NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Friday, October 7, 2011

MARI Memahami & Menghayati BACAAN SOLAT

Sinopsis - Buku ini membincangkan secara terperinci mengenai asas-asas dalam mendirikan solat, ianya merangkumi perincian, ketelitian dan maksud bagi setiap bacaan di dalam solat. Buku ini mampu meningkatkan kefahaman kepada pembaca untuk menyingkap dan memahami maksud-maksud segala bacaan asas dalam mendirikan ibadah tuntutan ini

Memahami pengertian dan makna bacaan di dalam solat adalah penting bagi menjamin kesempurnaan dalam menunaikan ibadah ini, memahami makna di dalam bacaan solat mampu menjana kemanisan dalam mengerjakan ibadah solat dan memupuk jiwa solat dalam diri setiap muslim

Selain daripada itu, buku ini juga adalah naskhah yang amat sesuai untuk dijadikan satu bahan rujukan untuk program-program seperti Bestari Solat dan Smart Solat. Hal ini adalah amat penting dalam menjana kefahaman dalam diri pelajar dalam memahami intipati di dalam solat sejak dari awal peringkat persekolahan

Harga:
Semenanjung: RM15.00
Sabah / Sarawak: RM18.00

2 comments:

  1. Salam bro...

    Buku ni ditulis oleh officemate saya, ustaz hasnan. Bagus buku ni untuk meningkatkan kefahaman kita dalam solat insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam...memang betul, insya Allah, terima kasih banyak2 pada Ustaz Hasnan

    ReplyDelete