NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Thursday, April 21, 2011

Ninja - Rectify Oil Leaking

Sejak dapat motor aku dah noticed ada minyak hitam leaking, tu pun perasan masa basuh lantai rumah. Masa service 1,000km dekat Kapar Motors pun aku dah mintak pomen tu settlekan..tapi tahan takat 2 hari jer, lepas tu leaking balik. So aku refer kat forum Ninja 250R Malaysia, member-member yang pernah kena recommend aku terus pergi ke Kawasaki HQ yang terletak di Hicom Glenmarie

Pagi tadi lepas hantar wife gi keje, aku terus merempit ke Shah Alam, sampai dalam pukul 9.45am, terus register kat customer service counter. Nasib baik tak banyak motor hari ni..terus mekanik bawak masuk kat service bay

Masa kat situ, dapat lah sorang member baru, bro fadli, datang pun nak rectify problem motor, tapi dia ni layan scrambler KLX 150S

Sementara menunggu tu kitorang pergi lah minum kat gerai mamak seberang jalan..hehe jauh jugak lah nak kena menapak. Habis minum pun tak siap lagi...kitorang sambung lepak dalam waiting room, masyuk gak..ada LCD TV dengan Star Movies, nak minum air kosong boleh..nak buat nescafe pun boleh...self service ler :)

Dalam pukul 12 tengah hari, motor bro fadli pun siap..tapi dia still lepak ngan aku..tunggu motor aku siap. Dalam pukul 12.30pm, mekanik tu bagitau yang dia dah gantikan gasket baru...kalau ada masalah lagi terus jer bawak semula

Untuk rujukan riders Kawasaki, ni alamat penuh Kawasaki HQ dan contact number

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.
No.12, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1,
Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5566 5688
Fax : 03-5566 5655


Ni aku sertakan koordinat jugak bagi yang guna GPS

PaPaGO
E: 101" 33' 36.4"
N: 3" 5' 27.0"

2 comments:

  1. Bukan kereta baru aje ada masaalah motor pun ada. Semuanya base on nasib. Motor rempit hurricane saya pun baru repair. Sekarang boleh lari 120km/h.
    hi..hi..hi..

    ReplyDelete
  2. Betul tu bro, biasalah ada defect sket-sket, janji boleh rectify :) hehe wave saya pun maximum boleh lari 120km/h

    ReplyDelete