NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Sunday, March 4, 2012

Repair Kereta Nurhan @ Toy Land, Puchong



Dah dekat setahun kereta Nurhan ni tersadai, beli masa awal 2010 dekat Tesco Semenyih, dalam tempoh tu 2 kali jugaklah kena bawak balik ke kedai tu untuk repair, masa 1st time, wiring problem...2nd time bateri pulak kantoi, lepas kena kali ke-3, memang nak bawak pergi repair tapi takder masa sampai lah hari ni baru berkesempatan....tu pun sebab najwan dah mengamuk nak main kereta ni...hehe boleh najwan layan walaupun pink kaler :D

Sekali tiba kat Tesco...tanjat boboi...kedai tu dah bertukar...jadi kedai baju wanita...hahaha adoii...mama siap sempat sambau baju kat situ lagi :D Nasib baik mama teringat yang kawan dia, Sherly pun ada beli kereta macam ni, so dapat tau yang kedai Toy Land kat Puchong ada provide service repair...terus cargas pegi sana



Towing kereta Nurhan dengan Exora jer :) hehe muat-muat masuk bila turunkan seat belakang



Terus bawak kereta Nurhan masuk service bay...Pomen tengah cek kerosakan...hehe confirm bateri yang kantoi ni...so tukar bateri jer, kena RM48



Kedai ni berhampiran dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Puchong. Boleh guna landmark ni untuk carian dalam GPS

So far yang aku perhatikan, harga kereta dan motor kanak-kanak kat kedai ni memang reasonable, sekarang ni plak ada offer diskaun...hehe tunggu bonus lah..nak belikan kembau motor :)

No comments:

Post a Comment