Sunday, January 23, 2011

Savvy - Replaced Ignition Coil

Khamis lepas, 20/01/2011 masa cuti Thaipusam, aku dan wife outing kat IOI Mall Puchong. So masa nak balik, bila aku start jer engine, terasa gegaran agak kuat pada bahagian engine bay. Hati dah rasa tak berapa sedap...so bila gerak memang terasa berat dan loss power, toksah kata lah kalau naik bukit...memang sesak, tapi nasib baiklah boleh gerak...terus balik rumah.

Call AAM sebelah malam minta mekanik dia datang untuk check, tapi memandangkan engine savvy ni engine renault, mekanik tu pun tak boleh buat apa, last dia mintak aku bawak savvy aku ni ke proton service center, hehe sabar jer lah, nak sedapkan hati, aku cakap kat diri sendiri yang aku subscribe AAM ni untuk tow service dan tukar tayar in case bocor :)

Hari sabtu, dalam pukul 9.00 pagi aku pun cargas ke RS Auto Services Centre Sdn Bhd, specialize workshop untuk Renault Engine.
Photobucket

Terus jumpa Mr. Hoe explain masalah savvy aku ni..on the spot dia mintak kunci untuk test. Masa dia start jer engine, terus dia dah tau apa problem savvy aku ni, ignition coil dah rosak. Ni lah part yang rosak tu
Photobucket
Dulu aku dah pernah replace sekali pada 17/10/2007 dekat Proton Edar Service Center Melaka.

Replacement Part ID. Tak sempat nak amik gambar. Mengikut Mr. Hoe, ni design baru, ada warranty setahun. Harga spare part ni RM490.00, total cost termasuk labour RM510.
Photobucket

Pemasangan tak sampai 20 minit...siap bagi kat aku limau sempena nak Tahun Baru Cina tak lama lagi :)
Photobucket

Koordinat ke RS Auto

PaPaGO
E: 101" 37' 0.4"
N: 3" 0' 39.2"

Garmin
N: 03" 00.654'
E: 101" 37.008'

Workshop dibuka dari Isnin hingga Sabtu, Ahad cuti. Boleh call Mr. Hoe di 012-2365220

2 comments:

  1. As-salam sifu...

    Boleh tahan jugak kos ignition ni ek

    ReplyDelete
  2. Salam mdshaari, renault engine punya part..biasalah imported, made in france..nama jer savvy ni compact car..tapi maintenance boleh tahan gak menipiskan poket aku ni..hehehe

    ReplyDelete