NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Thursday, December 8, 2011

Konvoi Perdana Anjuran Kolej Komuniti Wilayah Utara 2011



Sekali lagi NEXO dengan kerjasama dari Kolej Komuniti Wilayah Utara, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang telah berjaya mengadakan Konvoi Perdana & Menanam Pokok Bunga Raya Sempena Program Semarak Rukun Negara. Terima kasih juga kepada Anggota Polis yang bertugas mengawal lalu lintas semasa konvoi dijalankan. Juga tidak lupa ucapan terima kasih serta tahniah NEXO ucapkan kepada En. Muhammad Anuar (NEXO 06) yang berjaya membawa NEXO untuk menyertai konvoi ini.

NEXO dengan bangganya dapat memberi khidmat dengan berkonvoi bersama pelajar-pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara yang berbasikal beramai-ramai sambil berkunjung ke sekolah-sekolah terpilih untuk menanam Pokok Bunga Raya. Sekolah yang menjadi pilihan adalah Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Sungai Korok, Balik Pulau, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang.



Dengan kerjasama yang diberi, NEXO amat berharap akan diundang lagi untuk menyertai serta menjayakan program-program yang akan datang demi memajukan serta menaikkan nama NEXO

Laporan penuh di nexonr.blogspot.com

No comments:

Post a Comment