Sunday, June 19, 2011

Lampu ABS Menyala.....

Anti-Lock Braking System atau ABS ni merupakan antara ciri keselamatan yang ada pada Proton Exora. Fungsi ABS ni adalah untuk memastikan roda tidak di"lock" apabila kenderaan membrek secara mendadak. ABS secara umumnya memberikan kawalan kenderaan yang lebih baik serta mengurangkan jarak berhenti kenderaan tidak kira pada jalan kering atau licin

Akhirnya masa balik melaka Jumaat lepas, ada satu kereta ni overtake aku kat highway tapi tetiba dia slow...masa tu aku tengah speeding dalam 120km/j, apa lagi brek mengejut ler...terus lampu ABS menyala sepanjang perjalanan

Photobucket


Sampai jer rumah mak aku, terus bukak manual, baca instruction berkaitan ABS ni...sepatutnya lampu ABS ni akan terpadam bila kita matikan engine dan start semula..tapi ada kes jugak yang lampu ni takkan padam sekiranya Voltage kereta tak stabil atau terdapat sebarang masalah pada sistem roda kenderaan..

Kalau Voltage tak stabil, boleh cuba guna VS. Yang mana berterusan kena masalah lampu ABS tak padam walaupun dah pakai VS mungkin disebabkan sensor problem atau ABS pump rosak. Kalau dah macam tu tak payah pening-pening, bawak jer gi SC

So berbalik pada citer aku, Sabtu malam tu aku pun start engine nak pegi TT Larut Malam, alamak..lampu ABS still tak padam...dah frust giler masa tu..nampak gaya macam kena amik cuti jer minggu depan nak bawak check kat COE...tapi Alhamdulillah...lampu ABS padam bila aku dah drive dalam jarak 5km...maknanya ABS pada Exora aku telah berfungsi dengan baik sekali...hehe :)

5 comments:

  1. Dulu lampu ABS aku kejap nyala kejap hilang. Kemuadian dia jadi permanent nyala sahaja. Masa tukar tayar 1 1/2 bulan yang lepas, terus hilang lampu ABS tu. tapi lepas 2 minggu, dia nyala balik sampai sekarang. AKu tak bawak ke proton pun lagi. Malas betul nak ke COE tu!

    ReplyDelete
  2. Kalau dalam manual..kestabilan roda pun mainkan peranan pada fungsi sstem ABS ni..so logik macam dalam tempoh 2 minggu tu wheel ko ok..tapi lepas tu cam tak ok plak...dah try pakai VS bro? VS apa2 pun boleh...

    aku pun malas sebenarnya nak gi COE..confirm kena amik 1 hari cuti nye

    ReplyDelete
  3. Dah tanya org kat service center, exora paling banyak masalah adalah abs pam dan sensor selalu rosak .i punya exora 2 tahun rosak abs pam, dah claim skrg baru lepas warranty rosak lagi. rm1200 cost

    ReplyDelete