NORTHERN EXORA OWNER'S CLUB (4439/2011)

Photobucket Kelab Pemilik Exora Utara telah didaftarkan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 7 April 2011. NEXO amat mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora yang mahu bergerak secara aktif untuk menyertai NEXO. Sila email ke : nr.nexo@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyertai NEXO. Layari Blog rasmi NEXO di nexonr.blogspot.com

Monday, February 28, 2011

PC Fair 2011 @ MITC Melaka

Photobucket

Sebenarnya aku tak tau pun minggu lepas ada PC Fair kat Melaka. Sabtu petang dapat call dari kechat ajak melendat kat sini, aku pun ON jer lah kebetulan petang tu memang free. Sampai MITC dalam pukul 6.15pm..sesak sikit tapi dapatlah jugak parking

Photobucket

Mula-mula memang pasang niat nak window shopping jer..tapi pasrah, dah takdir hehe..akhirnya aku beli 2 barang

Ni yang pertama setelah 1/2 jam pusing-pusing, MKV / RMVB Full Format Media Player, support full HD. Ada 2 port, USB dan SD Card. Harga RM199.00 dengan warranty period 12 bulan. Detail mengenai player ni tunggu next posting yer
Photobucket

Dapat free gift pendrive 4GB brand Kingston
Photobucket

Ni barang yang kedua, External hard disk WD 2.5" 500GB dengan USB 3.0. Dapat percuma pouch. Harga memang menarik RM185.00.
Photobucket

Kalau 1 tera, harga dalam RM335 tapi cukuplah 500GB, ni untuk tambahan nak masuk movies, favourite tv series dan GPS Software :)

Lepas memborong, kechat ajak lepak minum kat Subaidah MITC, sebelum pergi TT Larut Malam Melaka kat Restoran Nasi Kandar Pinang Besar

2 comments:

  1. Pergh! awat tak ajak aku sekali bro....memang berbaloi lah external HDD tu murah dah tu...

    ReplyDelete
  2. aku pun tak tau menau ada PC fair kat melaka masa tu..kebetulan balik melaka sekali kechat call ajak melendat..layanz..kechat sambau notebook HP icore 5 dengan 6GB Ram..harga berbaloi tu

    ReplyDelete