Friday, April 29, 2011

Terima Kasih LHDN!!!

Esok merupakan tarikh akhir bagi pembayar cukai menghantar borang cukai taksiran 2010. Aku dah settlekan awal-awal lagi, guna e-Filing terus submit pada 19/04/2011

Photobucket

Dah jadi resam orang kita, selalu suka buat last minute termasuklah aku jugak...hehe tapi tahun ni tergerak hati nak submit awal....akibatnya.....

bila aku buka email pagi tadi...korang baca sendiri lah yer :)

Photobucket

Aku pun terkezut, terus cek A/C Bank, confirm dah masuk lebihan cukai terlebih bayar, tabik spring pada perkhidmatan LHDN yang kini semakin efektif dan efisyen, sebelum dateline lagi tu :)

Tahniah LHDN atas perkhidmatan yang cemerlang!

Fikir-Fikirkan

Sebagai peringatan pada diri aku sendiri dan juga pembaca blog ABM, sementara sihat wala'fiat ni rajin-rajinlah kita pergi solat berjemaah

Thursday, April 28, 2011

Renungan Jumaat

Kemajuan sesebuah negara adalah sangat bergantung kepada urus tadbir yang ada hubung kaitnya dengan ketepatan memilih pemimpin yang benar-benar berfungsi sebagai seorang pemimpin dan pentadbir. Kepakaran dan kemahiran serta perwatakan peribadi amatlah mempengaruhi corak kepimpinan dan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Ketepatan memilih pemimpin ini juga dapat menjamin kehidupan yang harmoni dan memastikan segala sistem kehidupan dilaksanakan dengan berkesan. Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud: “Sesiapa melantik orang yang tidak layak menjadi pemimpin, maka sesungguhnya ia telah membuang kalung Islam daripada tengkuknya”. (Riwayat Iman Ahmad)

Rasulullah SAW juga telah berpesan kepada umatnya bahawa perlu ada dikalangan umatku yang menjadi pemimpin di dalam sesebuah organisasi ataupun masyarakat demi melaksanakan amal makruf dan mencegah kemungkaran. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud RA yang bermaksud: Dan apabila ada tiga orang keluar mengembara maka salah seorang daripadanya hendaklah dilantik menjadi ketua. Ini bertujuan jika berlaku perselisihan pendapat dikalangan mereka, maka satu keputusan dapat dibuat melalui perlantikan seorang ketua. Seorang ulama terkenal Dr Abdul Aziz Izat al-khayyat di dalam kitabnya an-Nuzum as-Siyasi fi al-Islam menyatakan: Adalah menjadi keperluan asas bagi sesebuah masyarakat untuk mewujudkan pemerintah yang menjaga hal ehwalnya serta mentadbir urusan kehidupan anggotanya. Jika tidak wujud kuasa yang membelanya nescaya kehidupan manusia akan menjadi kucar-kacir dengan yang kuat menelan dan menguasai yang lemah dan tak berdaya. Budaya ini berdasarkan tabiat semula jadi manusia yang sentiasa cenderung kepada permusuhan dan melakukan kezaliman. Oleh yang demikian, seluruh umat manusia sejak dari zaman dulu lagi telah sepakat tentang perlunya wujud golongan yang menjalankan tugas pemerintahan dari kalangan mereka, tanpa mengira apa gelarannya.

Mempimpin sesebuah negara adalah suatu taklif bukannya tasyrif yang diberikan oleh Allah SWT. Mereka yang diberi taklif dan tanggungjawab serta amanah ini perlu tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72, Bermaksud:“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan ( pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”

Al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al- Sultaniyyah menyatakan: Pemerintahan adalah satu amanah dan disyariatkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam. Ijmak ulama menetapkan bahawa melantik pemerintah yang mampu melaksanakan tanggungjawab pemerintah dikalangan umat Islam hukumnya adalah wajib. Begitu juga pandangan Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya al-Siyasah al-Syarieyyah dengan mengatakan bahawa: Perlu diketahui tanggungjawab memerintah adalah sebahagian daripada kewajipan agama yang paling besar, malah agama tidak dapat ditegakkan tanpa pemerintah. Ini adalah kerana manusia perlu berkumpul dalam memenuhi keperluan hidup mereka dan perkumpulan itu memerlukan adanya ketua.

Menurut al-Mawardi lagi bahawa: Sesungguhnya pemimpin yang kehendaki ialah mereka yang tinggi budi pekerti dan akhlak yang merangkumi ciri takwa dan warak, mereka ini seorang yang sentiasa bercakap benar, amanah, bersih diri dari perkara haram dan meragukan, sentiasa tenang dalam keadaan biasa dan marah, kualiti maruahnya dihayati dalam semua urusan agama dan dunia. Sehubungan dengan itu, Islam amat menekankan kepimpinan yang berintergriti, cemerlang, berkualiti dan terbukti unggulnya. Kepimpinan itu semestinya didokong oleh keimanan kepada Allah SWT, cinta dan menghayati sunnah Rasulullah SAW serta berakhlak mulia di mana ianya mampu mengadakan hubungan yang baik dan harmoni dengan semua peringkat masyarakat. Ciri-ciri kepimpinan ini akan memberi kesan kepada masyarakat, mereka akan menghormati dan menyanjungi corak kepimpinan yang diberikan. Kita dapat melihat kepimpinan Khalifah Umar al- Khattab RA yang boleh dijadikan contoh kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyatnya atas perhatian dan tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat.

Tuesday, April 26, 2011

Launchpad Basic 2011

Launchpad Basic 2011 merupakan lite version Launchpad Special Edition 2011 khas buat penggodek GPS amatur yang juga pengunjung setia blog ABM. Boleh dimuat turun tanpa password

Launchpad ini mempunyai 3 menu / layout - GPS, Games & Application

Klik sahaja icon-icon tersebut untuk pergi ke menu / layout tersebut

Menu GPS. 8 Pre-installed icon untuk Navigation Software (tidak termasuk Navigation Software)
Photobucket

Menu Games. 10 Pre-installed Games
Photobucket

Menu Application. 10 Pre-installed application
Photobucket

Download Launchpad Basic suitable for Win Ce 5.0 User / Win Ce 6.0 User

Monday, April 25, 2011

[WTS] Micro Fiber Towel For Waterless Car Wash

Buat pengguna Waterless Car Wash, pasti ingin mendapatkan Micro Fiber Towel yang sesuai bagi mendapatkan kesan kilatan yang maksimum

Kini, telah ada 2 jenis Micro Fiber Towel yang sesuai digunakan

Type A


Type B


Harga seunit adalah RM8 bagi COD

Boleh dapatkan stok dari aku untuk kawasan di Bandar Baru Bangi & Jalan Pantai Baharu, KL dan daripada Kechat bagi kawasan sekitar Melaka