UniFi Optional (dahulu dikenali sebagai Non-Standard) akan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2012. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Customer Experience Program bagi mengurangkan aduan pelanggan terhadap kualiti pemasangan Non-Standard dan harga yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh UniFi Installer kepada pelanggan.

Pembaharuan ini bertujuan mewujudkan kesedaran kepada pelanggan mengenai pilihan pemasangan berbayar sekiranya pelanggan tidak mahu memilih pemasangan standard yang PERCUMA.

Pembaharuan yang diperkenalkan bagi Optional Installation yang baru merangkumi 3 kaedah yang sebelum ini mempunyai 8 kaedah serta meliputi harga baru yang lebih rendah. Selain itu, 3M surface fibre di dalam kediaman akan diperkenalkan untuk pemasangan yang lebih kemas dan teratur bagi menggantikan pemasangan hacking and concealed.





No comments:

Post a Comment