Saturday, October 2, 2010

Linkin Park - The Catalyst

Aku mula minat dengan lagu-lagu Linkin Park masa pergi kursus MTP (Management Trainee Programme) dekat Marang, Trengganu. Masa tu lagu-lagu LP macam "One Step Closer" dan "Crawling" memang tengah hit. Aku dengan Fariz, member sebilik dan juga se-universiti aku yang memang layan habis memekak dengan lagu-lagu ni sampai member2 kursus yang lain sound takde lagu lain ke nak dengar :) hehe.

Pada aku LP ni rock band yang unik dan kreatif, setiap album pasti ada kelainan dan yang penting lirik yang terkandung dalam lagu-lagu diorang takde unsur-unsur lucah.

Album baru LP, A Thousand Suns dah release 14 September 2010 lepas tapi aku tak berkesempatan nak beli lagi, mungkin hari ni singgah kejap dekat Alamanda lepas bawak Nurhan mandi-mandi kat Pedas Waterpark.

Jom layan video lagu hit terbaru - The Catalyst

No comments:

Post a Comment