Sunday, February 27, 2011

Berwajah Baru

Semalam berkesempatan balik Melaka nak melawat Mak aku dan nak jugak kenalkan maid baru aku. Selalu bila balik Melaka aku mesti singgah potong rambut dengan Pak Latif, kawan baik arwah ayah aku. Aku memang potong rambut dengan dia sejak aku darjah 1 lagi, uish dah lebih 20 tahun. Masa arwah ayah aku ada, memang kitorang pergi sekali, samaada ke kedai dia kat kawasan kedai MARA berhampiran Sungai Melaka atau kat rumah dia di Alai. Cuma kat rumah, Pak Latif hanya buka slot untuk hari jumaat sahaja sebab dia memang nak solat kat Masjid Alai

Pak Latif ni johan berzanji, memang dia rajin pergi kat Masjid Al-Azim bila ada kelas berzanji dan masuk setiap pertandingan berzanji yang dianjurkan. Masa zaman sekolah rendah, aku sempat ler berguru kejap dengan dia.

Yang best gunting rambut dengan Pak Latif ni..kalau dia tak bercerita pasal kisah-kisah lama dia berkawan dengan arwah ayah aku...dia bertarannum dengan ayat-ayat hafalan Al-Quran dengan suara garau serak-serak basah dia..memang sedap didengar, kengkadang hehe sampai tetido aku dibuatnya :)

Sejak kedai MARA dirobohkan untuk buat kawasan letak kereta, Pak Latif pun pindah ke Lorong Panjang. Dulu kedai ni cuma ada dinding setakat tinggi betis jer dengan papan usang sebagai dinding...sekali semalam masa aku sampai...WOW!! sudah tukar ka? hehe dah upgrade tu...manyak cantik, siap pasang kipas siling lagi

Photobucket

No comments:

Post a Comment