Antara Nexorinaz yang awal sampai..sementara tu boleh sembang-sembang dulu sementara menunggu Nexorianz lain yang on the way

Nexorianz bergerak menuju ke Auditorium terlebih dahulu...

Sempat lagi aku bergambau dengan K.E kat luar Auditorium sebelum sesi taklimat oleh pihak Proton

En. Lokman, wakil dari Proton memberikan taklimat ringkas kepada Nexorianz. Semasa di Auditorium, Nexorianz berpeluang menonton tayangan Video Korporat Proton dan juga mengadakan sesi soal jawab

Sebelum bergerak ke kilang, semua Nexorianz diminta untuk memakai topi keselamatan..hehe apa lagi mestilah ada sesi bergambau jugak...layanz dengan K.E...


Shuttle bas disediakan oleh Proton untuk membawa Nexorianz ke kilang

Taklimat berkaitan peraturan dan keselamatan di kilang diberikan terlebih dahulu sebelum memulakan "tour"

Semasa lawatan ini Nexorianz turut berpeluang melihat sendiri facelift terbaru proton EXORA secara "LIVE" iaitu EXORA BOLD yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun tiada gambar EXORA BOLD untuk dikongsi kerana pihak Proton tidak membenarkan sebarang photo shoot semasa berada di dalam kilang, tapi yang pasti...EXORA BOLD tidak menghampakan...memang sengat! :D
Bergambar kenangan selepas selesai "tour"

Nexorianz kemudian dibawa semula ke Auditorium untuk jamuan ringan yang disediakan oleh pihak Proton

Presiden NEXO, bro Fandy menyampaikan cenderahati kepada wakil Proton, En. Lokman sebagai tanda penghargaan

Bergambar kenangan dengan wakil NEXO di Central Region dan Southern Region :D

Pihak NEXO amat berterima kasih kepada pihak Proton serta kakitangan yang bertugas di atas layanan yang diberi. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Lokman serta rakan-rakan yang menyambut serta membawa kami sepanjang lawatan di sana. Terima kasih juga kepada pihak PLUS yang memberi laluan untuk mempermudahkan perjalanan konvoi. Terima kasih juga kepada ahli-ahli NEXO yang turut serta di dalam lawatan ini. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua.

Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com
No comments:
Post a Comment