NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Sunday, August 21, 2011

Weekend Ride

Ahad lepas, 14 Ramadhan, cargas balik melaka dengan Ninja bila dapat tau baju melayu raya aku dah siap...hehe sebab banyak sangat agenda nak buat dengan masa yang sikit, aku mintak tolong mak aku amikkan..tempah dengan Pakcik Sarip, kawan baik arwah ayah aku, dia duk kat Taman Mas Merah, Batu Berendam..tak jauh dari rumah mak aku.

Aku gerak dalam pukul 10.30am dari Bangi..sejam dah sampai Melaka



Duk rehat sat, lepas tu gerak pi Kedai Gunting Rambut Pak Latif kat Lorong Panjang, yang ni pun sorang lagi kawan baik arwah ayah aku, Johan Berzanji kat Melaka...memang sedap suara Pak Latif ni, dulu sempat menuntut kejap ngan dia..hehe tu pun sebab masuk pertandingan berzanji masa zaman sekolah rendah dulu :)



Lepas tu gerak pi Tanah Perkuburan Bukit Duyong, tempat arwah ayah aku disemadikan..nak bersihkan apa-apa yang patut..masa sampai Alhamdulillah kawasan perkuburan ni memang sentiasa dijaga dan dibersihkan..bukan masa nak Raya jer..terima kasih banyak-banyak pada AJK Masjid. Al-Fatihah buat arwah..semoga dilepaskan dari azab kubur dan ditempatkan bersama para anbiya, Insya Allah..amin



Lepas Asar baru gerak balik ke Bangi..

2 comments:

  1. Salam bro jimon...
    maaf bertanya...bro orang Melaka kat mana?...tgk kat blog macam org duyong je ni...saya orang duyong gak :)

    ReplyDelete
  2. Salam bro, kampung arwah datuk aku kat duyong :)

    ReplyDelete