Islam mensyariatkan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara hidup secara berhemah. Berhemah bermaksud mengutamakan keperluan yang paling penting dalam kehidupan (al-Aulawiyyat) berbanding dengan perkara yang bersifat kemewahan. Membudayakan amalan hidup berhemah dengan mengutamakan perkara yang benar-benar perlu dan mustahak adalah asas kesejahteraan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.
Dalam hal ini Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ada mengatakan bahawa: sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.
Perlu difahami gaya hidup berhemah berkait rapat dengan sifat berjimat cermat dan tidak membazir. Islam melarang dan menegah umatnya daripada membazir kerana ianya perbuatan keji. Islam menyifatkan pembelanjaan boros dan pembaziran adalah perbuatan keji kerana ia memberi faedah kepada segelintir masyarakat dan menjauhkan lagi jurang golongan kaya dan miskin. Jika dasar berhemah ini di ambil kira, maka hak-hak serta kebajikan orang-orang fakir dan miskin dapat ditunaikan sepanjang masa. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan amat suka kepada orang yang boros dan bebelanja mengikut kehendak nafsu. Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27, Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.
Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA mentafsirkan ayat ini, bahawa pembaziran itu bermaksud perbelanjaan atau mengunakan harta benda bukan pada tempatnya yang sebenar. Begitu juga dengan pandangan Imam Syafie bahawa pembaziran itu ialah membelanjakan harta benda bukan pada jalannya.
Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya:
Pertama: Pembaziran ilmu pengetahuan jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan, kedua: Pembaziran amalan jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas, ketiga: Pembaziran kekayaan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT, keempat: Pembaziran hati jika kosong dari kasih kepada Allah SWT, kelima: Pembaziran tubuh badan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT, keenam: Pembaziran cinta jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya, ketujuh: Pembaziran masa jika tidak diurus dengan sebaiknya, kelapan: Pembaziran akal jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan kesembilan: Pembaziran zikir sekiranya tidak memberi kesan kepada hati .
Rasulullah SAW sendiri hidup dalam keadaan yang amat sederhana, walaupun bukit dan gunung-ganang yang ada di sekitarnya pernah di tawarkan agar ia dijadikan emas dan perak, akan tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan tetap memilih cara hidup yang sederhana. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW tidur di atas tikar dan bangun selepas itu dalam keadaannya badannya berbekas. Lalu dibawa kepadanya oleh sahabat hamparan yang lembut, Rasulullah SAW bersabda: Apakah kedudukan aku di dunia ini? Tidakkah aku di dunia ini melainkan seumpama seorang pengembara yang berteduh di bawah pokok kemudian berlalu meninggalkannya. Diriwayatkan juga bahawa dapur Rasulullah SAW hampir enam puluh hari tidak berasap, Baginda dan isteri-isteri hanya menjamah buah tamar dan air. Bukan kerana tidak mampu akan tetapi Rasulullah SAW suka untuk hidup dalam keadaan sederhana dan tidak melakukan pembaziran serta berbelanja mengikut hawa nafsu.
Dalam penjimatan penggunaan sumber tenaga, Rasulullah SAW menyeru umat Islam supaya tidak membazir dalam pengambilan wudu’ atau air sembahyang. Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqqas RA ketika beliau berwudu’, Mafhumnya: Daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘As bahawa Rasulullah SAW lalu berdekatan Saad yang sedang berwudhuk. Sabda Baginda: Pembaziran jenis apakah ini, wahai Saad? Maka Saad berkata: Dalam wuduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW menjawab: Ya, walaupun kamu berwuduk dalam sungai yang sedang mengalir . (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Kita harus ingat bahawa harta yang dimiliki sebenarnya adalah hak milik Allah SWT, kita hanya sebagai penerima amanah yang pasti akan ditanya dari mana harta yang kita perolehi dan kemana kita membelanjakan harta tersebut. Bagaimanapun dalam dasar hidup berhemah ini kita juga hendaklah menjauhi sifat bakhil dan kedekut. Dengan mengamalkan sifat bakhil dan kedekut ini melambangkan bahawa kita tidak bersyukur kepada Allah SWT dan tidak menunaikan tanggungjawab serta amanah Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqaan ayat 67, Maksudnya: "Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana ".
Friday, July 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
About Me
(58)
Double Din
(9)
Galaxy Camera
(1)
Galaxy Gear
(4)
Galaxy S II
(11)
Galaxy S III
(9)
Galaxy S4
(2)
Galaxy S5
(2)
Galaxy S6 edge
(1)
Gear Fit2
(1)
Geng Exora
(13)
GPS Launchpad
(39)
GPS Map Updates
(27)
GPS Software
(59)
GPS Upgrade Service
(139)
Jersi Terbaik
(3)
Layan Movie
(15)
Live Streaming
(3)
Lokatoo HD
(95)
Micro Fiber Towel
(1)
My CBR
(4)
My Exora
(38)
My Ninja
(42)
My Savvy
(10)
NEXO
(62)
Online Upgrade
(36)
Others
(46)
Ramadhan
(3)
Sometimes...
(18)
Tazkirah
(60)
TM UniFi
(5)
Waterless Car Wash
(5)
WTS
(2)
No comments:
Post a Comment