NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu



Wife aku ni memang kaki baca novel...so masa filem ni nak released, dah dapat hint dah yang dia nak layan citer ni...so memang tak dinafikan filem ni tengah panas dan hangat..semenjak tayang memang susah nak dapat tiket...nasib baik Sabtu lepas dapat jugak booked kat Alamanda...tu pun dah sampai row yang ke-4 dari screen...guna GSC credit card untuk habiskan diskaun 50% yang expire semalam...so berbaloi ler 2 tiket dengan harga RM10.50 :D

Secara keseluruhan...memang puas hati...watak-watak dalam filem ni memang kena dengan pelakon yang dipilih, aku bagi 5 bintang...hehe

Sinopsis

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah (Maya Karin) dan Hariz (Aaron Aziz) dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan Sufiah Cemerlang telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila (Lisa Surihani), kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Layanz trailer

2 comments:

  1. Aku sampai ke la ni tak layanz lagi citer ni.

    ReplyDelete
  2. hehe...sempat lagi..layan kat Astro First jer bro

    ReplyDelete