Tuesday, April 5, 2011

Perbanyakkan Membaca Al-Quran

HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W)

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, 'Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang-kekejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan seharian, ia stroke...Teruskan membaca & mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

2 comments:

  1. Alquran adalah mukjizat terbesar yang masih kekal hingga hari ini. Malangnya kebanyakan kita akan selaknya hanya pada masa kematian, malam jumaat dan juga bulan ramadhan saja. Tapi bila beli novel kita sanggup baca selak tiap ketika untuk habiskannya. Quran itu hidup dan perlu dihidupkan dalam diri kita bila saja masa terluang. Kalau boleh berhabis duit beli novel apa salahnya simpan tafsir dan terjemahan quran. Nasihat buat diri ini dan member blog ini, amalkan baca 10 ayat berserta terjemahan dan tafisr setiap hari. InsyaAllah dalam tempuh setahun kita dapat khatam quran berserta tafsir dan terjemahannya.

    Izinkan saya simpan tazkirah yang menarik ini untuk dipanjangkan kepada saudara kita yang lain, InysaAllah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Afni atas nasihat tuan, memang tujuan posting ni untuk kita kongsi dan sambil mengingatkan antara satu sama lain

    ReplyDelete