Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Dengan ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah kita dan semoga amalan kita ini diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda dan diberkati oleh Allah, insya-Allah

Captain America: The First Avenger 3D



Dekat 2 minggu dah plan nak outing dengan ipar duai, kalau boleh nak ajak semua sekali tapi yang confirm boleh join cuma mak lang wonder kids :D hehe, so proceed jugaklah sebab esok dah start nak puasa...kebetulan bakal paksu pada maksu wonder kids tengah cuti sem, kitorang pun ajak lah sekali join sekaki...boleh kenal-kenal :D

First time nak try buat e-payment, kira sebat jer lah tak kisah kalau tak dapat 50% diskaun tu..tapi rupanya sistem e-payment GSC ni memang ada special tagging untuk GSC EON Credit Card holder, dapat 2 type discount, 1st yang beli more than 1 ticket, satu lagi yang 50%, so yang confirm cuma aku, wife, mak lang & bakal paksu

GSC charge RM74 lepas dapat diskaun RM4, sms dari EON bank pun menyusul notify actual charges

Pagi tadi masa nak pi, adik ipar aku aka mak lang bagitau hubby dia aka pak lang nak follow sebab mc...hehe cantekkk rehat kat rumah pun boring baik rehat sekali ngan kitorang, so dengan pantaz buat e-payment, nasib baik seat sebelah tu kosong lagik :D

Memang berbaloi guna GSC EON Credit Card ni, Bonus Value lepas redeem 5 tiket tadi still ada balance RM45.25

Layanz trailer

Friday, July 29, 2011

Renungan Jumaat

Islam mensyariatkan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara hidup secara berhemah. Berhemah bermaksud mengutamakan keperluan yang paling penting dalam kehidupan (al-Aulawiyyat) berbanding dengan perkara yang bersifat kemewahan. Membudayakan amalan hidup berhemah dengan mengutamakan perkara yang benar-benar perlu dan mustahak adalah asas kesejahteraan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam hal ini Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ada mengatakan bahawa: sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.

Perlu difahami gaya hidup berhemah berkait rapat dengan sifat berjimat cermat dan tidak membazir. Islam melarang dan menegah umatnya daripada membazir kerana ianya perbuatan keji. Islam menyifatkan pembelanjaan boros dan pembaziran adalah perbuatan keji kerana ia memberi faedah kepada segelintir masyarakat dan menjauhkan lagi jurang golongan kaya dan miskin. Jika dasar berhemah ini di ambil kira, maka hak-hak serta kebajikan orang-orang fakir dan miskin dapat ditunaikan sepanjang masa. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan amat suka kepada orang yang boros dan bebelanja mengikut kehendak nafsu. Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27, Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA mentafsirkan ayat ini, bahawa pembaziran itu bermaksud perbelanjaan atau mengunakan harta benda bukan pada tempatnya yang sebenar. Begitu juga dengan pandangan Imam Syafie bahawa pembaziran itu ialah membelanjakan harta benda bukan pada jalannya.

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya:
Pertama: Pembaziran ilmu pengetahuan jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan, kedua: Pembaziran amalan jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas, ketiga: Pembaziran kekayaan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT, keempat: Pembaziran hati jika kosong dari kasih kepada Allah SWT, kelima: Pembaziran tubuh badan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT, keenam: Pembaziran cinta jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya, ketujuh: Pembaziran masa jika tidak diurus dengan sebaiknya, kelapan: Pembaziran akal jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan kesembilan: Pembaziran zikir sekiranya tidak memberi kesan kepada hati .

Rasulullah SAW sendiri hidup dalam keadaan yang amat sederhana, walaupun bukit dan gunung-ganang yang ada di sekitarnya pernah di tawarkan agar ia dijadikan emas dan perak, akan tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan tetap memilih cara hidup yang sederhana. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW tidur di atas tikar dan bangun selepas itu dalam keadaannya badannya berbekas. Lalu dibawa kepadanya oleh sahabat hamparan yang lembut, Rasulullah SAW bersabda: Apakah kedudukan aku di dunia ini? Tidakkah aku di dunia ini melainkan seumpama seorang pengembara yang berteduh di bawah pokok kemudian berlalu meninggalkannya. Diriwayatkan juga bahawa dapur Rasulullah SAW hampir enam puluh hari tidak berasap, Baginda dan isteri-isteri hanya menjamah buah tamar dan air. Bukan kerana tidak mampu akan tetapi Rasulullah SAW suka untuk hidup dalam keadaan sederhana dan tidak melakukan pembaziran serta berbelanja mengikut hawa nafsu.

Dalam penjimatan penggunaan sumber tenaga, Rasulullah SAW menyeru umat Islam supaya tidak membazir dalam pengambilan wudu’ atau air sembahyang. Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqqas RA ketika beliau berwudu’, Mafhumnya: Daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘As bahawa Rasulullah SAW lalu berdekatan Saad yang sedang berwudhuk. Sabda Baginda: Pembaziran jenis apakah ini, wahai Saad? Maka Saad berkata: Dalam wuduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW menjawab: Ya, walaupun kamu berwuduk dalam sungai yang sedang mengalir . (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Kita harus ingat bahawa harta yang dimiliki sebenarnya adalah hak milik Allah SWT, kita hanya sebagai penerima amanah yang pasti akan ditanya dari mana harta yang kita perolehi dan kemana kita membelanjakan harta tersebut. Bagaimanapun dalam dasar hidup berhemah ini kita juga hendaklah menjauhi sifat bakhil dan kedekut. Dengan mengamalkan sifat bakhil dan kedekut ini melambangkan bahawa kita tidak bersyukur kepada Allah SWT dan tidak menunaikan tanggungjawab serta amanah Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqaan ayat 67, Maksudnya: "Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana ".

Wednesday, July 20, 2011

Garmin UnLocker Alternative v6.03

Released on 03.07.2011. Download Garmin Unlocker Alternative v6.03.rar

Refer HERE for User Guideline, steps still the same with previous version

So what are you waiting for?? Unlock your MAP now! :D

Monday, July 18, 2011

Ceramah Perdana @ Dewan Seminar, Tingkat 50, Menara TM

Hari ni, 18/07/2011 bersamaan 16 Syaaban 1432, BAKIT dengan kerjasama Tiaranita dan Surau Menara TM telah menganjurkan Ceramah Perdana dengan tajuk yang dibicarakan adalah "Memburu Keberkatan Rezeki"

Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Beliau merupakan seorang Pensyarah dan Penasihat Syariah yang dikenali ramai. Boleh layari FanPage FB beliau disini Zaharuddin.net

Ceramah bermula pada pukul 12.30 tengah hari dan berakhir dengan sesi soal jawab pada pukul 2 petang

Muat Turun rakaman ceramah oleh Ustaz Zaharuddin Part 1 & Part 2. Semoga kita mendapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan. Wallahua'lam