NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Friday, December 30, 2011

Powered by TM UniFi...Laju Betul!

Teringat lagi masa zaman dial-up tahun 1997 dulu...haha punyalah slow nak surfing internet...sabo jer lah...lepas tu upgrade ke streamyx 1MB masa tahun 2006 plak, pergh...masa ni memang terasa puas lah sket bila surfing..layan download mp3 kira ok lagi...tapi kalau download citer tv macam smallville, supernatural yang file 350MB nak complete mau sampai 1 hari jugak..

Hehe tapi sekarang dah takde lagi term "slow"...sebab pertengahan bulan Disember hari tu, sudah kasik pancung aku punya streamyx ganti dengan TM Unifi High Speed Broadband, subscribe pakej VIP 20 :)



Memang cara lah kontraktor ni datang pasang...sajer mau kasik bako jiran-jiran aku jer ni..hehe padahal installation kat dalam rumah..mana ada nak korek jalan pun...strategi promosi ni :)

Pemasangan mengambil masa lebih kurang 2 jam...pastikan sebelum tu sediakan plug extension untuk equipment ni



IPTV powered by TM UniFi...dipancarkan melalui TV LCD Samsung 40" Series 5, ada function allshare so boleh link dengan Samsung Galaxy S II aku. IPTV offer 4 channels - iNTER@CTIVE, FREE, PREMIUM dan Video on Demand (VOD)



Result speed test UniFi 20MB dari www.speedtest.net, hehe confirm laju giler



Jadi, tunggu apa lagi...jom subscribe TM UniFi, memang berbaloi-baloi...layari www.unifi.my untuk maklumat lanjut. TM UniFi...memang terbaik!

2 comments:

  1. kalu gune VIP5 nak upgrade ke VIP20, contract akan restart smula ke atau bersambung mengikut kite register under VIP5???

    ReplyDelete
    Replies
    1. contract akan bersambung jer masa mula2 register VIP 5 tu

      Delete