Monday, July 11, 2011

Al-Fatihah...

Hari ni genap 6 tahun arwah ayah aku kembali ke Rahmatullah. Arwah meninggal pada 12 Julai 2005, pukul 9.25pagi di Mahkota Medical Centre, Melaka disebabkan oleh kanser pankreas ketika usia 59 tahun. Merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keluarga lebih dari kepentingan diri sendiri.

Gambar ni diambil pada 18 Jun 2005, tak sampai sebulan dari tarikh permergian arwah, masa ni aku dan keluarga tengah bersiap untuk pergi ke majlis pertunangan aku kat Taiping, arwah nak ikut tapi sebabkan perjalanan dari Melaka ke Taiping mau makan 5-6 jam, takut arwah tak larat, so kakak aku tak follow, tinggal untuk jaga arwah. Lagipun arwah dah pernah jumpa wife aku, cuma tak sempat nak jumpa besan dia.

Dikebumikan di Tanah Perkuburan Duyong Melaka selepas waktu Asar. Semoga rohnya ditempatkan bersama para anbiya' dan solihin. Sentiasa dalam ingatan...Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment