NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Wednesday, September 28, 2011

Ride Santai 3 Bukit - Bukit Tinggi > Genting Highlands > Bukit Fraser

Poknik memang kaw-kaw punya racun aku ajak join Ride Santai geng ninja ni...hehe masa version 1.0 bulan 4 lepas, aku tak join sebab confidence level masa tu rendah lagi pasal baru dapat motor...jiwa belum sebati :D So untuk version 2.0 yang diadakan pada Sabtu (24/09/2011) lepas, aku dah reservekan masa untuk join geng ninja berkonvoi...masa macam ni lah dapat kenal secara live member-member yang aku duk sembang kat forum.

Seawal pukul 7 pagi, member-member sekitar kajang-bangi berkumpul dulu kat Exit-Toll Kajang sebelum gerak ke RV BHP Gombak



Sampai kat BHP Gombak dalam pukul 7.50 pagi, ramai jugak yang dah sampai...dapatlah sembang-sembang & kenal-kenal dengan member-member yang join ride kali ni





Dah tiba masanya untuk tayar golek...sebelum tu bro hakim (organizer), along (sweeper) dan atok amy (marshall) bagi briefing dulu berkaitan ride dan konvoi. Lepas briefing, bacaan doa selamat oleh Abang Mat bagi memohon agar ride berjalan lancar



Xpedisi pun bermula...sempat lagi amik gambau kenangan sebelum tayar golek..




Sampai dah Bukit yang pertama....Bukit Tinggi..




Masa nak turun, bro shamsul aka alcapone down kat selekoh...Alhamdulillah rider ok cuma motor rosak dan calar...




Konvoi diteruskan ke Bukit ke-2....Genting Highlands. Masa mendaki...bro along dari geng Datis pulak down...rider mengalami kecedearaan kat pangkal peha...tapi masih semangat nak teruskan ride



Sampai dah...sesi amik gambau selama 15 minit




Sempat lagi online FB, masuk blog dan whatapps dengan wife dan geng NEXO...hehe



Singgah kat Gohtong untuk sesi santai minum-minum dulu. Sebelum menyambung xpedisi ke bukit seterusnya, marshall sekali lagi memberikan penerangan berkaitan aspek keselamatan memandangkan jalan ke Bukit Fraser agak mencabar. Pergh....memang mencabar...selekohnya yang tajam dengan jalan yang agak rosak dan berpasir tapi Alhamdulillah sampai jugak kat atas dengan selamat




Masa turun dari Bukit Fraser, bro shamsul aka alcapone sekali down masa layan meleper tapi kali ni agak serius sebab dia mengadu sakit pada bahu dan tak boleh nak ride lagi...nak call ambulan masa tu tapi reception kantoi...nasib baik kebetulan ada Polis lalu dengan Perodua Kembara, so diorang offer untuk bawak bro bro shamsul ke Hospital Raub...

Riders yang lain dibawa oleh marshall ke Pekan Raub untuk bersantai, bersembang + amik gambau sementara menunggu organizer settle kan hal di Hospital Raub



Motor bro shamsul dibawa oleh bro Ali untuk repair kerosakan pada brek...sekurang-kurangnya boleh lah bawak motor ni balik KL. Check in lah kejap kat Pekan Raub :)



Lebih kurang sejam menunggu, bro hakim pun sampai bagitau yang bro shamsul patah tulang selangka. Disebabkan cuaca pun kurang baik dan masa pun tak mengizinkan organizer decide untuk tidak meneruskan konvoi ride ke Cameron Highlands, sebaliknya konvoi akan balik ke check point di R&R Gombak.

Sampai R&R Gombak dalam pukul 6.15 petang...semua riders bersalaman sebelum bersurai..



Habis dah Ride Santai untuk kali ni...next time kita sambung pi ke Cameron Highlands...memang puas hati!!!

No comments:

Post a Comment