Nasib baik bro Dzul R3 dah buat, semalam masa menyinggah tengok Rayman pasang fog lamp, dapatlah tengok hasil kerja kedai aksesori ni pada Exo bro dzul, memang kemas dan berkualiti.
Full leather steering, Dzul memilih warna kelabu untuk match dengan warna interior. Ada macam-macam warna pilihan, jadi boleh pilih ikut citarasa sendiri :)

Sama jugak warna pada gear knob

Lepas dapat info dari bro Dzul, petang semalam aku turun terus cari lokasi yang tepat dan sempat jumpa tokey kedai aksesori ni
Business Card Hup Hock Motor Accessories & Service Centre Sdn Bhd, kedai ni terletak dekat Jalan Klang Lama, betul betul tepi main road


Harga pakej untuk balut steering dan gear knob RM280.00. Tempoh pemasangan antara 3-4 jam
Ni aku sertakan koordinat,senang kalau sesape nak pergi
PaPaGO
E: 101" 40' 35"
N: 3" 5' 57"
Garmin
N: 03" 05.961'
E: 101" 40.584'
Next month Insya Allah aku turun pasang, So, ada bran nak join buat :)
menarik jugak kalau dah pasang leather
ReplyDeleteteringin nak wat jgk nih...
ReplyDeleteutk exora MC kena balut hitam benang merah... perghh mengancam
ReplyDeleteuntuk exora 1st batch, aku rasa cun kalau masuk leather yang kelabu gelap, yang exo mc memang aku setuju sangat dengan akuamy, sebab interior mc model memang gelap, benang tu ikut ler warna exo masing-masing, hehe
ReplyDeleteKedai mn y balut leather tu?bisnes kad atas ke bwh?klu dr kl,kdai y sebelah kiri selepas balai polis brickfield tu ke?
ReplyDeleteikut jer kordinat
Delete