NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Monday, June 27, 2011

TT Exora Owner @ Restoran Amir

Semalam dapat invitation dari bro ayiesal dalam FB ajak kawan-kawan sekitar BBBangi minum-minum dengan bro fandy@Gandhi yang kebetulan mai pasal ada kursus kat sini. So planlah jumpa kat Restoran, Amir Seksyen 9 dalam pukul 9.00pm

Antara kengkawan lain yang sempat meluangkan masa hadir adalah sifu GPS mysof & friend, cikguzek, chef meezan dan special appearance yang tak dijangka..hehe member dari melaka, K.E pun datang jugak :D ko memang best bro...

Biasalah lama tak jumpa banyaklah sembang..last kitorang TT macam ni tahun lepas..pastu masing-masing sibuk..jarang dapat jumpa, hehe kalau dah jumpa bro gandhi tipulah kalau tak tanya pasal Northern Exora Owner's Club ataupun singkatannya NEXO

Yang tak tau..ni ada synopsis nya

Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011.

So masa TT tu banyak lah gandhi kena explain pasal rumours melampau tahap cipanzi..hehe kata kalau register macam ni, jerat leher lah, kelab tak boleh survive..dan macam-macam yang negatif lah. Jawapannya...nak taip panjang..masa TT leh citer kalau yang nak tau lah :D

Setakat ni personally phase 1 secara teori aku boleh terima explanation dia sebab dia memang lead benda ni jadi dia bukan cakap takat air liur kosong jer lah :D, So 2nd phase bab implementation..nak tau kena lah jadi ahli, aku ngan K.E dah apply untuk jadi NEXO member, gandhi pun kata takde masalah, kalau dia tak betul..boleh baling bola-bola api kat dia kasik dia hangus...haha rilek lah bro..paling kuat pun kitorang bolen kan ko jer...ni kan citer komedi panas :D

Serius balik..chewah, mungkin ada yang nampak perkara macam ni boleh pecah belah, sepatutnya ada 1 jer...ni yang susah bila semua nak kena konsep 1..lebih kepada nak monopoli, ce-masuk bab agama sket plak, "1" ni sebenarnya sifat mutlak Allah S.W.T iaitu Wahdaniat, bermakna Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan dan pada perbuatan. Jadi Allah sahaja yang berhak pada sifat 1 ni

Secara peribadi aku rasa bila ada lebih, bukan pecah belah tapi lebih meriah, ce-apply pada alam rumah tangga plak..hehe kawin satu dah best tapi kalau kawin 2,3 sampai 4 bini kan lagi meriah...hahaha betui tak betui...betuilah kalau tak takkan abang SY senyum jer :D

Jadi, kita seharusnya lebih bersikap terbuka :) habis dah bab pertama..bab kedua sesi update GPS..dah kalau sifu mysof turun minum tak sah lah kalau takde sesi tuntut ilmu...selama ni punya lah payah nak ngapdet Papago X7 Reality tu pasal nak kena trial & error sampai dapat matching co-ordinate yang betul..tapi sudah ada trick baru rupanya...TQ Sifu :D..sudah kasik test kat GPS K.E semalam terus boleh run...tak sia-sia K.E turun malam tadi..aku pun tunjuklah Lokatoo A1000i aku yang baru kat sifu mysof..hehe dia tanya berapa aku beli, jangan terperanjat RM330 jer full set siap delivery kat opis :) terkezut dia..haha terus mintak aku carikan...no worry sifu, memang ada satu ni tengah nego, done deal nanti aku roger..so next TT GPS nanti chef meezan offer buat kat rumah dia..boleh memanglah boleh tapi chef kena masak best lah :D

masuk bab ketiga plak...hahaha car boot sale oleh chef meezan...menjual kapal terbang, helikopter, bot laju dan segala bagai :D murah-murah harga memang boleh kasik heart attack maaa :)

TT pun bersurai pada pukul 12.45 pagi..sebelum balik dapat jugaklah jual Emblem Handling By Lotus pada ayiesal & gandhi :D

Jumpa next TT nanti

15 comments:

  1. Terbaeeekkkkk...

    Jangan plak pertemuan sebagai sahabat ni disalah ertikan plak. Susahlah kalau nak jumpe member pon kene dipantau...

    ReplyDelete
  2. Terima kaseyyy invite kitorang kat BBBangi ni datang TT malam tu, next time boleh repeat..minggu depan insya-Allah team aku ada friendly match badminton ngan cikguzek..kalau ko free turun ler..leh jadi umpire :D

    ReplyDelete
  3. Canteekkkk... kat mana main? Bile? Jangan hari Rabu udah, aku pon main juge kat Bangi nih. Kalau nak aku main sama, baitau ler... :D

    ReplyDelete
  4. kat MPH Menara TM, main hari khamis mula pukul 10pm...hahaha ko datang jer lah..

    ReplyDelete
  5. aisey......baru minggu lepas dok kursus di bangi gak....tp selisih je dgn gandhi....sy balik dia smpi....apapun...NeXo is on track. We believe we can fly :)

    ReplyDelete
  6. bro mfazy121, next time turun bangi boleh roger2, kita minum sama :) nanti aku boleh panggil mai kawan2 lain turun

    ReplyDelete
  7. insyaAllah.....mmg akan turun lg....kursus memanjang ....haha

    ReplyDelete
  8. jimon kenapa tak invite aku sekali....hehehe aku pernah jumpa ghandi sekali jer masa aku pergi Bandar Darul Aman.

    Sempat ler minum dan sembang kosong..

    ReplyDelete
  9. alamak bro mdshaari, mintak maaf bebanyak..aku bebetul terlupa, tak teringat ko pun pernah turun sini lepak minum ngan aku...sorry arr bro :) ok..sudah masukkan no. hp ko dalam list..next ada TT GPS nanti kalau free datang arr..aku sure panggil ko..Papago X8 in the making :)

    ReplyDelete
  10. Main kat kelumpo... ngeeeee... Cuti sekolah buleh la kot :D

    Bile tt gps? bile? Aku nak x8 :D:D

    ReplyDelete
  11. abam Sazly, Kelumpo dekat jer...nanti ko konvoi ler ngan cikguzek :) ko mana busy dah...ko kan dah menganggur...hehe

    tadi on the way pi opis, bro mdshaari call ajak minum2 sat kat nabila corner..hehe dapatlah aku tebus belanja dia pasal terlupa nak ajak dia datang TT ngan gandhi hari tu..akuamy pun free join sekali kitorang, siap bawak anak2, mmg baba mithali :) Next time kita minum lagi arrr

    ReplyDelete
  12. terima kasih bro jimon sebab sudi belanja aku minum, bertuah ler asyik bro jimon je tolong bayar minuman aku...sesekali segan gak aku di buatnya.

    Lama tak beborak sampaikan lebih dari dua jam borak...hehehe

    ReplyDelete
  13. hehehe welcome bro, takder hal lah, next time kita sembang lagi :D

    ReplyDelete
  14. Sory la kena gerak awal biasa la family first lain kali kalo ada tt roger2 je la hehehe

    ReplyDelete
  15. takder hal akuamy...selalu minum2 ngan mdshaari macam tu...terkezut kezut dia roger aku...hehe

    ReplyDelete