Thursday, October 21, 2010

Renungan Jumaat

Kata-Kata Hikmah (Sambungan)

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain

12. Sahabat meriwayatkan - Aku melihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim. Jarang sekali baginda makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk setiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith - Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil apabila kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu

19. Nabi tidak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & memudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana

No comments:

Post a Comment