Menara Kuala Lumpur (MKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011” pada 26 Februari 2011, dengan sokongan penuh daripada Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan.
Penjelajahan ini akan membawa para peserta ke seluruh kawasan persekitaran Kuala Lumpur sejauh 15 km untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan budaya dan warisan.
Objektif utama acara ini diadakan adalah untuk memperkenal dan mempromosikan lokasi-lokasi warisan yang terdapat di Kuala Lumpur di samping memberikan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia dan menanamkan rasa cinta kepada negara agar mereka turut menghargai dan memperkayakan hasil warisan negara.
Sasaran utama acara ini adalah golongan remaja, keluarga dan media. Ianya terbuka kepada 2 orang peserta bagi setiap kumpulan. Peserta harus berumur 18 tahun ke atas. Tetapi, sekiranya terdapat peserta yang berumur kurang daripada 17 tahun, pasangan haruslah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai hubungan persaudaraan seperti ayah & anak, emak & anak, adik & abang, adik & kakak dan sebagainya.
Penyertaan adalah terbuka kepada 200 kumpulan yang terawal mendaftar.
Setiap kumpulan akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50.00 bagi warga Malaysia dan RM100.00 untuk warga asing. Peserta akan menerima air mineral, tuala kecil dan sehelai t-shirt.
Borang penyertaan boleh di dapati di Menara Kuala Lumpur dan Muzium Telekom mulai 24 Januari 2011.
Sila layari www.menarakl.com.my
Wednesday, January 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
About Me
(58)
Double Din
(9)
Galaxy Camera
(1)
Galaxy Gear
(4)
Galaxy S II
(11)
Galaxy S III
(9)
Galaxy S4
(2)
Galaxy S5
(2)
Galaxy S6 edge
(1)
Gear Fit2
(1)
Geng Exora
(13)
GPS Launchpad
(39)
GPS Map Updates
(27)
GPS Software
(59)
GPS Upgrade Service
(139)
Jersi Terbaik
(3)
Layan Movie
(15)
Live Streaming
(3)
Lokatoo HD
(95)
Micro Fiber Towel
(1)
My CBR
(4)
My Exora
(38)
My Ninja
(42)
My Savvy
(10)
NEXO
(62)
Online Upgrade
(36)
Others
(46)
Ramadhan
(3)
Sometimes...
(18)
Tazkirah
(60)
TM UniFi
(5)
Waterless Car Wash
(5)
WTS
(2)
No comments:
Post a Comment