NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Friday, October 26, 2012

Cara-Cara Memperbaharui Semula Cukai Jalan Kenderaan Yang Telah Lebih 3 Tahun Luput

Last hidupkan cukai untuk Skuter VS 125 ni masa tahun 2008, bila motor dah tersadai terus terlupa nak renew, sayang jugak sebab condition skuter ni memang baik lagi, so bawak pergi repair dan alhamdulillah boleh digunakan semula.

Untuk renew semula cukai, mula-mula renew insuran terlebih dahulu, kemudian pergi ke JPJ dan mohon untuk Permit Perjalanan Sementara bagi kebenaran membawa kenderaan yang tiada cukai jalan ke JPJ untuk inspection, tak perlu pergi ke Puspakom sebenarnya


Bawa skuter ke Bahagian Penguatkuasaan Dan Pendakwaan


Tempat pemeriksaan adalah dibahagian belakang, pegawai JPJ akan memeriksa condition motor dan juga no. enjin serta no. chasis seperti dalam kad pendaftaran. 


Selesai pemeriksaan, pegawai JPJ akan mengeluarkan Surat Pengesahan Identiti Kenderaan LKM Tamat Tempoh Lebih Setahun sekiranya pemeriksaan berjaya. Jika tidak, pemilik perlu datang semula untuk pemeriksaan bagi kerosakan-kerosakan yang dinyatakan.


Dah boleh renew road tax, pergi kaunter bayar RM2 jer, alhamdulillah


Dah boleh bawak pi ronda-ronda J


3 comments:

  1. teringat skuter vs aku....dah kat mana skrg ni ek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 11 tahun 6 bulan skuter aku ni...masih sedap lagi bawak :)

      Delete
  2. hmm..aku dapat info yang sama jugak dari kakitangan JPJ. Bila la aku nak pi setel Honda C70 aku...nak jual sayang..

    ReplyDelete