Sunday, December 12, 2010

GPS Papago! Pertama Dengan HD

Sumber: Kosmo!

Photobucket

KUALA LUMPUR - M3Asia Sdn. Bhd. (M3Asia) kini memperkenalkan alat penentu kedudukan global (GPS) Papago! terbaru, H5600, yang dilengkapi dengan paparan skrin berdefinisi tinggi (HD).

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan M3Asia, Lester Neil Francis, H5600 merupakan model GPS Papago!, yang dihasilkan oleh Maction Technologies Inc., yang paling nipis dan yang pertama mempunyai paparan HD.

M3Asia, yang merupakan subsidiari M3 Technologies Bhd., merupakan pengedar tunggal sah peranti GPS Papago! di Malaysia.

"Dikuasai dengan perisian navigasi terbaru Papago! - Reality 7, peranti ini menawarkan paparan yang realistik dan jelas, di samping paparan tiga dimensi (3D) bangunan dan tugu yang ada di kawasan bandar utama.

"Selain itu, ia dimuatkan dengan peta di lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia," katanya ketika ditemui di Ekspo Gaya Hidup Digital 2010 di sini baru-baru ini.

6 comments:

  1. Agaknya sekarang ni dah murah harganya kot

    ReplyDelete
  2. selalu set papago ni boleh dapat antara RM700 ke RM800..tapi kalau kaki godek GPS, baik sambau lokatoo...macam2 navi boleh masuk :)

    ReplyDelete
  3. itu sudah semestinya dah terbukti dgn bantuan bro jimon pasti bertambah lazat menggunakannya...:)

    ReplyDelete
  4. bro baru balik dari meeting ke tghari baru online
    hiuhihihi

    ReplyDelete
  5. hehehe...aku cuti hari ni, tapi banyak agenda personal nak settlekan, tu yang lambat online

    ReplyDelete
  6. patutler kurang online semalam...hihihi

    ReplyDelete